cp 25

2.9K 308 11
                                    

"Aku rasa sampai sini sahaja cukupkan?" Kami berlima berhenti di kentin sekolah ini.

Kawan-kawan Beth saling memandang lalu tersenyum ke aeah aku. Memang jauh betul peragai dari Beth itu.

"Kami rasa sampai sini pun cukuplah. Terima kasih," mereka berterima kasih kepada aku.

Tangan yang dihulurkan tadi di salam oleh aku. Namun sampai sahaja ke hadapan Beth dia menepis kasar tangan aku.

"Aku ingat hebat sangat sekolah kau ni. Rupanya biasa sahaja," dia cuba memperburukkan sekolah ini.

Kalau Ian dengar ni mesti dia naik angin. Sudahlah sekolah ini milik keluarganya dan kalau ada orang burukkan nama sekolah ni, maksudnya sama sahaja seperti mereka memperburukkan nama keluarganya.

"Apa kau cakap ni Beth. Sekolah ni bagus betul. Kalau kita buat laporan pasal sekolah ni, boleh dapat markah tinggi kita," kawannya cuba membela aku.

Beth memandang tidak puas hati kepada kawannya itu. Terkejut bukan kawan sendiri tidak membela dirinya malah aku ini.

"Kau bela dia?"

"Ya lah. Dia sudah tolong kita tau. Kalau tak ada dia, mana mungkin kita tahu pasal sekolah ni."

Aku tersenyum senin. Aku suka melihat diri Beth yang marah itu. Dia belum tahu lagi langit itu tinggi atau rendah.

Beth memandang ke arah aku dengan pandangan yang marah. Tiba dia berjalan ke arah aku dan mengangkat tangannya seperti mahu menampar aku.

Pam!

Perbuatannya sempat dihentikan oleh Claire. Tangan perempuan itu digenggam kuat oleh Claire dan matanya menatap tajam muka perempuan itu.

"Beth! Apa kau buat ni?" Kawannya menarik Beth ke belakang.

Beth memandang ke arah aku dengan penuh kebencian.

"Kau memang tak guna! Kau tak sepatutnya layak dapat semua ni," jerkah dia.

Aku mengetap bibir aku. Semua ini bermula lagi. Aku cuba menahan diri ini selama aku berjumpa dengannya.

"Kau jangan ingat keluarga kau kuat, aku akan takut. Kau kena ingat keluarga kau tak pernah layan kau. Kau tu bukan siapa-siapa dalam keluarga tu. Dasar pembunuh!"

Claire dan kawan-kawannya sudah melihat ke arah aku. Mesti nereka terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Beth ini.

Seorang pembunuh. Itu memang aku. Tapi aku mahu sembunyikan semua itu di mata orang lain.

"Aku tak pernah fikir aku ni kuat sebab ada keluarga tu. Tapi aku selalu fikir aku ni kuat sabab dapat hadapi semua itu. Dan kau lemah hanya sebab cemburu apa yang ku ada," ujar aku kepadanya.

Perempuan itu berdengus. Matanya tidak leka menatap tajam diri ini. Beberapa saat kemudian, dua terus beredar dari situ.

Kawannya juga mengikuti perempuan itu. Dia memang merosakkan rancangan aku hari ini.

Aku mahukan hari yang indah tanoa pergaduhan. Namun dia telah memulakan semua ini.

Salah aku fikir dia boleh berubah. Kalau sudah sampah memang akhirnya tetap juga sampah.

"Maaf Claire, kau kena dengar semua tu tadi. Tolong beritahu Ian aku nak balik asrama terus," aku terus beredar dari situ meninggalkam Claire.

Aku tahu mesti dia terfikir apa yang dimaksudkan oleh Beth tadi. Aku tidak mahu dia terlibat dalam masalah aku.

Ini masalah keluarga aku, bukan dia. Jadi dia tidak perlu penatkan diri tolong aku.

Aku lebih senang sendiri.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now