cp 69

2.9K 306 9
                                    

"Maaf, aku lambat." Ucap seorang lelaki lalu duduk bersama rakannya. Muka lelaki itu memang tidak lekang dengan senyuman.

"Finn, lama sudah aku tidak berjumpa dengan kau."

"Aku sibuk sikit, Jason." Balas lelaki itu.

Hari ini adalah hari dimana dia berjanji untuk bertemu dengan kawannya setelah sekian lama tidak berjumpa.

Beruntung juga dia kali ini, kerjanya tidak terlalu banyak sehingga dapat membuat dia berjumpa dengan rakannya sekaligus bekas pasangan kerjanya dulu.

Finn ataupun mama sebenarnya, Loren Winter bukanlah setakat pembantu peribadi encik Shawn. Malah dia lebih dari itu. Sama seperti yang Rechel beritahu, dia adalah lelaki yang misteri. Dia ada banyak identiti dan orang yang tahu identiti sebenar dia hanyalah dua orang rakannya itu.

Dan dia juga bekerja disamping encik Shawn kerana dia inginkan sesuatu. Bukannya pangkat berkerja tetapi sesuatu yang lain dan lebih besar.

"Aku rasa kau mesti dah kenal sangat cik muda keluarga tu kan. Apa pendapat kau pasal dia?" Soal Jason menanyakan tentang Rechel.

Finn membuat muka berfikir sejenak dan beberapa saat kemudian dia tersenyum nipis.

"Bagi aku, budak tu menarik," balas Finn.

"Menarik maksud kau?"

"Dalam banyak-banyak orang dalam rumah tu, hanya dia sahaja seperti tahu aku ini berbahaya dan cuba menjauhkan dirinya daripada aku. Sangat berwaspada."

Jason tersenyum mendengar penerangan itu. Dia tahu gadis itu bukanlah seperti orang lain. Gadis itu seperti ada aura yang mengatakan dia sangat berbahaya dan lebih penting dia tu sangat pandai yang mempermainkan fikiran orang.

Kali pertama Jason ingin menegur gadis itu pun, dia berfikir dua kali. Dia takut sama ada gadis itu akan mencurigainya dan mengkhianatinya. Tapi nampaknya tidak. Gadis itu sungguh berbeza.

"Kau ada beritahu budak tu ke yang kita berdua kenal?" Sekali lagi Jason bertanya.

Finn menggelangkan kepalanya lalu berkata, "tapi aku ada beri dia petunjuk. Rasanya dia akan tahu tak lama lagi."

"Kau tak takut ke kalau dia bagitahu keluarga dia?"

"Aku tak rasa dia akan bagitahu. Dia bukan perempuan macam tu."

Jason hanya mengiyakan sahaja. Dia tidak tahu bagaimana sikap sebenar Rechel itu kerana dia baru kenal Rechel 2 tahun lepas bukan seperti Finn yang hampir 5 tahun berkerja bersama keluarga itu. Jadi di sini Finn lebih mengenali gadis itu berbanding dengan Jason.

Air yang dipesan oleh Jason tadi diminum olehnya. Matanya memandang ke luar tingkap bersebelahan dengan meja itu. Salji turut agak kuat hari ini. Tidak seperti hari sebelum ini. Ini kalau keluar tak pakai baju sejuk rasanya memang boleh beku.

Dalam dia melihat salji yang turut itu, tiba dia teringat akan sesuatu. Tidak lama lagi hati Natal akan berlalu dan bermaksud tidak lama lagi adalah hari ulang tahun kematian Puan Amel. Wanita yang amat dia sayangi dahulu.

"Lepas selesai kerja ni, kau balik kerja dengan kami tak?" Soal Jason kepada Finn.

"Tak, aku lebih suka kerja dengan keluarga tu."

Jason mengeluh. Dia tahu rakannya tidak akan balik berkerja dengannya lagi.

"Kalau kau tak bekerja dengan kami lagi, maksudnya aku tak ada pertner. Dah 5 tahun aku tak ada pertner sebab kau tau," Finn tertawa dengan apa yang dikatakan oleh Jason.

Memang betul dulu dia adalah pasangan Jason tapi sekarang sudah berubah kerana dia sudah tidak bekerja di syarikat itu lagi.

"Roel tu, boleh partner kau. Bukannya dia sudah ada partner sekarang," Finn menunjuk ke arah Roel yang asik diam dari tadi.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now