cp 5

3.6K 376 42
                                    

Semua baju dan barangan aku sudah disusun kemas di dalam beg bagasi aku. Hari ini adalah hari permulaan semesta baru.

Dan juga bermaksud aku akan kembali ke asrama aku. Sudah lama aku nantikan hari ini. Akhirnya aku dapat keluar dari rumah ini.

Tidak ada perasaan takut dan hanya gembira keluar dari sangkar kesengsaraan. Sejak aku balik je rumah ini banyak betul benda jadi dekat aku. Jadi apabila aku dapat kembali ke asrama mungkin hidup aku akan menjadi lebih tenang.

Beg bagasi yang sederhana besar ditarik keluar dari bilik. Bilik dikunci dengan kata laluan yang telah tersedia seperti biasa.

Buat yang tak tahu, di dalam rumah ini hanya bilik aku ada menggunakan kunci seperti ini. Ianya senang dan susah dibuka sekiranya tidak tahu kata laluan itu. Jadi selama aku tidak ada, bilik ini mustahil akan dimasuki oleh orang lain.

Beg bagasi tadi ditarik semula menuju ke pintu keluar rumah ini. Telefon di keluarkan untuk aku memanggil grab yang akan menghantar aku ke sekolah itu nanti.

"Rechel!" tiba satu suara memberhentikan langkah aku.

Aku yang sudah berada di luar rumah itu memandang ke arah suatu kereta yang terletak tidak jauh dari aku.

Abang pertama aku ataupun Arshen memandang aku dengan penuh serius.

"Kau nak balik sekolah kau kan?" soalnya.

Aku hanya mengangguk kepala apabila ditanya begitu. Itu memang perkara biasa kalau aku nak jawab soalan mereka. Kalau boleh aku tak nak pun keluarkan suara.

"Biar aku hantar!" Tiga perkataan mengejutkan aku.

Kejap! Dia nak hantar aku? Kenapa pula? Selama ni bukan main tak nak kisah pasal aku.

"Rechel boleh naik grab," balas aku.

Lelaki itu kelihatan banggang dengan jawapan aku. Dia berjalan menuju ke arah aku lalu merampas beg bagasi yang dipegang oleh aku tadi.

"Aku hantar atau kau tak dapat pergi sekolah tu," ujarnya menetapkan pilihan aku.

Aku dengan akur terpaksa ikut. Perasaan aku sekarang terasa sangat takut. Apa yang aku fikirkan boleh bebas setelah aku keluar dari rumah ini rupanya tidak.

Ini satu lagi bencana aku. Entah apa yang akan terjadi nanti.

Kaki aku melangkah menuju ke kereta mewah miliknya. Tempat duduk penumpang bersebelahan dengan pemandu diambil oleh aku.

Selang beberapa minit, kereta ini akhirnya dipandu keluar dari kawasan rumah aku. Keadaan di dalam kereta ini sunyi sahaja dengan hanya suara radio kedengaran.

Aku tidak berani untuk bersuara. Malah mata aku hanya mamandang keluar tingkap kerera ini kerana takut untuk melihat lelaki disebelah aku.

Aku berharap sangat dia membawa kereta ini laju supaya tidak terlalu lama aku di dalam kereta ini. Lagipun sekolah aku itu bukannya jauh. Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk sampai dari rumah aku.

"Kau fahamkan apa yang papa kata malam tadi?" Aku mengangguk kepala kepada pertanyaan Arshen.

"Jadi ingat, kalau kau gagal kau akan dikeluarkan terus dari sekolah tu. Jangan sia-sia usaha mama lahirkan kau, kalau kau gagal," aku tersentak dengan kata itu.

Kata itu seperti ditujukan khas pada aku yang menjadi sebab kematian ibu ku sendiri.

Aku mengetap bibir aku. Tidak dapat aku mahu membalas kata itu. Memang sudah menjadi kenyataan yang betul.

Penyebab kematian kerana melahirkan aku di dunia ini. Dan ini juga menjadi sebab kenapa aku dipulaukan oleh keluarga ini.

Kalaulah aku tidak lahir mesti keluarga ini menjadi keluarga yang sangat bahagian. Tanpa aku tetapi adanya ibu aku. Mereka hanya perlukan ibu aku daripada aku.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now