cp 88

2.7K 262 11
                                    

Baju uniform sekolah aku dipakai kemas. Beg violin dan beg sekolah dipastikan aku untuk sentiasa bersedia.

Tidak sangka aku seminggu sudah berlalu sejak aku keluar dari hospital. Dan sekarang tiba masa untuk aku bersekolah.

Akhirnya aku boleh keluar rumah ini setelah lama bercuti. Inilah sebab kenapa aku kata sekolah aku seronok berbanding cuti. Sekurangnya dekat sekolah aku tidak akan mengadap muka-muka itu.

Kunci kereta diambil oleh aku lalu mengambil beg sekolah bersama beg violin aku. Pintu dibuka lalu terus aku menuju ke tangga rumah ini.

Dapat aku lihat ahli keluarga aku yang lain sedang bersarapan dia ruang makan. Aku menjeling ke arah mereka dan hanya melanglah pergi selepas itu.

"Cik," langkah aku terhenti apabila nama aku dipanggil.

Aku menoleh dan kelihatan Mary yang memanggil aku tadi.

"Cik tak nak sarapan ke?" Soalnya.

"Tak," balas aku lalu membuka pintu keluar rumah ini.

Buka sahaja aku pintu tersebut, terus aku terasa angin sejuk menyapa aku. Sudah bulan 12 memanglah sejuk. Apatah lagi dekat negara ini. Salji dia memang tak boleh bawa main waktu masa sebegini.

Harap sahajalah dekat sekolah nanti tak sesejuk ini. Kalaulah sejuk memang boleh beku aku belajar nanti.

Kaki aku dengan rasa sejuknya terus berjalan menuju ke kereta aku. Jujur aku kata sangat sejuk walaupun aku sudah pakai baju sejuk yang agak tebal sekarang.

Pintu kereta dibuka lalu terus aku masuk. Lega sedikit aku apabila suhu dalam kereta ini tidak seteruk di luar. Setelah beberapa minit di dalam kereta, akhirnya aku menghidupkan enjin lalau bergerak menuju ke sekolah.

Perjalanan aku menuju ke sekolah tidaklah lama. Hanya 20 minit namun disebabkan salji yang turun buat perjalan aku kurang lancar. Aku sampai sahaja ke sekolah, aku sudah dapat dengar bunyi loceng berdering. Nasib sahaja sempat. Kalau tak mesti aku kena dengan cikgu disiplin ni.

Kereta aku dihentikan di tempat meletak kereta lalu aku mengambil semua beg aku. Baru sahaja aku mahu keluar tiba-tiba aku perasan kereta yang dinaiki Claire berhenti di hadapan pagar sekolah.

Aku tersenyum sambil menunggu gadis itu keluar dari keretanya. Aku mahu berjalan bersama gadis itu sekali menuju ke kelas.

Keluar sahaja Claire dari kereta tersebut, aku terus berjalan menuju ke arah Claire yang berada tepat di hadapan kereta.

"Hey!" Tegur aku.

Gadis itu memusingkan kepala lalu tersenyum ke arah aku. Entah kenapa rasa merinding pula. Biasanya gadis itu tidak akan senyum walaupun aku tegur dia.

"Macam mana dengan kau?" Soal aku sambil berjalan disampingnya.

"Okay, cuma memori aku masih..." dia berhenti bercakap. Aku menepuk bahunya tanda aku faham apa yang dia maksudkan.

Aku tahu dia ada terlibat dalam kemalangan beberapa minggu lepas sehingga membuatkan dia amnesia. Aku sempat lawat dia pada minggu lepas bersama Ian namun hasilnya tetap juga sama. Dia hanya samar-samar sahaja ingat tentang aku dan Ian.

Sejujurnya aku tidak sangka bahawa dia akan terlihat dalam kemalangan yang agak teruk. Aku sendiri pun terlibat namun bukan kemalangan tetapi percubaan membunuh diri.

Aku tidak mahu mengatakan semua ini kepada Claire kerana aku tahu hanya akan menyusahkan dirinya sahaja nanti. Sudahlah dia baru sembuh dari kemalangan itu dan sekarang nak jaga aku pula. Memang tak lah aku nak susahkan dia lagi.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now