cp 74

2.8K 316 10
                                    

"Woi! Perempuan!"

Semua mata melihat ke arah suara itu dan kelihatan Malinda datang dengan muka bengisnya ke situ.

Cruz yang terkejut akan kedatangan wanita itu terus berdiri. Dia tidak tahu bagaimana wanita itu boleh lepas masuk sedangkan bapanya sudah berpesan pada pegawai keselamatan untuk tidak membenarkan wanita itu bersama Beth masuk ke dalam rumah ini.

Lihat dari segi air muka wanita ini, mesti dia tengah cuba mencari masalah dengan Rechel. Perkara itu sangat bahaya. Dia masih ingat lagi macam mana Beth masuk ke dalam rumah ini lalu bergaduh dengan Rechel sehingga Rechel melakukan kerja itu lagi. Dan kalau wanita itu membuat benda yang sama, itu akan jadi lebih bahaya.

Dia harus hentikan wanita itu. Cruz dengan cepat keluar daripada gazebo itu lalu melangkah menuju ke arah wanita tadi.

"Aunty," panggil lelaki itu.

Wanita yang berjalan tadi terhenti apabila Cruz menghalang jalannya.

"Apa aunty buat sini?" Soal Cruz untuk mengalihkan pandangannya.

"Cruz, aunty datang nak jumpa perempuan tu," tangan wanita itu menunjukkan ke arah Rechel.

Matanya memandang marah ke arah Rechel yang hanya duduk di dalam gazebo tersebut. Cruz tahu dia mesti halang wanita ini berjumpa dengan adiknya namun bagaimana?

Tak kan dia nak berkasar pada wanita tua ini pula. Nanti dikatakan kurang ajar. Tapi kalau tak dibuat nanti akan jadi satu yang lebih teruk.

"Aunty, boleh saya tahu kenapa aunty nak jumpa dengan Rechel?" Cruz cuba memakan waktu wanita itu.

"Cruz, kalau kamu nak tahu, perempuan tu dah tampar anak aunty hari tu. Habis merah muka dia dikerjakan oleh perempuan tu. Sebab tu aunty datang sini untuk balas balik apa yang perempuan dah buat pada anak aunty," terang Malinda.

Cruz teringat akan hari dia menjumpai Rechel mencederakan tangannya sendiri dan tepat waktu tu Mary beritahu bahawa Beth ada datang mencari masalah dengan Rechel. Dia yakin sangat apa yang wanita ini beritahu adalah kejadian hari itu.

Tapi masalahnya, kejadian itu Beth yang salah. Perempuan itu datang dan mengamuk tuduh Rechel yang menyuruh pegawai keselamatan rumah ini tidak membenarkan dia masuk. Sedangkan itu adalah arahan bapanya sendiri. Rechel tidak salah pun.

"Aunty, rasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergaduh. Rechel tu baru sahaja sembuh dari sakit dia," Cruz mencari alasan supaya wanita itu pergi.

Pandangan wanita itu beralih ke arah Cruz. Dia tahu anak buahnya itu cuba untuk menghalang dia berjumpa dengan Rechel.

"Apa aunty kisah! Dia sakit ke mati, aunty tetap nak hajar perempuan tu," tegas Malinda.

Cruz serta merta mengecilkan matanya memandang tajam ke arah wanita itu. Malinda sudah melintasi batas. Dia tidak kisah wanita itu membenci Rechel tapi kalau sebut mati kepada Rechel memang dia kisah.

"Aunty, ini arahan terakhir, tolong keluar dari rumah ini sekarang. Sebelum saya panggil guard," arah Cruz dengan nada serius.

Nampaknya sekarang Cruz sudah tidak perlu berlembut lagi. Tidak ada guna untuk berlembut dengan orang yang sudah melintasi batas itu.

Wanita itu memandang terkejut kepada Cruz. Belum pernah dia melihat Cruz bersikap sebegitu. Apatah lagi dengannya.

"Apa kamu cakap ni? Kenapa aunty yang kena keluar? Sepatutnya perempuan tu. Dia tu sudah malukan keluarga kamu. Tak kan kamu nak biarkan macam tu jer," wanita itu semakin banggang.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now