cp 67

2.9K 304 15
                                    

Mata aku memandang langit yang luas terbentang itu. Sungguh biru dan tenang namun diri ini tidak begitu.

Setelah teringat akan memori silam pada malam tadi, diri ini tidak pernah akan tenang. Sampaikan aku nak sambung tidur pada malam tadi pun tidak dapat.

Jadi ceritanya aku sampai sekarang tidak tidur lagi. Diri aku ini juga terasa lemah kerana kurang tidur. Sekarang rasa tak nak buat apa-apa sahaja.

Mata aku beralih melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 10 pagi itu. Sunggih lambat masa berlalu. Aku mahu masa berlalu dengan cepat dan aku boleh kembali ke sekolah semula.

Kalau boleh aku mahu keluar dari rumah ini dengan cepat. Berada di dalam rumah ini buat aku semakin sakit sahaja.

Jadi sebab itu tolong bagi masa ini cepat sikit berlalu. Aku nak jumpa dengan Claire dan bercakap dengannya. Aku tidak tahu kenapa tapi bila cakap dengannya buat aku rasa tenang. Mungkin sebab kami berdua alami kesengsaraan hidup yang hampir sama. Jadi itu membuat aku berasa tenang berkawan dengan.

Aku mengeluh seorang diri di sana. Bila agaknya aku boleh bertemu dengan Claire. Sejak dua menjak ini aku perasan bahawa Claire sudah tidak berapa aktif dalam media sosial. Biasanya kalau aku hantar pesanan kepada dia mesti dia akan jawab.

Tapi sekarang tak, malah lihat sahaja tidak. Sejak mula cuti semester ini dia mula jadi begitu. Kenapa agaknya?

"Bagus betul cuaca hari ini," ujar Mary yang datang mengemas bilik aku ini.

Aku menoleh ke arah wanita itu. Kelihatan dia sudah selesai mengemas bilik ini. Mata wanita itu memandang ke luar tingkap bilik ini.

"Kalau hari macam ni, cik jalan-jalan dekat taman bunga tu mesti seronok. Cik tak nak pergi ke?" Tanya wanita itu sambil tersenyum.

Aku berfikir sejenak. Diri ini sungguh malas untuk bergerak dan kalau keluar rumah pun mesti rasa macam bertambah sakit sahaja.

"Kalau cik tak nak pergi, saya akan-"

"Aku pergi," balas aku lalu aku terus berdiri.

Jangan tanya kenapa aku berubah fikiran pula. Aku hanya rasa hendak cuba melihat taman bunga mawar itu.

Kaki aku berjalan menuju ke pintu keluar. Dapat aku lihat muka Mary tersenyum melihat aku. Mesti dia fikir aku pelik hari ini. Tiba-tiba sahaja mahu keluar sedangkan selama ini aku suka berkurang di dalam bilik sahaja.

Pintu bilik ini dibuka lalu aku terus keluar bersama dengan Mary. Dalam perjalanan aku pergi ke taman bunga mawar, tiba aku terserempak dengan Finn, pembantu peribadi bapa aku.

Lelaki yang misteri itu menghadiahkan aku satu senyuman. Aku tidak tahu kenapa tetapi bagi aku lelaki itu sangat misteri. Dia bagai seorang yang akan tahu semua benda di dunia ini. Termasuklah tentang aku dan sebab itu juga kalau boleh aku mahu mengelak darinya.

"Cik, mahu ke mana?" Soal Finn.

"Cik muda mahu pergi ke taman bunga sekarang," Mary tolong menjawab untuk aku.

"Kalau macam tu, boleh saya temankan cik?" Pintanya.

Aku memerhati muka yang tersenyum misteri itu. Kenapa agaknya dia suka sangat tersenyum seperti itu? Senyuman itu serius membuat aku merinding.

"Ikut suka hati kau," balas aku lalu aku terus berjalan keluar dari rumah ini.

"Terima kasih cik," dia terus mengikuti aku.

Kami berdua berjalan menuju ke sebuah taman bunga ros yang terdapat di halaman rumah aku. Taman itu tidaklah besar sangat tetapi pemandangan di sana sangatkan cantik dengan adanya pelbagai jenis bunga mawar.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now