Epilog

3.3K 278 12
                                    

Aku berjalan keluar dari bangunan sekolah ini. Dapat aku lihat ramai ibu bapa para pelajar datang hari ini.

Sekolah pada hari ini kelihatan sungguh ceria kerana hari ini adalah hari graduasi untuk kami semua yang merupakan tahun akhir sekolah ini.

Sejujurnya aku tidak sangka bahawa aku akan tamat pengajian aku di sekolah ini. Setelah banyak perkara yang berlaku akhirnya aku dapat graduasi bersama sahabat aku yang lain.

"Rechel!" Suara Ian kedengaran memanggil aku.

Aku menoleh ke arahnya yang baru sahaja keluar dari bangunan pelajar itu. Lelaki itu kelihatan segak pada hari yang amat penting ini.

"Kau tak pergi dewan lagi ke?" Soal Ian.

"Belum lagi. Aku nak tunggu Claire," balas aku.

Mata aku melihat lencana presiden ketua pelajar yang dipakai oleh Ian itu. Selalunya dia tidak akan memakai lencana tersebut tapi hari ini dia pakai pula. Ni mesti sebab hari ini adalah dimana dia akan meletakkan jawatannya.

"Kau jangan sedih hilang jawatan kau nanti," gurau aku menunjuk ke arah lencana tersebut.

"Tak ada makna aku sedih. Jawatan ni pun aku dapat sebab terpaksa tau," balasnya lalu aku tertawa kecil.

Rasanya mesti dia sudah boleh rasa tenang sedikit selepas memberikan jawatan besar itu kepada orang lain nanti.

Lelaki ini memang tak suka betul pegang jawatan itu. Tak tahu lah kenapa. Orang lain bukan main nak jawatan kuat macam dia. Dia tak nak pula. Pelik betul.

"Rechel!" Suara Claire pula kedengaran.

Aku menoleh belakang dan memang betul dia sudah datang sambil membawa jubah graduasinya di tangan.

"Lambat betul kau datang."

"Cikgu kata kita boleh datang lambat, jadi aku datanglah selambat yang aku boleh. Kau ingat aku nak ke datang awal?" Ujarnya membuat aku mengeluh. Semakin lama aku kenal dia semakin tahu aku dia jenis pemalas.

Selepas Claire tiba, kami bertiga terus berjalan menuju ke dewan sekolah ini. Sempat aku melihat suasana yang sungguh ceria hari ini.

Sungguh banyak pelajar datang bersama ibu bapa mereka dan bergambar di sekeliling kawasan ini. Mesti mahu buat memori terakhir sebelum graduasi.

Sejujurnya agak sedih aku untuk meninggalkan sekolah ini. Sudah banyak perkara berlaku pada tahun ini sahaja.

Dari aku berjumpa dengan Claire yang baru berpindah pada tahun ini dan bagaimana semua misteri kematian ibu aku telah diselesaikan.

Tahun ini juga merupakan tahun yang tidak boleh aku lupakan kerana tahun ini tahun dimana aku mula berbaik semula dengan keluarga aku.

"Claire," panggil seseorang dari arah belakang kami.

Kami bertiga menoleh kebelakang dan kelihatan seorang wanita datang menghampiri kami bersama seorang lelaki. Wanita berambut perang itu tersenyum ke arah kami.

"Mama," sahut Claire.

Ibu dia rupanya. Aku tak dapat kenal pasti sebab wanita itu menggunakan cermin mata hitam.

"Sorry lambat sikit datang tadi. Papa kamu ni buat hal tadi," wanita itu tertawa kecil.

Sejujurnya aku agak terkejut bila aku tahu bahawa conductors terkenal itu adalah bapa kepada Claire. Selapas aku tahu cerita sebenar baru aku faham bagaimana keluarga Claire ini rupanya.

"Kamu berdua datang?" Datang satu lagi suara menyapa kami.

Kami semua menoleh ke arah suara itu lalu terbeliak besar mata aku melihat pembina Erwa Music Academy datang ke sini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now