cp 64

3K 303 14
                                    

"Perlu ke kau ada dekat sini?" Soal aku kepada Mary yang berdiri melihat aku menjamu makan malam aku bilik itu.

Aku tidak faham kenapa dia berbuat begitu. Selama ini, selepas dia hantar dia akan keluar terus dan biarkan aku makan semua ini sendiri.

Dan tiba hari ini pula dia berdiri di dalam bilik ini melihat aku makan sambil tersenyum.

"Ini arahan tuan Shawn, jadi saya kena ikut," balasnya.

Aku mengeluh dan hanya meneruskan makan aku. Aku tahu mesti mereka mahu pastikan bahawa aku makan bukannya membuang makanan tersebut. Jadi Mary ditugaskan untuk memerhati aku selama aku makan. Rancangan yang terbaik untuk paksa aku makan.

Setelah beberapa minit, akhir aku selesai menjamu selera. Mary yang berdiri melihat aku tadi dengan cepat mengambil pinggan makanan tadi lalu mengemas meja ini.

"Cik, ini ubat cik." Wanita itu memberikan aku ubat yang baru aku terima dari hospital tadi. Rasanya ini ubat untuk despresi.

Aku melihat bekas ubat yang dihulurkan Mary itu dan dengan segera aku mengambil ubat tersebut lalu aku terus memakannya.

"Kalau macam tu saya keluar dulu," ujarnya.

Wanita itu terus berjalan keluar dari bilik ini sambil membawa dulang makanan aku tadi.

"Lepas ni, duduk sahaja lihat aku makan. Tak perlu berdiri macam tadi," kata aku sebelum wanita itu membuka pintu bilik ini.

Aku tahu umur Mary itu bukannya muda lagi jadi tidak baik untuk wanita itu berdiri salam jangka waktu yang lama.

Walaupun tugasnya memerhati aku, tapi tidak perlulah berdiri dekat satu tempat sampai sejam. Aku yang dilihat ini pula yang rasa penat.

"Terima kasih cik. Saya akan lakukan semua itu nanti," ujar Mary lalu dia keluar dari bilik ini.

Aku menjeling ke arah pintu bilik ini untuk memastikannya ditutup betul oleh Mary. Setelah aku memastikan semua itu, aku terus bergerak ke arah meja belajar aku.

Tisu di atas meja itu diambil oleh aku lalu aku terus muntahkan ubat yang aku simpan dalam mulut aku tadi.

Kalau diorang fikir makan ubat ini memang salah. Sejak hari pertama aku dapat ubat ni di hospital, aku tidak pernah makan walaupun sekali.

Yang mereka lihat hanyalah lakonan aku memakan ubat tersebut. Sejujurnya aku tidak makan dan simpan di dalam mulut untuk dibuang nanti.

Tisu yang berisi ubat aku tadi dilipat oleh aku lalu aku buang ke dalam tong sampah di tepi meja belajar ini. Menutupi ubat ini dengan tisu ini dapat membuat orang tidak tahu bahawa aku tidak memakan ubat itu kerana bersembunyi di dalam tisu tersebut.

Aku tersenyum nipis melihat tisu tadi di dalam tong sampah. Kaki aku seterusnya melangkah menuju ke katil untuk merebahkan diri. Badan aku perlu direhatkan, namun mata aku tidak akan tidur kerana insomnia yang aku hadapi.

Aku mengeluh dengan keadaan diri ini. Sungguh banyak penyakit sampaikan nak rehat pun sakit. Memang hidup aku ini mesti sakit walaupun aku dalam keadaan rehat. Takdir hidup ini memang sadis.

.
.
.
.
.

"Dia makan ke ubat tu?" Soal Cruz kepada Mary yang baru sahaja keluar dari bilik Rechel.

"Ya tuan," balas Mary sebelum dia dibenarkan pergi.

Mata Cruz melihat ke arah pintu berwarna hitam itu. Sejujurnya dia masih lagi ragu dengan apa yang Mary katakan tadi. Dia tahu Rechel itu banyak rahsia jadi tak mustahil sekarang juga gadis itu sedang menipu terhadap Mary.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now