cp 28

3K 321 9
                                    

Kunci kereta yang diletakkan di atas meja di dalam bilik itu dicapai olehnya. Kakinya melangkah keliar dari bilik itu.

Hari ini dia akan mengambil adiknya dari asrama sekolah tersebut. Tidak tahu bagaimana mahu menghadap muka gadis itu setelah kata-kata yang dia ucapkan hari itu.

Mesti sitausi mereia nanti akan menjadi sungguh janggal. Macamlah dia tidak tahu, setiap kali dia berhadap dengan Rechel, budak itu tidak pernah memandang mukanya apabila bercakap.

Dan apa yang lebih teruk Rechel seperti sedang mengelakkan dirinya dari bertemu dengan ahli keluarga ini.

Makan di dalam bilik, belajar juga di dalam bilik dan paling teruk tidak pernah keluar dari bilik itu pun. Gadis itu memang mahu mengelak daripada bertembung dengan keluarga ini.

"Tuan hendak pergi mana?" Tiba satu suara memberhentikan langkah Arshen.

Lelaki itu menoleh dan kelihatan Mary, ketua pekerja rumah ini ditanya kepadanya.

"Nak ambil Rechel," balas dia.

Muka pembantu rumah itu berubah pelik. Arshen pula hairan dengan perubahan reaksi muka itu.

"Cik muda Rechel sudah balik lah tuan," balasnya membuat Arshen terkejut.

"Bila masa?"

"Pagi tadi. Dia balik guna sendiri katanya."

Arshen tidak menyangka semua itu. Dia tidak tahu bahawa adiknya sudah balik ke rumah ini.

Dan apa yang paling mengejutkan gadis itu balik sendiri. Mesti gadis itu tidak mahu bertemu dengannya dan sebab itu dia balik sendiri.

Memang juga menjadi masalah besar kejadian dua hari lepas.

"Dia ada dekat bilik dia kan?" Soalnya memandang pintu bilik Rechel yang boleh dilihat di tangga itu.

Mary mengangguk kepalanya. Arshen mendengus perlahan di dalam hati. Seterusnya kaki dia melangkah pergi ke bilik adiknya itu.

Dia memandang pintu tersebut. Pintu yang dilengkapi dengan kunci automatik itu memang sudah pasti dikunci dari dalam.

Dia tidak dapat buka begitu sahaja. Kalau hendak buka sekurangnya mesti ada kata laluan. Namun dia tidak tahu akan kata laluan tersebut.

Bukan setakat dia tidak tahu malah satu rumah ini tidak tahu. Hanya diri gadis itu sahaja yang tahu.

Tangan lelaki itu diangkat dengan niat mahu mengetuk pintu tersebut. Namun terhenti. Mungkin dia tidak patut berjumpa dengan Rechel sekarang.

Takut nanti akan ada pergaduhan lain juga yang berlaku. Dia tidak mahu membesarkan benda yang kecil. Dia mahu beri ruang kepada Rechel untuk bertenang.

Kakinya melangkah pergi dari situ meninggalkan bilik itu sendiri. Biarlah adiknya merehatkan diri di dalam bilik itu sendiri.

.
.
.
.
.

Aku merebahkan diri di katil empuk ini. Walaupun empuk, katil ini adalah tempat aku memendam rasa sakit yang aku terima di rumah ini.

Sakit dia memang sakit. Sampaikan aku rasa tidak mahu bangun lagi untuk matahari yang esok.

Kadang-kala aku berharap mata aku akan tertutup buat selamanya. Aku hidup didunia ini hanya untuk menanggung sakit yang tidak kelihatan lukanya.

Aku menanggis tatkala aku hati sedang berdarah. Aku tidak tahu mahu berbuat apa lagi.

Sesungguhnya aku tidak mahu keluar dari asrama itu dan balik ke sini. Namun sekarang semua sudah berubah. Aku meninggalkan bilik yang aku cintai itu dan balik ke rumah puaka ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now