cp 41

2.9K 286 3
                                    

Baju uniform dipakai kemas. Rambut dibiarkan tidak terikat menutup leher aku. Beg yang sudah dikemas malam tadi pun sudah bersedia untuk dibawa pergi ke sekolah.

Nampaknya aku sudah pun bersedia untuk pergi ke sekolah. Sikat yang menyikat rambut ini tadi diletakkan kembali di atas meja solek aku.

Bekas tempat aku meletakkan kanta lekap diambil. Aku memasang kanta lekap ini menggantikan cermin mata.

Selama ini aku biasanya menggunakan cermin mata, namun aku berhenti dan bertukar ke kanta lekap. Aku takut kalau aku gunakan cermin mata nanti, akan ada sesuatu buruk belaku. Kita tidak tahu dia akan ada kemalangan belaku, jadi untuk selamat aku gunakan kanta lekap.

Tok! Tok!

Tangan aku terhenti memasang kanta lekap ini apabila mendengar bunyi ketukan tersebut. Kanta lekap tadi diletakkan kembali di dalam bekasnya.

Kaki aku berjalan menuju ke pintu bilik ini. Buka sahaja pintu, aku melihat perempuan yang paling aku benci di dalam rumah ini berdiri sambil membawa dulang makanan.

Bukan aku sudah kata aku tak nak makan sarapan ke? Kenapa perempuan ini masih lagi datang?

"Ini sarapan cik," ujar perempuan itu.

Aku yang menyandar di tepi pintu itu hanya melihat sahaja perempuan ini. Aku baru teringat bahawa minggu ini Mary kena balik ke rumahnya dan perempuan ini yang akan bertugas menggantikan dia.

Apalah nasib aku dapat perempuan ni. Dia punya cuai memang boleh buat aku pening kepala.

"Bukan aku kata aku tak nak sarapan ke," kata dingin aku.

"Sa-saya lupa," kepala perempuan itu menunduk.

"Apa benda yang kau ingat sebenarnya. Semua benda kau lupa!"

"Saya mi-"

"Sudah! Kau hantar balik makanan tu. Aku tak nak makan," Aku terus berjalan masuk kembali ke dalam bilik tersebut.

"Tapi cik, kalau cik tak makan nanti-" perempuan itu masih berkeras kepala.

Tap!

Tiba kakinya terkandung kaki kerusi yang ada di hadapan pintu tadi. Dulang yang makanan yang ada ditangannya tadi terlepas lalu menghempas di meja solek aku.

Bekas kanta lekap yang terbuka tadi sudah terpelanting akibat dulang tadi. Terkaku aku melihat kejadian ini.

Habis bersepah meja solek aku dengan makanan sarapan tersebut. Kanta lekap aku pula sudah seperti tercemar di situ.

"Kau!" mata aku tajam memandang perempuan penyebab semua ini.

"Maafkan saya cik. Saya akan bersihkan," terus perempuan itu berdiri dan mengemas makanan yang berterabur tadi.

Namun tanpa dia perasan dia sudah membuat bekas kanta lekap aku terjatuh mencium lantai.

Hati aku semakin panas melihat kejadian itu. Aku melangkah cepat ke arah perempuan itu. Tangan dia yang sibuk mengutip makanan tadi ditahan oleh aku.

"Keluar." Arah aku.

"Cik..."

"Aku kata keluar!" Tegas arahan aku lalu membuat dia dengan depat keluar dari bilik ini.

Setelah dia keluar aku terus mengambil kanta lekap aku tadi. Kanta tersebut sudah mencium lantai. Nampaknya aku tidak boleh gunakan lagi.

Perempuan itu memang tak guna. Ini baru hari pertama dia berkerja menggantikan Mary tapi dia sudah buat darah aku mendidih. Jangan sampai satu hari nanti aku tarik rambut perempuan untuk melepaskan geram aku.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now