cp 79

3K 298 16
                                    

Cruz menyandar di kerusinya memandang ke arah meja kerjanya itu. Fikirannya kacau bilau dengan semua perkara yang terjadi sejak dua menjak ini. Mula-mula dia tahu adiknya cuba untuk membunuh diri dan sekarang dia dapat tahu pula Rechel sedang dalam keadaan koma. Tidak tahu bila gadis itu akan sedar.

Masuk hari ini sudah 4 hari gadis itu tidak sedarkan diri. Walaupun setiap hari dia pergi melawat gadis itu, namun dia tidak melihat satu pun tanda bahawa Rechel akan sedar. Hal itu membuat dia semakin risau. Dia takut benda yang tidak diingini akan terjadi nanti.

Mata lelaki itu beralih memandang ke arah jam yang melekat di dinding bilik tersebut. Jam menunjukkan pukul 5 petang dan itu adalah masa untuknya melawat Rechel di bilik rawatan.

Cruz berdiri dari duduknya lalu keluar dari bilik tersebut. Sempat dia melihat ke arah meja Clarissa yang tidak berpenghuni itu. Sejak kejadian dia bergaduh dengan perempuan itu, mereka langsung tidak pernah bercakap antara satu sama lain.

Selepas kejadian dia cuba selamatkan Rechel pun, mereka masih tidak bercakap. Nampaknya Cruz sudah buat kesalahan yang amat besar sehingga membuat Clarissa marah sebegitu.

Lelaki itu mengeluh seketika di dalam hati. Dia tidak tahu bilakah semua ini akan berakhir. Selepas satu selesai, satu lagi masalah akan datang. Memang tidak akan ada penghujung.

Setelah hampir 5 minit berjalan, akhirnya lelaki itu tiba di hadapan bilik rawatan khas untuk adiknya. Kenapa bilik gadis itu khas?

Sudah semestinya kerana Rechel adalah keluarganya dan dia juga takut sekiranya ada masalah lain terjadi terjadi kalau gadis itu diletakkan di bilik biasa. Bilik khas ini terletak tidak jauh dari bilik kerjanya, jadi tidak ada masalah sekiranya dia mahu pergi ke situ dengan segera jikalau ada masalah.

Tombol pintu bilik adiknya dipegang lalu terus dia tolak dan alangkah terkejutnya dia melihat seorang lelaki yang amat dia kenali berdiri melihat katil tempat adiknya berada.

Kaki Cruz melangkah masuk menuju ke arah katil itu. Dia tahu lelaki tersebut mesti terkejut apabila mengetahui semua ini terjadi.

"Kenapa kau buat semua ni?" Soal lelaki itu atau boleh dipanggil Ian.

Cruz tidak menjawab soalan tersebut dan hanya memandang ke arah Rechel yang tidak sedarkan diri tersebut.

Dia tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana dia sendiri tidak tahu semua ini akan terjadi.

"Aku percayakan kau, tapi apa kau dah buat?" Sekali lagi Ian menanya. Timbul rasa bersalah Cruz di dalam lubuk hatinya.

Ian memusingkan badannya lalu memandang ke arah Cruz yang hanya senyap dari tadi.

"Kau anggap Rechel ni sebenarnya apa? Adik kau ataupun anak terbuang?"

"Anak terbuang? Aku tak pernah anggap dia begitu," soalan tadi memang menghiris hati Cruz. Tidak pernah sekali dia menganggap Rechel itu anak terbuang.

"Ya, kau memang tak pernah anggap dia begitu tapi kenapa kau biarkan dia jadi sampai macam ini!" Ian sudah tidak dapat menahan marahnya.

Lelaki itu sudah tidak kisah Cruz itu lebih tua darinya atau tidak kerana kini situasi Rechel lebih penting. Dia tidak sangka lelaki yang dipanggil abang oleh Rechel itu sanggup membiarkan gadis tersebut tersiksa sampai jadi begitu.

"Aku tak tahu dia akan jadi macam ni," balas Cruz.

"Cerita dekat aku, apa yang dah jadi sebelum dia cuba bunuh diri," pinta Ian.

Cruz menganggap tangannya. Ikut hatinya dia tidak mahu menceritakan kisah itu kepada Ian namun dia tidak boleh menolak permintaan itu.

"Beberapa hari sebelum dia cuba bunuh diri, Rechel pernah cuba cederakan diri dia lagi. Tapi waktu tu aku sempat hentikan dan tepat juga waktu tu dia demam panas. Setelah dia sembuh dari demam tu, aku perasaan dia nampak pelik. Sikap dia tiba-tiba sahaja berubah."

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now