cp 76

3K 297 60
                                    

Cruz yang memandu kereta itu terganggu apabila telefon miliknya berdering. Dia cuba untuk tidak mengangkatnya kerana dia sedang memandu tetapi telefon itu tidak berhenti berdering.

Dia dengan terpaksanya berhenti dahulu di tepi jalan untuk menjawab telefon itu. Telefonnya diambil lalu dia mengangkat panggilan yang datang dari Arshen tersebut.

"Kenapa call aku?"

"Kau dekat mana sekarang?"

"Aku nak pergi ke hospitallah. Kenapa?"

"Kau patah balik, pulang ke rumah. Kau mesti hentikan Rechel."

"Hentikan Rechel? Apa dah jadi?"

"Kau balik sahaja dulu. Aku tak ada masa nak terangkan."

"Okay!" Panggilan tadi terus dihentikan.

Cruz dengan pantas memusingkan keretanya balik semula ke rumah. Sungguh hati dia cemas apabila Arshen memberitahu hal tadi.

Apa yang terjadi dengan Rechel?

Kenapa dia harus hentikan gadis itu?

Memang banyak persoalan yang bermain di fikiran lelaki itu sekarang. Dengan hati yang risau tambah cemas itu membuat dia tidak dapat fokus dengan pemanduan. Ditambah lagi dengan salji yang turun agak lebat membuat dia suka melihat jalan.

Setelah beberapa minit dia memandu, akhirnya dia sampai di hadapan pagar rumah itu. Untung sahaja tadi dia belum memandu jauh lagi. Keretanya berhenti lalu terus dia keluar dan berlari masuk ke dalam rumah.

Bilik Rechel adalah destinasi pertama dia. Sesampai di sana, dia terus membuka pintu bilik itu dan dirinya sangat terkejut melihat Rechel yang ada di balkoni bilik itu.

Gadis itu duduk di pagar balkoni itu sambil tersenyum memandang ke arahnya. Senyuman itu bukan senyuman biasa melain senyuman yang memberi seribu tanda tanya tentang apa yang dilakukan oleh Rechel itu.

"Rechel, apa yang kamu buat dekat sana?" Soal Cruz denagn penuh risau.

Gadis yang duduk di balkoni itu tidak menjawab dan hanya tersenyum. Cruz bertambah risau takut gadis itu akan lakukan apa yang difikirkannya sekarang.

"Rechel datang sini, duduk dekat saja bahaya," Cruz cuba memujuk gadis itu supaya datang dekat dengannya.

Namun reaksi gadis itu tetap sama. Rechel hanya duduk tersenyum memandang lelaki itu.

Cruz datang lebih dekat kepada gadis itu dan jarak antara kereka sekarang hanya lima meter.

"Rechel, abang tak tahu apa yang kamu cuba buat, tapi tolong hentikan semua ni. Tolong..." lelaki itu merayu. Sungguh hatinya sangat merayu supaya adiknya itu berhenti melakukan semua ini.

Rechel memandang lembut ke arah Cruz. Mata gadis itu memberi seribu tanda tanya. Tidak faham apa yang difikirkan oleh gadis itu sekarang.

"Rechel, tolong jangan..."

"Selamat tinggal," gadis itu terus menjatuhkan dirinya dari balkoni itu.

"Rechel!" Jerit Cruz cuba menangkap tangan gadis itu namun tidak berjaya.

Matanya terbuka besar memandang ke bawah balkoni yang terdampar tubuh Rechel yang dikelilingi oleh darah seumpama kolam itu.

Salji yang berwarna putih menutupi tanah tadi bertukar merah akibat darah yang mengalir keluar dari tubuh Rechel yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Cruz dengan hati yang sungguh terkejut itu terus berlari ke bawah balkoni Rechel. Tubuh Rechel disentuh untuk memeriksa nadinya.

Tubuhnya sudah tidak sedarkan diri akibat hentakan yang kuat di kepala namun nadinya masih ada, itu pun sangatlah lemah.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now