cp 94

2.3K 254 9
                                    

Kelas ini sungguh bising dengan ketiadaan gurunya. Semua guru pada hari ini sibuk dengan perjumpaan ibu bapa jadi pada sesi pagi ini, kami tidak akan belajar.

Memang seronok tidak belajar tapi bagi aku tidak. Apatah lagi bila berseorang di dalam kelas ini. Ian tadi keluar sebab ada urusan ketua pelajar dan Claire pula entah ke mana hilang gadis itu. Jadi yang tinggal hanyalah aku seorang.

Budak dalam kelas ini pun tak banyak sebab semua mereka ikut perjumpaan ibu bapa yang berada di kelas lain. Aku yang tak ikut ini, hanya boleh duduk kelaslah ceritanya.

Telefon aku dibuka lalu aku membuat aplikasi muzik. Airpod digunakan ditelinga dan terus aku membuka muzik tersebut. Kepala aku direbahkan ke atas meja untuk aku merehatkan diri.

Kalau difikirkan aku ni semakin hari memang mengikut sikap Claire ya. Dulu aku mana ada begini tapi sejak berkawan dengan Claire aku mula mengikut sikap dingin dan pemalas dia sedikit. Tak salahkan?

Janji tu bukan sikap yang tak baik. Lagipun aku lihat Claire tu baik jer walaupun peragai macam tu. Jadi apa salahnya aku ikut sedikitkan.

Bam!

Tiba pintu kelas ini dihempas buka. Aku yang merebahkan kepala aku tadi terus bangun kembali melihat ke arah pintu kelas ini.

Dapat aku lihat seorang rakan kelas aku masuk ke kelas dengan wajah yang sedikit penat. Sudah kenapa dengan dia tu? Macam jumpa hantu pula.

"Rechel, kau..." pelajar itu berjalan ke arah aku.

Aku pula hanya buat tertanya kenapa dia begitu. Aku ada buat salah ke? Tiba-tiba sahaja masuk kelas, lepas tu panggil aku pula

"Kau datang dari keluarga Astrade ke?" Soalnya membuat aku terkejut. Bukan setakat aku tetapi satu kelas ini.

"Apa kau cakap ni?" Aku cuba mengelak.

Kini semua mata memandang ke arah aku. Siapa sahaja tak terkejut bila nama keluarga terkuat itu disebut. Walaupun bukan dalam dunia muzik tapi keluarga aku kuat dalam dunia perniagaan.

Sebut sahaja nama keluarga itu memang semua orang akan tahu bertapa kayanya keluarga tersebut.

"Mana kau dengar benda merepek ni?" Sekali lagi aku cuba menipu. Aku tak boleh biarkan mereka tahu.

"Mana ada aku merepek. Tadi aku nampak Shawn Astrade datang dan dia kata dia datang sebagai bapa kau. Kau anak dia ke?"

Aku terus berdiri terkejut. Telefon aku diambil lalu aku terus berlari keluar dari kelas ini. Susah mahu percaya dia datang.

Aku tak tahu bagaimana dia tahu tentang hari ini dan kenapa dia tiba-tiba datang? Aku tak percaya selagi aku tidak lihat dengan mata sendiri.

Tangga bangunan ini dituruni oleh aku lalu aku berlari menuju ke bagunan pekerja. Bilik kaunseling adalah destinasi aku. Aku ingat lagi, semalam cikgu ada kata bahawa ibu bapa akan bercakap dengan cikgu kaunseling juga.

Jadi aku yakin dia berada di sana dan aku amat berharap semua yang dikatakan oleh lelaki tadi adalah tipu.

Hampir 5 minit aku berlari, akhirnya aku tiba dihadapan pintu bilik tersebut dan dengan cepatnya membuka pintu itu tanpa diketuk.

Bak!

Tiba aku terlanggar seseorang apabila pintu tadi dibuka. Aku terjatuh kerana melanggar orang tersebut terlalu kuat.

"Sorry, saya tak perasaan tadi." Ucap aku lalu berdiri.

"Kau ni dah kenapa, Rechel? Masuk tu cubalah ketuk dulu," satu suara yang amat aku kenal.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now