cp 43

2.9K 295 3
                                    

"Nah, ni last." Aku memberi longgokan buku kepada Ian.

Ian dengan tangan terbuka mengambil buku tersebut. Untung hari ini dia mahu menolong aku. Kalau tidak terpaksa aku ulang balik dari kelas ke kereta hanya untuk mengambil buku ini.

Ian keluar dari kelas sebelum aku menutup pintunya. Seterusnya kami berdua berjalan menuju ke kereta aku.

Sinar matahari senja menerangi koridor ini. Sekolah sudah pun kosong dengan tidak adanya seorang pun pelajar. Semua mereka sudah balik ke asrama masing-masing kecuali kami berdua.

Hari ini selepas sahaja tamat latihan bersama Claire, aku terus berfikir mahu membawa balik semua longgokan buku aku di loker. Dan disebabkan itu juga aku meminta tolong Ian untuk membawa buku itu ke kereta bersama aku.

Aku fikirkan buku itu sedikit tetapi rupanya banyak. Sangat banyak sampai tak cukup tangan aku mahu bawa seorang.

Tak sangka pula buku ini sebanyak itu. Bahkan di dalam loker itu tersimpan buku latihan aku tahun lepas. Aku memang tak bawa balik ke semua buku ini?

Entah-entah dekat bilik asrama aku dulu pun masih ada lagi buku yang tak terambil oleh aku.

Kunci kereta ditekan lalu aku membuka pintu tempat duduk penumpang. Ian meletakkan buku tadi di kerusi tempat duduk penumpang tersebut.

"Banyak betul buku kau. Tak pernah kemas loker ke?" Soal Ian sambil menyusun buku aku.

"Mana aku tahu buku tu sampai banyak macam ni. Aku fikirkan sikit jer tadi," balas aku.

Ian menggelangkan kepala seperti pasrah dengan sikap aku. Aku mengaku memang salah aku tidak pernah bawa balik semua buku tu.

Kalaulah aku tahu semua ini akan terjadi memang daripada cuti semester pertama dulu aku sudah bawa balik. Tak pun aku akan bawa balik ke asrama.

Nak mengeluh sini pun sudah terlambat. Semua ini sudah berlalu. Datang rumah nanti terpaksalah aku bawa semua ini seorang.

Nak harapkan perempuan tu tolong, memang berteraburlah semua buku atas lantai nanti.

"Sudah siap!" Ujar Ian lalu menutup pintu kereta tersebut.

"Thanks tolong. Kau terus balik asrama ke?"

"Ya. Kau tu balik hati-hati. Rumah kau bukan dekat macam asrama depan sekolah ni. Nanti lambat, entah-entah kau kena marah dengan keluarga kau."

Aku tertawa kecil. Pandai sahaja lelaki ini bergurau dengan aku.

"Kau fikir mereka kisah ke aku balik awal ke tidak," aku mengatakan kenyataan sebenar.

Mereka bukannya kisahkan aku pun, jadi sudah semestinya mereka tidak akan memarahi aku ketika aku balik awal ataupun lambat.

"Ikut hati kau lah, kau tak percaya." Ian tersenyuk nipis.

Aku pula hanya menggelengkan kepala. Tidak percaya aku mereka akan kisahkan aku sedangkan mereka tidak pernah melayani aku.

"Oh ya, tadi waktu aku baru balik jumpa cikgu, aku dengar perbualan kau dan Claire."

"Jadi?"

"Dia ada tanya kau sebab kau masuk sekolah ni. Aku pun nak tanya, kenapa kau nak juga ikut aku masuk sekolah ni?"

Aku memandang muka lelaki itu. Nak jawab ke tak ya? Kalau jawab nanti dia akan fikir lain.

"Aku rasa tunggu kita berdua berpisah, baru aku akan jawab soalan kau tu," balas aku sambil tersenyum.

Riak wajahnya Ian bertukar pelik mendengar jawapan aku. Aku tidak menipu tetapi memang aku maksudkannya.

Apabila satu hari nanti dia sudah menemui kehidupannya lalu kami berdua berpisah maka aku akan beritahu dia jawapan kepada soalan itu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now