cp 7

3.5K 353 24
                                    

Aku yang duduk di gazebo sekolah ini memerhatikan sahaja Claire yang dari tadi melihat surat kebenaran pergi ke lawatan itu.

Aku tidak tahu apa yang dia fikirkan, tapi rasanya dia seperti tidak suka sahaja dengan lawatan ini.

"Kau tak gembira ke dapat pergi balik ke sekolah lama kau?" Soal aku.

"Tak."

"Kenapa pula? Kau tak nak jumpa kawan lama kau ke?"

"Jumpa mereka tu, sama sahaja macam jumpa sampah. Tak ada guna," katanya tanpa berasa kesian.

Kata kesat itu menyentapkan hati aku. Ada apa-apa jadi ke dulu sampai dia tidak suka dengan sekolah tu?

Kalau nak difikirkan gadis ini tak pernah ceritakan apa-apa tentang sekolah lamanya dahulu. Bukan itu sahaja malah dia langsung tak pernah ceritakan pada aku pasal dirinya.

Dia macam berkawan dengan aku tetapi tidak mempercayainya diri aku. Aku mahu dia percayakan aku kerana aku dapat rasakan dia sama seperti aku yang menghadapi banyak dugaan hidup ini.

Aku mesti buat dia percayakan aku dan fikirkan aku adalah sahabat dia yang satu.

"Kau nak pergi mana?" Soal aku ketika melihat dia berdiri.

"Bilik guru," balasnya lalu meninggalkan aku aku.

Aku membiarkan sahaja dia pergi. Dari sini aku dapat lihat dia keluarkan pen dan menandantangan surat tadi. Mungkin dia sudah tetapkan mahu sertai. Lagipun dia mana boleh tak pergi. Semua pelajar akhir tahun wajib pergi.

.
.
.
.
.

Ian memandang Claire yang pergi meninggalkan Rechel di gazebo itu. Belum sempat dia mahu menegur gadis itu sudah pergi.

Lelaki itu berjalan masuk ke dalam gazebo itu dan duduk di hadapan Rechel yang sedang menikmati salad buah yang dibelinya tadi.

"Dah habis kerja kau tadi?" Soal Rechel.

Ian megangguk.

"Claire tadi pergi mana?" Ian pila menyoal.

"Bilik guru, hantar borang kebenaran."

Ian diam lalu menjeling ke arah tangga menuju ke bilik guru itu. Claire kelihatan masih menaiki tangga itu.

Dihati lelaki itu masih lagi curiga dengan gadis itu. Dia masih tak tahu adakah Claire orang yang dimaksudkan oleh ibu bapanya dulu.

Kalau betul, itu sangat bagus kerana dia sudah berkenalan dengan dia tapi kalau bukan ia akan menjadi satu masalah yang besar. Dia perlu selidik pasal gadis itu lagi.

"Aunty dan uncle nanti ada ke waktu open house?" Rechel menyoal.

"Mungkin ada. Lagi pun program tu mereka yang urus."

Rechel mengangguk faham. Kalau tidak disebabkan program itu tidak mungkin ibu bapa Ian akan balik awal pada hari itu.

Hanya sebab program itu mereka terpaksa tinggalkan anak kesayangan mereka itu.

"Aku hairan dengan kau, Ian." Tiba Rechel berkata.

"Hairan apa?"

"Ibu bapa kau pencipta Erwa Academy dekat dunia ni, termasuklah main school tu. Jadi kenapa kau nak masuk sekolah ni? Kenapa tak masuk main school macam Claire dulu. Kau punya tahap muzik boleh dikatakan sama taraf mereka kot," ujar Rechel.

"Aku tak berminatlah nak masuk sekolah tu. Ibu bapa aku memang nak aku masuk sekolah tu dari sekolah kedua ni tapi aku tak ada perasan nak masuk sekolah tu. Lagipun kalau aku masuk sana, sapa nak jadi kawan kau dekat sini nanti." Ian tersenyum menjawab soalan tadi.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now