cp 39

2.9K 283 6
                                    

Tok! Tok!

Aku berdiri dari katil aku lalu bergerak ke arah pintu. Pintu yang terkunci dari dalam itu dibuka lalu aku mempersilakan Mary masuk.

Tangannya membawa talam makanan sarapan pagi aku. Itulah rutin aku setiap pagi.

Aku tidak mahu makan di ruang makan, jadi Mary akan datang ke sini membawa makanan aku. Dari sarapan sehinggalah waktu makan malam. Jadi tidak hairan kalau aku tak pernah keluar dari bilik ini jikalau cuti.

Mary berjalan membawa talam tersebut lalu diletakkan di atas meja yang tidak jauh dari pintu balkoni bilik ini.

Aku yang baru selesai mengikat rambut pendek ini berjalan menghampiri meja tersebut. Aku tahu rambut aku pendek, tetapi rambut ini tetap juga mengacau aku ketika aku sedang makan.

"Cik, saya ada sesuatu nak beritahu cik," aku menoleh ke arah Mary.

Aku memberi isyarat supaya dia teruskan bercakap sambil aku meminum air teh yang tersedia.

"Minggu depan, saya tak ada dekat rumah. Saya terpaksa balik sebab ada urusan sikit. Jadi saya arahkan Jane untuk ganti saya sekejap," aku tersedak air.

Terkejut aku mendengar ayat itu. Dia suruh perempuan tu ganti dia. Hilang akal ke apa? Tahukan bahawa aku dengan perempuan itu tidak berapa bagus.

"Kenapa mesti dia? Aku nak orang lain."

"Tak dapat cik. Saya sudah minta pekerja lain, tapi semua katanya sibuk. Hanya dia sahaja yang dapat," balas wanita itu.

Aku mengetap bibir aku. Aku tak nak berurusan dengan perempuan tu, tapi disebabkan ini aku terpaksa.

Sangat yakin aku bahawa nanti perempuan itu akan buat hal dan akan menyakitkan hati aku. Sudahlah seminggu. Bukan sekejap itu.

Takut nanti aku hilang kawalan dan Emerline akan ambil alih badan aku. Benda yang lebih teruk akan terjadi.

Nampaknya aku terpaksa fikirkan cara supaya aku tidak selalu berjumpa dengannya salama seminggu itu dan belajar bersabar dengan sikapnya itu.

"Mary, kau cakap dengan dia, tak perlu jumpa aku selain waktu makan. Pastikan kau beritahu semua peraturan dekat dia. Dan beri dia ajaran juga kalau dia langgar peraturan tu," arah aku.

Wanita itu mengangguk faham lalu keluar dari bilik ini meninggalkan aku. Otak aku masih berfikir bagaimana aku mahu mengharungi kehidupan aku minggu hadapan.

Entah-entah baru hari pertama dia sudah buat hal pada aku. Macamlah aku tak tahu, dia sengaja buat semua tu pada aku.

Dengan apa yang dia buat pada aku selama ini sudah cukup buat aku stress, apatah lagi kalau dia jadi pengganti Mary yang boleh dikatakan pembantu khas aku.

Memang kalau difikirkan boleh buat darah aku naik. Tak sia-sia aku kena ambil ubat lagi minggu hadapan. Aku sudah cuba berhenti tapi disebabkan perempuan tu aku terpaksa ambil lagi.

Ting!

Tiba satu pesanan masuk ke dalam telefon aku. Telefon yang diletakkan di atas meja ini diambil lalu aku membuka pesanan tersebut.

"Jumpa aku dekat tempat biasa. Ada benda nak beritahu kau."-Jason.

Rupanya pesanan tadi dari Jason. Aku menutup kembali telefon tadi lalu aku menyambung menjamu selera aku.

Selesai sahaja, aku terus mencapai kunci kereta aku untuk bergerak berjumpa dengan lelaki itu. Agaknya apa yang dia telah jumpa.

.

Time skip

Kereta aku berhenti tepat di hadapan sebuah restoran yang amat aku kenali. Enjin diberhentikan lalu aku keluar dari kereta itu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now