cp 6

3.6K 352 11
                                    

Kring!

Bunyi jam loceng aku mengejutkan aku dari alam mimpi. Mata dibuka sikit demi sedikit.

Bilik yang gelap ini ditatap oleh aku seketika sebelum aku bergerak menuju ke bilik air.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Waktu ini memang masa untuk aku bangun. Kelas aku bermula pukul 8 pagi dan berakhir 5 petang.

Bagi budak asrama masa ini memang biasa mereka bangun. Lagupun kami terpaksa bangun awal sebab kentin asrama ini hanya buka sampai 7.30 pagi sahaja untuk sarapan.

Jadi kalau nak sarapan kenalah bangun awal. Lainlah kalau diorang tak makan.

Aku yang sudah selesai membersihkan diri itu memaikan uniform sekolah ini. Rambut pendek aras bahu ini disikat agar kelihatan kemas.

Setelah selesai semua itu, aku pergi arah balkoni bilik ini. Langsir dibuka lalu aku keluar pergi balkoni. Udara pagi dihirup segar.

Segar sahaja udara pagi ini. Tidak berapa sejuk dan tidak berapa panas. Matahari pula masih belum naik jadi keadaan tidaklah terlalu panas. Apatah lagi sekarang sedang musim gugur memang tak terasa sangatlah panas itu.

Mata aku memandang ke arah tasik tempat riadah asrama ini. Tasik itu dibuat untuk para pelajar sekiranya ingin beriada. Disekeliling tasik itu pula terdapat laluan untuk berjoging.

Dan dari tingkat bilik aku ini, aku dapat melihat Ian sedang berjoging mengelilingi tasik tersebut.

Memang rutin harian presiden ketua pelajar itu. Dia akan bangun awal dan berjoging kelilingi tasik itu selama 30 minit. Dan sebab itulah badannya tegap sahaja.

"Wey, tengok tu! Presiden kita kan. Kacak betul dia berlari macam tu," tiba aku terdengar satu suara dari bilik jiran aku.

"Ya lah, untung kita dapat bilik ni. Ini jer tahun akhir kita dapat lihat dia dekat sekolah ini," satu sahutan kedengaran. Mesti rakan sebiliknya.

Seronok betul ada rakan sebilik seperti jiran aku ini. Aku juga mahu tetapi takut nanti rahsia sakit aku terbongkar. Jadi daripada aku ada rakan sebilik lebih baik tidak.

Dalam aku mengelamun sekejap, tiba aku perasan bahawa Ian yang berlari tadi sudah berhenti dan memandang tepat ke arah aku.

Dia melambai ke arah aku lalu memberi aku satu isyarat untuk memeriksa telefon aku. Aku dengan pantasnya terus memeriksa telefon aku dan kelihatan dia menghantar pesanan kepada aku.

"Breakfast kentin jom."

Aku tersenyum lalu menunjukkan isyarat tangan 'okay' kepada Ian dari tingkat bilik aku.

Dapat aku lihat lelaki itu tersenyum sebelum dia meneruskan lariannya. Setelah kelibat lelaki hilang daripada pandangan aku, aku terus memasuki bilik ini semula. Pintu balkoni ditutup dan beg sekolah dicapai.

Pintu bilik ditutup sebelum aku berjalan menuju kentin. Untung sahaja bilik ini automatik terkunci sendiri. Tak menyusahkan aku nak kunci.

"Selamat pagi, kakak Rechel." Ucap seorang pelajar yang tinggal disebelah bilik aku ini.

Aku tersenyum lalu menjawab ucapannya. Seterusnya aku terus berjalan menuju lift dan pergi ke kentin.

Meja berkerusi dua disebelah tingkap diambil oleh aku. Selang beberapa minit aku menunggu, akhirnya Ian datang sambil membawa dua dulang makanan. Untung aku sudah pesan dengan dia makanan aku tadi. Tak perlu aku nak pergi lagi sekali.

Tempat duduk di hadapan aku diambil olehnya. Dulang berisi sandwich diberikan kepada aku. Dan dari situ mulalah sesi sarapan kami.

"Oh ya, aku lupa nak beritahu kau. Hari ni cikgu akan bincang dengan kita pasal lawatan ke main school tu," ujar Ian.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now