cp 31

3K 299 66
                                    

Aku keluar dari kereta ini. Rumah yang besar megah berdiri di hadapan aku. Sesungguhnya aku berharap masa persekolahan aku lebih lama dari biasa.

Aku tidak mahu melihat langsung rumah ini. Sudahlah aku terpaksa pakai kereta lelaki itu untuk balik.

Tahu tak bagaimana pandangan pelajar sekolah itu apabila aku keluar dari sekolah tadi. Walaupun aku sudah cuba untuk mengelak daripada dilihat dari mereka namun ada juga yang dapat melihat aku tadi.

Kalaulah pintu belakang sekolah tak tutup tadi mesti aku selamat keluar tanpa dilihat oleh pelajar.

Aku mengeluh di situ. Agaknya sampai bilalah aku dapat tahan dengan semua ini.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam rumah ini. Dapat aku lihat para pembantu rumah ini terkejut apabila melihat aku masuk.

Aku endahkan semua itu. Tahu sangat mereka takut akan aku. Siapa sahaja pembantu rumah sini tidak tahu bagaimana hubungan aku sama dengan keluarga aku.

"Cik muda," langkah aku terhenti apabila mendengar suara Mary memanggil aku.

Aku menoleh ke belakang dan kelihatan ada seorang lagi perempuan yang datang bersamanya. Aku tidak kenal siapa perempuan itu.

"Saya nak kenalkan pada cik, ini maid baru kita. Jane," Mary memperkenalkan perempuan itu.

Jadi dia ni adalah pengganti pembantu rumah yang aku pecat hari itu. Lihat dari rupa macam tak boleh pakai.

Tapu biarlah. Asalkan dia tak ganggu hidup aku.

"Beritahu dia peraturan rumah ini. Kalau dia langgar, buang terus." Arah aku lalu aku meninggalkan mereka.

.
.
.
.
.

Mary hanya tersenyum pelat melihat cik muda keluarga ini berjalan pergi. Mesti dia masih lagi terfikir akan kes pembantu rumah sebelum ini.

Sebenarnya wanita itu tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi setelah kejadian. Dia takut benda sama akan terjadi dan membuat berita tidak baik kepada cik mudanya.

Namun disebabkan arahan tuannya untuk menambah pembantu rumah di bahagian pembersihan, dia terpaksa mencari yang baharu.

"Puan, apa maksud dengan peraturan tadi?" Soal Jane.

"Peraturan tu, kamu tak boleh masuk bilik dia, ganggu dia mahupun bercakap dengannya tanpa arahan dia sendiri."

Terkejut perempuan itu apabila mendengar peraturan tersebut. Manakah tidaknya, bercakap sudah tidak boleh.

Nampak sangat dia seorang yang suka bersendiri. Di dalam hati perempuan itu sudah terukir kata tidak menyukai gadis tadi.

"Kamu boleh sambung buat kerja kamu. Ingat peraturan tadi," ujar Mary sebelum meninggal tempat itu.

Jane mengangguk faham. Seterus dia berjalan menuju ke ruang tamu untuk melakukan tugasnya di sana.

Dan dia lihat ada beberapa orang lagi pembantu rumah turut berkerja di sana. Tidak hairanlah kenapa rumah ini banyak pembantu rumah. Rumah sahaja sudah sebesar padang bola sepak. Kalau seorang sahaja pembantu memang tidak laratlah hendak lakukan semua kerja.

Jane pergi mengambil satu kain basah lalu mengelap tingkat yang ada di situ. Sangat besar bahagian ruang tamu ini walaupun kawasan ini selalu tidak berpenghuni.

Ye lah semua orang rumah itu, lebih suka berada di dalam bilik daripada duduk di sini. Kalau ada pun mesti ada sebab lain.

"Wey Jane, kau dah jumpa ke cik muda kita?" Tiba salah seorang rakan sekerjanya bertanya. Perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now