cp 55

3K 300 8
                                    

Aku termenung melihat langit yang indah membiru itu. Fikiran ini cuba aku kosongkan daripada memikirkan hal yang menyerabutkan ini.

Aku cuba tidak memikirkan kejadian semalam. Namun tidak berjaya kerana hal itu sangat membuat hati aku berkecai.

Aku mengeluh seorang diri di sana. Lengan yang sentiasa dibalut dengan kain pembalut itu dipandang oleh aku.

Bila agaknya aku boleh berhenti berbuat kerja itu. Aku tidak tahu kenapa aku tidak boleh berhenti. Aku tahu sakit tetapi aku tidak dapat kawal diri ini.

Kulit lengan yang penuh dengan parut hasil kerja aku ini juga kelihatan buruk. Aku malu apabila aku menunjukkan lengan ini kepada Claire itu hari.

Sangat buruk seperti menunjukkan sikap aku yang terlalu buruk menghadapi stress. Dan sekarang aku sudah tambah lagi parut tersebut.

Kalau ditunjukan kepada Claire lagi hasil perbuatan aku ini rasanya apa reaksi dia? Adakah dia akan marah, sedih ataupun kecewa dengan diri aku ini.

Aku tidak tahu.

Doktor Clarissa. Aku baru teringat, sudah lama aku tidak menghubunginya. Terfikir juga aku apa riaksi dia apabila melihat semua ini. Adakah sama seperti Claire?

Rasanya mungkin sama. Dia juga orang yang aku percaya untuk merawat aku. Jadi mungkn dia akan sedih, marah dan kecewa dengan aku.

Aku terima semua itu. Aku tahu semua ini salah aku. Aku dapat menerima kenyataan ini. Hendak menyesal sudah terlambat.

"Rechel!" Tiba nama aku dipanggil.

Aku menoleh ke kanan aku dan kelihatan Ian datang ke sini sambil membawa dua air tin di tangannya.

Oh ya, aku baru teringat akan lelaki ini. Kenapa agaknya dia mahu berkawan dengan aku? Kalau dari dulu aku sudah begini, rasanya dia masih kawan dengan aku atau tidak.

"Kenapa kau sorang-sorang sini? Kau tak jumpa Claire ke?" Soalnya lalu duduk di samping aku.

"Aku nak masa bersendiri."

Mata lelaki itu memandang risua akan diri ini, namun aku hanya endahkan sahaja. Sudah banyak kali aku susahkan dia dalam masalah aku.

"Kau ada masalah ke?"

Aku diam. Memang aku ada masalah tetapi aku tidak mahu cerita kepadanya.

"Kau sakit hari tu sebab keracunan makanankan."

"Macam kau tahu?" Aku terkejut apabila Ian tahu sebab aku sakit.

"Rechel, aku ni bukan baru tahun ni kenal kau. Aku sudah kenal kau sejak aku umur 11 tahun lagi. Jadi aku tahu semua benda pasal kau. Termasuklah yang kau tipu aku kau demam tu."

Terbongkar rahsia aku kepada Ian. Aku tidak tahu bagaimana dia tahu aku menipunya pada hari itu.

Rasanya semasa aku sakit itu, aku tidak pernah bersemuka dengannya jadi bagaimana dia tahu.

Aku memang tidak faham lelaki misteri ini. Semua benda pasal aku dia tahu.

"Rechel, kalau kau ada masalah kau cerita sahaja pada aku. Aku sanggup tolong kau."

Aku tersenyum memandang langit yang luas di hadapan aku.

"Kau memang kawan yang baik, Ian."

Aku berasa beruntung berkawan dengan lelaki ini. Sudah banyak kali dia tolong aku dan tak pernah sekali pun dia berputus asa terhadap aku.

"Jadi apa masalah kau?" Soalnya lagi.

Aku menarik nafas lalu menghembusnya. Nampaknya aku tidak boleh menyembunyikan masalah itu lagi.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now