cp 15

3.2K 290 2
                                    

"Boleh ke kita berlatih sini?" Soal Claire memandang kawasan bilik aku.

"Rasanya tak. Dinding bilik ni tak kedap bunyi. So kalau main sini nanti bising."

"Kalau kau tahu tempat ni tak kedap bunyi, kenapa kau bawa aku datang sini? Baik berlatih dekat sekolah jer," Claire seperti memarahi aku.

Memang aku bawa dia ke sini untuk berlatih tapi bukan dekat bilik ini tapi tempat lain. Aku tahulah tempat yang baik dan tempat yang tak baik untuk berlatih.

"Kita bukan berlatih sini, kita berlatih dekat atas." Aku berdiri dari kerusi aku lalu mengambil beg violin aku.

Muka Claire kelihatan binggung dengan apa yang aku katakan. Aku pula hanya tersenyum lalu keluar dari bilik itu bersama Claire.

Tangga yang berada bersebelahan dengan lift diambil oleh aku kerana lift tidak dapat pergi ke tempat itu.

Sesampai di penghujung tangga, terdapat sebuah pintu untuk keluar dari bangunan ini. Pintu dibuka oleh aku lalu dapat dilihat satu kawasan yang sungguh luas tidak berpenghuni.

Itulah bumbung asrama ini. Tempat aku selalu berlatih seorang diri. Walaupun tempat ini terbuka tapi apabila dia berlatih di sini bunyi alat musik itu tidak terlalu kedengaran kerana keberadaan tempat ini yang agak jauh bilik para pelajar.

"Sini dapatkan?" Soal aku sambil tersenyum kepada Claire.

Gadis itu berjalan hadapan sedikit seperti ingin melihat kawasan itu. Aku dapat lihat senyuman nipis yang hadir di bibir gadis tersebut.

Kaki aku melangkah mendekati saru bangku yang terletak di tengah-tengah kawasan ini. Beg violin aku diletakkan di atas kerusi itu lalu aku mengambil violin aku.

"Claire, kau boleh ajar ku main Paganini Caprice No. 24 tak?" Pinta aku kepada Claire.

Aku ingat lagi dimana Claire pernah memainkan itu ketika di kelas dahulu. Pada waktu itu serius aku cakap Claire sangat hebat dan terselah kebijaksanaan dia dalam bermain violin.

"Tu susah sangat untuk level kau. Kalau kau sanggup penat jari lepas ni, boleh lah aku ajar," balasnya.

Aku tersenyum dengan penyataan itu. Ayatnya seperti mencabar diri ini.

"Aku sanggup," jawab ku dengan penuh nekad di hati.

Gadis itu tersenyum lalu mengambil buku not yang ada di tangan aku. Muka surat yang terdapat lagu itu dibuka olehnya.

Pensil diambil lalu dia seperti menulis sesuatu di dalam buku itu. Beberapa minit kemudian, dia memberi balik buku tersebut kepada aku.

"Aku cadangkan kau hafal semua kot lagi ni. Kau hafal setengah dahulu."

"Kenapa perlu hafal?"

"Lagu ni laju pada awal permainan. Kau tak akan ada masa untuk kihat buku ni waktu kau main. Jadi kau mesti hafal not ni supaya kau tak salah," terangnya.

Aku mengangguk faham. Buku tadi diambil oleh aku lalu aku cuba menghafal sebahagian daripada not tersebut.

Lagu ini memang susah tapi aku tetap mahu memainkannya. Aku yakin dengan Claire bahawa dia dapat mengajar.

.
.

2 jam kemudian

"Sampai sini sahajalah. Aku rasa kau pun sudah boleh part tu," ujar Claire memberhentikan latihan ini.

Lama juga kami berlatih tadi. Aku yang tidak tahu apa-apa pasal lagu ni pun sudah boleh memainkannya sedikit.

Memang bagus betul cara Claire mengajar aku. Tak siya-siya aku kawan dengannya.

Silent Melody [✔️]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum