cp 33

2.9K 307 39
                                    

Arshen memandang kepergian adik perempuannya dari bilik tersebut. Dia tahu adiknya tengah marah namun apa dilakukan oleh gadis itu juga salah.

Terkejut juga dia apabila terdengar suara adiknya seakan mengherdik kepada seseorang tadi.

Jarang bagi dia melihat gadis itu untuk mengeluarkan perasaan lain selain perasaan suramnya. Jadi memang terkejut juga bila dia lihat Rechel marah akan pembantu rumah ini.

Dan apa yang lebih mengejutkan, budak itu sudah mula menggunakan kekerasan. Apa dia sangat marah hanya disebabkan rak itu disentuh?

Arshen memang tidak faham situasi adiknya yang begitu marahkan perempuan ini. Dan satu lagi, siapa pula perempuan ni. Tak pernah lihat muka dia dalam kalangan pembantu rumah.

"Maafkan tuan Arshen. Saya tak sangka salah saya boleh buat cik Rechel marah macam tu sekali. Saya memang minta maaf," ucap perempuan ini.

Arshen hanya memandang sekilas sahaja perempuan itu. Tidak berminat mahu ambil tahu. Dia lebih nak tahu kenapa Rechel boleh marah begitu sekali.

"Tuan, saya bukan apa. Saya memang tak sengaja sentuh rak tu. Saya lihat rak tu tak terurus, jadi saya susun sikit. Tapi tak sangka pula Cik Rechel boleh tampar saya hanya sebab tu," dia membuat muka kesiannya.

"Kau boleh pergi," ujar Arshen dengan dingin.

"Ta-tapi tuan, saya-"

"Kamu boleh pergi sambung buat kerja kamu Jane," Mary mengarahlan perempuan itu pula.

Jane dengan geramnya memandang wanita 40an itu. Baru sahaja dia mendapat peluang untuk bercakap dengan lelaki itu, wanita itu sudah mengacau.

Dengan diri yang sedikit geram itu, dia pergi meninggalkan tempat. Arshen pula tidak menghiraukan perempuan itu. Hanya dibiarkan sahaja.

"Tuan, saya harap tuan janganlah marah cik Rechel. Dia ada sebab kenapa dia boleh marah begitu," ujar Mary cuba memujuk tuannya untuk tidak memarahi Rechel.

Sebenarnya dia tidak marah pun pada Rechel. Dia cuma terkejut melihat Rechel yang marah sampai begitu.

"Ada sebab? Apa sebab dia?" Soal Arshen.

Mary mengeluh kecil. Matanya memandang ke arah rak buku tadi. Datang sedikit memori silam di fikirannya.

"Rak itu adalah rak buku kegemaran puan Amel. Cik Rechel selalu jaga buku di rak tu dan tak pernah ubah kedudukan buku di rak tersebut dari dulu. Bagi dia rak buku tu antara peninggalan puan Amel kepadanya. Jadi dia sangat marah apabila ada orang sentuh rak tu," jelas Mary dengan nada sayu.

Dan pada ketika itu Arshen baru sedar apa yang telah dia lakukan. Dia lupa itu adalah rak buku peninggalan arwah ibunya.

Seketika dahulu, dia selalu datang ke sini untuk belajar. Namun setelah dia tamat belajar dan sibuk dengan syarikat bapanya, dia sudah mula melupakan tempat ini.

Jadi maknanya tadi yang salah adalah perempuan itu. Rechel berhak untuk merah sebegitu. Jikalau dia tahu, mungkin dia tidak akan hentikan Rechel begitu.

Dia tahu bahawa Rechel tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu dan sebab itu juga tempat ini amat istimewa untuk Rechel.

Malah tempat ini adalah tempat arwah ibunya banyak meluangkan waktu ketika masih hidup dahulu.

Memang sedih bila diingatkan. Lagi sedih apabila dia mula sedar dirinya dan Rechel sangat berbeza. Dia dapat merasai kasih sayang seorang ibu, manakala Rechel tidak.

Malah Rechel menghadapi tantangan yang sangat teruk sejak dia lahir di dunia ini. Kalaulah semua itu tidak terjadi mesti gadis itu dapat hidup di kehidupan yang dia inginkan.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now