cp 56

3K 330 42
                                    

Kereta ini aku berhentikan tepat di dalam garaj kereta rumah ini. Beg sekolah aku diambil untuk aku bawa keluar dan tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan pesanan hadir.

Aku membuka telefon itu lalu aku tersenyum melihat pesanan itu. Aku sudah tahu kenyataannya sekarang. Nampaknya orang itu sudah tidak boleh lari lagi.

Aku keluar dari kereta ini lalu terus masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kaki aku melangkah membuka pintu, tiba aku terdengar suara yang amat aku kenali.

Pintu utama rumah ini dibuka dan memang betul aku jangka bahawa wanita itu dan anaknya datang kemari. Aku tahu mesti dia nak cakap pasal kejadian semalam. Dasar penyebuk. Dia dan anaknya sama sahaja.

"Hah, itu pun kau!" Suara wanita itu kedengaran.

Aku menjeling ke arahnya yang duduk di ruang tamu rumah ini bersama bapa dan juga abang pertama aku, Arshen.

Aku yang malas nak melayan wanita dan anaknya itu hanya terus berjalan menuju ke tangga rumah ini.

"Rechel, datang sini kejap." Arah bapa aku.

Aku yang baru sahaja ingin ke bilik itu terpaksa datang mendekati mereka. Mata aku memandang tajam Beth yang penuh drama itu.

Tak sangka baru semalam dia buat hal hari ini datang lagi buat hal. Memang sengaja nak buat hati aku ni panas.

"Dia ni uncle yang semalam tampar Beth. Lepas tu tolak Beth pula. Beth tak salah apa-apa pun kena juga," dia membuat muka menangis dia.

Tak salah apanya. Dia semalam bukan main tolak Mary lepas tu rendahkan diri wanita itu pula. Memang tak sedar diri.

"Kesian betul anak mama ni kena semua tu. Eh kau perempuan, berani kau tampar anak aku! Kau tu kena sedar diri kau siapa nak tampar anak kesayangan aku," jerkah ibunya pula.

Memang anak dan ibu sama sahaja. Aku yang tak salah ini pun boleh jadi persalah.

Buat masa sekarang aku hanya dapat bersabarlah. Yang tahu kisah sebenar semalam sahaja tahu siapa yang salah sebenarnya.

"Betul ke apa yang dia cakap di, Rechel?" Soal bapa tu.

"Betul uncle. Semalam saya fikir nak menginap sini kejap tapi dia kata tak boleh lepas tu dia guna kekerasan pada saya."

Tahan.

Aku masih cuba menahan kesabaran. Aku tak boleh hilang kawalan lagi ini. Depan aku kini adalah bapa aku. Kalau aku hilang kawalan tak mustahil rahsia aku selama ini terbongkar.

"Kau ni perempuan memang tak sedar diri tu. Sudah jadi pembunuh sekarang kau nak cederakan anak aku pula."

Tolonglah sesiapa hentikan dua orang ini. Aku takut Emerline akan ambil alih badan aku seperti semalam.

"Kau memang tak sedar diri jadi pembunuh. Dasar pembunuh murahan!"

Beg yang ada di tangan aku tadi aku lepaskan. Aku berjalan ke arah perempuan itu dan serta merta aku menarik rambut dia.

Semua orang yang ada di sini tiba terkejut dengan perbuatan aku. Aku tahu apa yang aku buat. Dan aku buat ini sendiri bukan sebab Emerline.

"Kau buat apa ni?" Ibunya terkejut. Dia cuba menarik tangan aku namun sempat aku tepis.

Mata aku memandang perempuan yang menahan kesakitan itu. Kesabaran aku memang sudah lama menghilang.

"Aku tahu aku memang pembunuh. Aku mengaku aku penyebab ibu aku mati. Tapi aku tak pernah jadi perempuan murahan macam kau. Aku tak pernah berkasar dengan orang tanpa sebab. Dan semalam kau yang salah bukan aku."

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now