cp 53

3K 321 33
                                    

Seorang perempuan mendengus geram di dalam teksi tersebut. Hatinya panas seakan mahu mendadak meletup kerana terlalu marah.

Hari ini sepatutnya dia sudah bercadang mahu membeli beg tangan keluaran baharu yang ibunya janjikan, namun semuanya terbatal apabila ibunya berkata tidak boleh apabila melihat markah ujian yang dia perolehinya tadi.

Disebabkan semua itu jugalah dia dan ibunya bergaduh besar sehingga ibunya sanggup memotong duit belanja bulanan perempuan itu.

Jadi dengan hati yang sungguh panas itu dia berfikir mahu tidak mahu tinggal di rumahnya dahulu. Dia mahu ibunya rasa bagaimana hidup tanpa dia.

Teksi yang dibawa oleh seorang lelaki tua itu berhenti di sebuah rumah yang sungguh besar. Dia tersenyum melihat rumah itu dan sangat yakin tuan rumah itu akan membiarkan dia tinggal di sana.

Beg bagasi yang penuh dengan baju dan barangannya dikeluarkan sebelum teksi itu beredar. Kaki perempuan itu melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Ding, dong!

Loceng rumah tersebut ditekan dan beberapa minit kemudian pintu utama terus terbuka. Seorang wanita 40an kelihatan terkejut akan kedatangan perempuan itu.

"Cik Beth," sebut wanita itu.

"Hari ni, aku nak tinggal sini. Jadi biar aku guna bilik tetamu tu," ujarnya dengan angkuh.

Sejujurnya dia mahu lari dari rumahnya kerana mahu merasa tinggal di rumah yang serba kaya seperti ini. Kalau dapat sehari pun boleh.

Dia tidak kisah pun pasal pergaduhan tu dan apa yang dia kisah adalah peluang untuk tinggal di rumah ini. Dia adalah saudara kepada tuan rumah ini jadi bila dia cerita tentang pergaduhan itu mesti tuan rumah ini benar dia tinggal di sini.

Rancangan dia mudah sahaja mahu tinggal di sini. Dia juga dapat merasa adanya pembantu sendiri seperti anak orang kaya. Memang dia akan dilayan seperti tuan puteri nanti.

"Maaf cik, tapi bilik tetamu sekarang masih diguna," wanita itu memberi alasan.

Kalau boleh wanita itu mahu sahaja Beth itu pulang dan tukar fikirannya. Dengan keadaan keluarga ini selepas kejadian itu, lebih baik perempuan itu pula sebelum ada benda buruk pagu terjadi kepada cik muda rumah itu.

Dia tahu hubungan antara dua orang itu tidak berapa baik walaupun sama umur. Beth ini selalu merendahkan cik mudanya di hadapan keluarga ini dan apabila semua itu terjadi nanti, takit kesihatan cik mudanya akan menjadi lebih teruk.

"Tetamu datang? Siapa pula?"

"Tu saya-"

"Aku tak kisah. Aku ni lebih penting dari tetamu tu," perempuan itu terus masuk dan berjalan menuju ke bilik tetamu yang dikatakan.

Wanita tadi yang cuba menahan perempuan itu mengejarnya sampai ke bilik tetamu tadi.

Memang susah betul mahu mendengar kata Beth ini. Dia memang keras kepala. Kalaulah itu tetamu penting bagaimana.

"Cik, cik tak boleh. Bilik tu sedang digunakan."

"Apa aku kisah. Kalau kau tak halau orang tu aku boleh buat. Aku ni lebih penting dari tetamu tu. Aku ni saudara tuan rumah ini dan tetamu di bukan siapa-siapa pun," jawabnya dengan biadab.

Kalaulah encik Shawn tahu semua ini mesti lelaki itu akan murka. Walaupun Beth ini adalah saudaranya tetapi sekarang keluarga ini penting lagi.

Bam!

Pintu dihempas. Beth yang marahnya masuk ke dalam bilik itu. Matanya memandang ke arah katil yang terdapat seseorang di atasnya.

"Kau!"

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now