cp 97

2.6K 245 10
                                    

Tok! Tok!

Pintu bilik tersebut diketuk oleh Arshen sebelum dibuka olehnya. Masuk sahaja dia, terus dia dapat melihat muka Cruz yang duduk di hadapan komputer di meja kerjanya.

"Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku?" Soal Cruz tanpa memandang Arshen.

Arshen mengambil kerusi di hadapan lelaki itu lalu duduk. Matanya memandang Cruz yang masih lagi sibuk dengan kerja itu. Apa hospital sekarang ada masalah sampai sibuk begitu.

"Aku nak bincang tentang Rechel," tangan Cruz terus terhenti apabila mulut Arshen menyebut nama gadis itu.

Matanya memandang ke arah lelaki yang tua 2 tahun darinya itu. Muka lelaki itu kelihatan serius bermakna perkara yang ingin dikatakan adalah perkara yang serius juga.

"Kenapa dengan dia?" Soal Cruz.

Arshen terdiam sejenak. Dia cuba mengambil kekuatan untuk mengatakan hal yang dia dengari tadi.

"Kau dan Rechel, okay tak sekarang?"

Cruz memandang Arshen hairan. Kenapa pula lelaki ini tanya soalan itu?

"Kenapa kau tanya?" Cruz mahukan kepastian.

"Jawablah dulu soalan aku tadi," Arshen berkeras.

Cruz berfikir sejenak lalu menggelengkan kepalanya.

"Baru hari tu aku gaduh sama dia," Cruz teringat akan hari dia bergaduh dengan Rechel akibat Rechel menolak mahu memakai ubat.

Pergaduhan itu sangatlah besar sehingga membuat Rechel tidak mahu bersemuka dengan lelaki itu lagi. Dia bukannya mahu bergaduh dengan Rechel hari tu tapi disebabkan dia terlalu ikutkan hati, dia telah berbuat begitu.

Dia mahu meminta maaf namun mulutnya terlalu sukar mahu mengatakan hal itu. Dan membuatnya lagi sukar adalah Rechel tidak mahu bertembung muka pun dengan dirinya. Memang dia menyesal sekarang.

"Jadi kenapa kau tanya?" Cruz menyoal balik soalannya tadi.

"Sebenarnya tadi aku jumpa Rechel dekat kubur mama," ujar Arshen lalu menceritakan semua yang dia dengari dari awal sampailah akhir.

Cruz yang duduk di hadapannya mendengar dengan teliti setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Dan sesungguhnya dia juga terkejut mendengar semua itu. Dia tidak menyangka semua itu akan keluar dari mulut gadis itu.

Rasa bersalahnya mula menjadi semakin besar. Mungkin juga dia jadi salah satu penyebab Rechel menanggis di kubur ibunya.

"Aku tak sangka pula semua itu akan terjadi," ujar Cruz perlahan. Matanya memandang meja dengan penuh rasa bersalah.

"Sebab tu aku datang sini nak bincang dengan kau. Kita kena berbaik dengan Rechel sebelum dia graduate. Kau tahukan lepas graduate, dia nak keluar dari rumah ni."

Cruz mengetap bibirnya. Betul juga kata abang sulungnya itu. Kalau dia tak berbaik dengan Rechel dalam masa terdekat ini mungkin selepas ini peluang untuk dia berbaik mahupun bercakap gadis itu tidak ada.

Dia takut juga semua itu kerana dia sudah berjanji pada dirinya sendiri mahu menebus kembali kesalahannya yang dahulu. Kesalahannya itu tidaklah besar namun disebabkan itu jugalah Rechel menjadi seperti kini sekarang. Semua sebab dirinya yang terlalu ego itu.

Dia sudah meminta tolong Clarissa tetapi Clarissa hanya mengatakan untuk dia mengubah persepsi dirinya sendiri.

"Kita nak buat macam mana. Rechel tengok muka aku pun dia sudah benci. Apatah lagi nak cakap dengan aku," Cruz mengeluh. Realiti kehidupannya kini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now