cp 4

3.9K 377 14
                                    

Pintu rumah ini dibuka oleh aku. Semua pembantu rumah yang berkerja di ruang tamu berhenti membuat kerja dan menundukkan kepala memberi kehormatan kepada aku.

Aku tidak minta tetapi mereka sendiri yang lakukan. Aku endahkan mereka dan terus berjalan menaiki tangga menuju ke bilik aku.

"Cik muda," tiba satu suara memanggil aku.

Tangan yang ingin memulas tombol pintu tadi terhenti. Kepala dipusingkan 30 darjah dan kelihatan Mary yang memanggil aku.

"Cik muda baru balik?" Aku mengangguk kepala menjawab pertanyaan Mary.

"Cik, hari ini tuan Shawn arahkan supaya cik makan malam bersama dia," katanya menyebut nama bapa aku.

"Kenapa pula?"

"Tak tahu, tapi tuan kata dia mahu berjumpa dengan semua ahli keluarga waktu makan malam nanti. Jadi cik tak boleh tolak."

Aku berfikir sejenak. Jarang rasanya lelaki itu berbuat begini. Biasa kalau nak makan malam dia tak akan panggil aku dan aku pula tak suka makan luar dari bilik aku sendiri.

Jadi kalau ini terjadi maknanya ada benda yang telah berlaku. Nampaknya terpaksalah aku ikut.

"Baik," balas aku lalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci seperti biasa.

Aku merebahkan badan aku di atas katil memikirkan hal tadi. Kenapa agaknya lelaki itu ingin berjumpa dengan semua ahli keluarga ini?

Ada apa-apa berlaku ke?

Aku bangun semula dari katil ini. Beg tangan tempat aku menyimpan ubat aku tadi dicapai. Semua isi di dalam beg itu diselongkarkan oleh aku.

Terdapat beberapa ubat yang mesti aku sorokkan. Aku duduk dilantai lalu aku mengambil satu kotak yang bersederhana besar di bawah katil aku.

Kotak tersebut dibuka dan dapat dilihat beberapa botol ubat yang sudah habis isinya. Aku tidak membuang botol itu kerana aku takut akan dilihat oleh orang lain.

Ubat tadi diletakkan aku di dalam kotak tersebut. Di dalam kotak itu juga terdapat satu pisau pemotong kertas yang kotor akibat darah aku yang sudah kering.

Aku memang menyorokkan semua benda ini untuk membuat perbuatan itu di dalam kotak ini. Kalau aku ada masalah memang kotak ini akan aku keluarkan.

Setelah selesai, kotak itu diletakkan di bawah katil kembali. Sekarang hanya tinggal satu ubat ini sahaja iaitu ubat tidur aku.

Aku memakan ubat ini kerana aku menghidap insomnia yang boleh dikatakan teruk. Pernah aku tidak tidur selama 48 jam kerana sakit ini dan kalau aku tak makan ubat ini aku tak akan dapat tidur sehinggalah badan aku menjadi lemah.

Ubat ini aku sudah ambil lama tetapi hanya Ian sahaja tahu aku mengambil ubat ini.

Aku berdiri dan terus mencapai almari di tepi katil aku. Ubat itu aku hanya simpan di sana untuk memudahkan aku mengambilnya ketika aku mahu tidur.

Aku duduk kembali di atas katil aku kembali. Tiba aku teringat apa yang dikatakan oleh Ian ketika dalam perjalanan balik aku tadi.

Flashback
.
.

"Kau sampai bila nak guna topeng tu?" Soalnya.

"Kenapa? Salah ke?"

"Memang salah. Mungkin depan orang lain kau boleh jadi seorang yang happy go lucky tapi depan aku kau tak boleh sorok kesakitan kau tu. Aku kenal kau, Rechel. Kalau kau terus macam ni, kau akan terima yang lebih teruk."

Aku hanya diam tidak menjawab kembali. Memang aku tahu semua itu tapi kalau aku tidak gunakan topeng itu, sakit tersebut akan lebih terasa.

Topeng aku di hadapan orang lain memang hebat. Aku berjaya sorokkan kenyataan kehidupan aku sebenarnya.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now