cp 19

3K 305 14
                                    

Preng!

Aku menghempas sudu aku ke pinggan ini. Semua mata di meja ini memandang aku.

"Aku tak kisah, kau kutuk aku macam mana sekali pun, tapi kau jangan nak libatkan ibu aku." Mata aku memandang tajam wanita di sebelah aku.

Hilang kesabaran aku apabila wanita ini menyebut nama ibh aku tadi. Aku tak kisah mereka mahu kutuk aku sampai mati pun tapi jangan sesekali sebut nama ibu aku. Ibu aku tak layak mendapat kutukan walaupun sekali.

"Kenapa? Marah. Ya lah, kau kan penyebab ibu kau sendiri mati," Beth menyambung.

Aku menatap tajam ke arah perempuan itu.

Satu meja ini sekarang sedang melihat ke arah aku. Siapa yang menjamu selera tadi terhenti apabila aku tiba mengeluarkan suara selepas beberapa lama berdiam diri.

"Ya, memang aku penyebab ibu aku mati. Aku memang pembunuh satu keluarga ini. Tapi aku tak pernah kutuk ibu aku sendiri dan aku tak pernah tikam belakang dia," mata menjeling ke arah wanita di sebelah aku ini.

"Kamu mengaku kamu penyebab semua ini, jadi kenapa kamu masih ada sini? Kenapa kamu tak keluar sahaja dari sini!" Ujarnya seakan menghalau aku.

Aku tersenyum senin lalu aku mengambil gelas yang berisi air di hadapan aku.

"Aku memang mahu keluar. Kalau boleh aku mahu keluar terus dari keluarga ini. Tapi sebelum tu..." aku menuang air di dalam gelas tadi tepat ke atas kepala perempuan. Semua tercengang dengan perlakuan aku itu.

"Aku nak kau rasa apa yang kau dah buat dahulu," ujar aku lalu menghempas gelas kaca tadi ke lantai.

"Mama. Kau!" Pandangan tajam aku berikan kepada Beth yang berkata itu.

Aku berdiri lalu berjalan keluar dari tempat ini. Sudah tidak tahan aku dengan persekitaran aku yang terlalu toksik ini.

Sudah lama aku menahan semua ini dan sekarang mereka memang sudah melampaui batas kerana menyebut nama ibu aku.

Aku tak kisah mereka mahu benci, kutuk atau fitnah aku tapi sekali mereka sudah sebut nama ibu aku, mereka memang menempah maut aku.

"Rechel!" Suara bapa aku menyebut nama ini.

Aku menjeling ke arahnya dengan perasaan sungguh marah sekarang. Perasaan takut itu aku atasi dengan perasaan ini.

"Kamu-"

Bam!

Pintu dihempas oleh aku menghiraukan orang di dalam bilik itu lagi. Aku sudah tidak kisah. Hendak salahkan aku. Pergilah. Aku tak kisah. Memang semua ini salah aku.

Kaki aku melangkah keluar dari tempat ini. Di hadapan pintu keluar aku dapat lihat Finn segak berdiri seperti menunggu seseorang.

"Cik, biar saya hantar cik balik." Pelawanya.

"Tak perlu! Aku boleh balik sendiri," aku terus meninggalkan dan pergi menuju ke tempat penantian bas.

Malas aku mahu berurusan dengan manusia seperti mereka lagi.

.
.
.
.
.

Tok! Tok!

"Masuk!" ujar encik Shawn apabila pintu bilik tersebut diketuk.

Finn membuka pintu lalu memasuki ruang makan tersebut. Dia melihat hanya terdapat keluarga tuannya sahaja di situ.

Mungkin keluarga wanita tadi sudah pun pulang setelah kejadian yang berlaku tadi.

"Rechel macam mana?" Soal tuannya.

"Saya sudah pelawa untuk hantar balik, tapi cik muda tolak. Dia memang sangat marah tuan," lapor Finn.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now