cp 87

2.7K 271 17
                                    

Loren keluar dari bilik tersebut lalu menutup pintu bilik itu. Dendam dirinya terhadap wanita itu memang besar. Kalau boleh dia tidak mahu melihat wanita penyebab bapanya mati itu hidup tenang.

Dia tidak tahu berapa banyak dosa wanita itu telah lakukan. Sudah bunuh bapanya, mahu lagi dia bunuh puan Amel. Apa wanita tadi tidak pernah ada perasaan puas di dalam hidupnya.

Memang Loren tidak faham akan wanita itu. Kalau wanita itu tidak melakukan semua itu mesti dia tidak akan ada dalam situasi ini.

"Sudah habis kerja kau?" Satu suara menyoal di balik dinding tersebut.

Loren tersenyum lalu menoleh ke dinding di sebelahnya. Dapat dia lihat seorang lelaki berpakaian serba hitam menyandar di dinding tersebut.

"Terima kasih sebab bagi aku jumpa dia, Jason." Ujar Loren sambil tersenyum.

"Kau sepatutnya terima kasih kepada Roel bukan aku. Lagi pun dia yang nak kan perempuan tu kena tangkap," balas Jason kembali.

Loren sejujurnya mahu berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang dapat tangkap wanita itu kerana wanita penyebab keluarganya rosak.

Kalau pak cik nya masih lagi hidup rasanya mahu juga dia letakkan lelaki itu sama seperti wanita tadi.

"Lepas ni kau nak berhenti kerja ke, Finn?" Soal Jason kembali.

Loren ataupun nama palsunya Finn hanya terdiam. Matanya memandang cincin yang dipakai olehnya itu. Terlintas seseorang di kepala membuat dia tersenyum nipis.

"Tak, aku rasa aku nak kerja bersama keluarga tu sampailah orang tu berhenti," balas Loren.

Jason mengeluh dengan sikap rakannya itu. Kalau rakannya tidak berhenti kerja itu maknanya dia tidak akan ada pasangan kerja lagi lepas ini.

Nak harapkan Roel jadi pasangan kerjanya memang tak lah. Lelaki itu tidak habis memikirkan Carla sahaja. Selagi dia tak dapat Carla kembali,  memang mustahil lelaki itu akan ada pasangan lain.

"Kau kerja sana sebab ibu kau ada sanakan?"

Loren tersenyum lalu mengangguk. Dari awal memang dia kerja dengan keluarga itu kerana ibunya ada berkerja di saja juga.

"Kau tak nak bagitahu dia ke pasal tu?" Jason menunjukkan ke arah cincin itu.

Loren menggelengkan kepala, "aku tak kisah dia ingat aku ke tidak. Tapi yang pasti aku hanya nak dia selamat tu jer."

Sayu hati Jason mengenangkan nasib rakannya itu. Bapanya meninggal dibunuh dan ibunya pula tidak mengingatkan apa-apa tentang lelaki itu.

Sedih baginya walaupun dia tidak pernah tahu erti mempunyai ibu bapa. Tapi dia faham perasaan Loren menghadapi semua itu. Mesti sangat sakit melihat seseorang yang kita sayang tetapi orang itu melupakan kita.

"Kau tak perlu nak risaukan aku. Lebih baik kau risaukan cik muda tu. Aku tahu kau tinggalkan dia sebab dia bawa kau ingat kembali tentang wanita tu kan," Loren menyebut tentang Rechel.

Jason mengangguk perlahan. Memang dia mahu tinggalkan Rechel kerana hal itu. Dia tahu dia tidak boleh lupakan puan Amel apabila melihat muka Rechel. Muka gadis itu memang persis puan Amel.

Jadi sebab itu juga dia buat keputusan untuk meninggalkan gadis itu supaya dia dapat lupakan puan Amel. Sesungguhnya dia tidak mahu melakukan semua itu tetapi sekiranya dia hanya memikirkan puan Amel, dia tidak akan boleh hidup tenang. Dia mesti kosongkan fikirannya tentang wanita itu dan terus maju ke  hadapan untuk masa depannya.

"Kau tak perlu nak risaukan cik muda tu, aku boleh tolong kau tengokkan dia." Ujar Loren lalu melangkah pergi dari situ.

Jason hanya mengiyakan sahaja. Mungkin adanya Loren itu disamping Rechel boleh membuat dia sedikit tenang.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now