cp 70

3K 315 12
                                    

Arshen duduk senyap di tepi katil adik perempuannya itu. Matanya tidak habis memandang risau akan Rechel yang kelihatan lemah sahaja baring di atas katil tersebut.

Sejak budak itu pengsan semalam, dia langsung tidak pernah melihat budak itu membuka matanya. Bak kata Cruz budak itu menghidapi deman panas setelah budak itu ditangkap membuat kerja itu lagi oleh Cruz.

Sejujurnya dia sendiri terkejut apabila Cruz mengatakan semua itu dan apa yang lebih terkejut, budak itu sempat berjumpa dengan Beth. Sepatutnya Beth tidak boleh berjumpa dengan Rechel malah memasuki rumah ini.

Tapi entah bagaimana Beth itu dapat masuk dan berjumpa dengan Rechel. Hal itu sangat bahaya untuk mental Rechel yang masih lemah itu. Dan tidak mustahil adiknya melakukan kerja itu lagi kerana berjumpa dengan budak itu.

Perkara itu memang sangat merisaukan hatinya. Dia sampaikan tidak mahu berkerja pada hari ini hanya sebab mahu menjaga adiknya itu.

Pada awalnya Cruz ingin menjaga kerana dia adalah doktor tetapi tiba-tiba ada sesuatu terjadi sehingga dia terpaksa bergegas ke hospital. Mahu suruh Mary tidak dapat kerana Mary juga sama seperti Cruz dimana ada sesuatu terjadi sehingga wanita itu terpaksa balik ke rumahnya.

Dia tidak mempercayai orang lain jadi untuk menjaga adiknya selain orang tadi, jadi dia sendiri mahu menjaga budak itu.

Arshen mengeluh seorang diri di situ. Badannya menyandar di kerusi tersebut. Dia berfikir di dalam diri sendiri, bilakah semua itu akan berakhir?

Tapi sebelum itu dia terfikir, bagaimana semua itu terjadi. Dia tidak ingat sejak bila Rechel memang betul-betul berubah.

Dia mengaku dirinya dulu pernah bersikap kasar terhadap budak itu tapi semua itu masa lalu. Rasanya Rechel pun sudah tidak kisah.

Dulu dia bersikap kasar kepada budak itu kerana hasutan orang sekelilingnya yang mengatakan bahawa Rechel adalah penyebab ibunya pergi. Lelaki itu sangat sayangkan ibunya dan apabila ibunya pergi, hatinya bagai sudah pecah.

Dan sebab itu dia mula menjadi dingin lalu fikiran menyalahkan Rechel yang tidak bersalah menjadi sebab semua itu berlaku. Sungguh dia menyesal kerana terpengaruh dengan hasutan orang yang mengatakan bahawa Rechel itu bersalah. Memang menyesal.

Tok! Tok!

Arshen terus melihat ke arah pintu yang terbuka ktu setelah mendengar bunyi ketukan tadi. Dia melihat Cruz datang berjalan mendekati dirinya. Mungkin urusan lelaki itu sudah selesai.

"Macam mana dengan dia? Sudah sedar ke?" Soal Cruz.

Arshen hanya menggelangkan kepalanya menjawab soalan itu. Cruz mengeluh lalu datang mendekati gadis itu. Dahi gadis itu disentuh olehnya untuk memeriksa suhu badannya.

"Dah tak panas sangat macam semalam. Mungkin dia dah hampir membaik," ujar Cruz.

Cruz seterusnya memegang lengan kiri Rechel. Matanya mamandang luka yang dilakukan oleh Rechel malam tadi. Masih terlihat lagi kesan luka itu. Kalaulah dia cepat sedikit pulang semalam mungkin dia dapat halang Rechel melakukan kerja itu.

"Kau tak nak balik office kau ke? Kalau kau nak balik, baliklah. Aku boleh jaga Rechel," ujar Cruz.

"Tak pa, aku dah minta cuti dari papa. Jadi hari ini aku memang cuti."

Cruz mengangguk faham. Baguslah kalau Arshen cuti hari ini sekurangnya dia ada orang yang dia boleh percaya jaga Rechel. Dia mahu menjaga Rechel tapi dia takut ada kecemasan berlaku seperti tadi dimana dia terpaksa balik ke hospital.

"Aku sebenarnya ada benda nak kata dengan kau," Cruz melihat ke arah Arshen.

"Apa dia?" Arshen bertanya.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now