cp 47

3K 300 48
                                    

Mata aku memandang ke arah cermin yang menampak seluruh badan aku. Baju uniform sekolah aku sudah lengkap aku pakai. Sekarang hanya perlu pergi ke sekolah sahaja.

Kaki aku berjalan menuju ke kerusi belajar aku. Beg diambil lalu diperiksa aku semua buku yang ada di dalamnya. Takut nanti salah bawa pula. Aku bukannya dapat balik ambil semua seperti kehidupan aku di asrama dahulu.

Sambil aku mengemas buku itu, tiba mata aku terpandang lengan aku yang berbalut dengan kain pembalut putih tersebut.

Aku baru teringat akan kejadian malam tadi. Kerana terlalu tertekan aku telah berbuat benda itu lagi.

Dapat dilihat dari darah yang melekat di kain pembalut ini. Aku patut tukar kain ini tetapi masa ini terlalu singkat. Kalau tukar nanti aku akan terlambat ke sekolah.

Rasanya hari ini aku akan cuba untuk menyembunyikan sahaja pembalut ini daripada dilihat orang. Untung sahaja baju uniform aku ini panjang lengan dapat juga aku sorokkan tanpa orang curiga.

Beg yang sudah selesai di sandang ke belakang. Beg violin pula hanya dibawa menggunakan tangan. Sebelum aku keluar dari bilik ini, aku memerhati kawasan bilik ini buat kali terakhir. Takut nanti ada benda yang aku terlupa.

Setelah selesai, aku terus membuka pintu untuk keluar. Pintu ditutup semula dan aku periksa sama ada ia sudah berkunci atau tidak. Walaupun pintu ini automatik kunci apabila kita keluar, namun aku tetap mahu periksa. Mana tahu ada salah dengan sistem kunci pintu ini sehingga tidak dapat di kunci. Kang nanti aku pula yang takut ada orang masuk bilik ini.

Apabila selesai periksa aku terus mengambil beg violin yang aku letak di lantai tadi dan berniat untuk terus pergi ke sekolah.

Bruk!

Tiba-tiba aku terlanggar seseorang dan satu air panas tumpah ke lengan kiri aku tepat di luka aku yang masih belum sembuh tadi.

"Argh!" Aku menjerit kesakitan menahan tangan aku yang terkena air panas tadi.

Walaupun ada baju untuk lindungi tetapi air tadi tetap tembus mengena luka aku yang masih segar lagi itu.

"Cik, saya minta maaf. Cik tak apa-apa," suara orang yang melanggar aku tadi.

Aku mengangkat muka dan melihat orang itu. Perempuan ini! Perempuan ini lagi!

Apa yang perempuan ini sudah buat! Ini memang melintasi batas. Kenapa dia mesti ada sini dan bawa air panas tu?

Lengan aku terasa sungguh sakit sehingga aku dapat rasa bekas luka aku terkena air tadi bertambah sakit.

"Kau memang tak guna!" Amarah aku dengan seadanya.

Gelaran perempuan tak guna memang sepadan untuk dia. Sudah banyak kali dia lakukan kesalahan kepada aku dan pada pagi ini, pagi dimana aku mahu semuanya baik telah rosak disebabkan dia.

"Cik saya-"

"Apa dah jadi ni?" aku melihat ke belakang perempuan itu.

Kelihatan Cruz datang berlari menuju ke sini. Mukanya kelihatan seperti baru mendengar berita kecemasan.

"Tuan, tangan cik Rechel..." lakonan cemas perempuan itu terhadap aku. Sungguh pandai dia berlakon.

Cruz melihat ke arah aku yang terduduk di lantai sambil memegang lengan yang sakit ini. Mata dia tiba terbuka besar seperti terkejut akan sesuatu.

"Apa dah jadi dengan tangan kau?" Soalnya dengan nada sungguh cemas. Dia menundukkan dirinya melihat tangan aku yang terkena air panas tadi.

Tangan dia mahu menyentuh tangan aku namun sempat aku tepis. Aku tak boleh biar dia sentuh tangan aku. Nanti dia akan tahu kain pembalut itu.

Silent Melody [✔️]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن