cp 83

2.8K 300 21
                                    

Gelap.

Sunyi.

Dan keseorangan.

Itulah keadaan tempat yang aku berada kini. Aku tidak dapat melihat apa-apa kecuali tubuh badan aku. Kaki aku cuba berjalan di sekitar kawasan ini namun sejauh mana aku jalan, aku tetap tidak dapat melihat apa-apa.

Perjalanan aku terasa seperti tidak berpenghujung sehingga aku berasa mahu mengalah. Kaki aku berhenti lalu aku melepaskan nafas pasrah aku.

Mungkin aku memang sudah terperangkap disini, jadi buat apa nak cari jalan keluar. Mengalah sahajalah.

Aku yang berhenti itu mengeluh sekali lagi. Rambut aku diselak kerana mengganggu mata aku dan tiba-tiba aku terasa satu tangan kecil memegang tangan kanan aku.

Kepala aku menoleh melihat tangan yang menyentuh aku tadi. Memang betul tangan itu kecil seakan tangan budak.

Aku melihat lagi gerangan orang itu dan aku dapat lihat ianya seorang budak seperti berumur 5 tahun. Muka budak itu memandang ke bawah membuat aku tidak dapat melihatnya.

Aku hairan darimana budak itu datang. Bagaimana dia berada di sini? Dan kenapa dia menegur aku?

Itulah persoalan yang bermain di kepala aku. Belum lagi tambah dengan persoalan tentang tempat ini.

Aku memandang pelik budak itu lalu tiba-tiba aku terasa sesuatu yang janggal terhadap budak perempuan tersebut.

Kenapa aku rasa seperti pernah lihat sosok budak ini? Tapi dimana.

"Adik," panggil aku kepada budak itu.

Aku mahu melihat mukanya namun budak itu hanya memandang ke bawah.

"Adik siapa?" Soal aku.

Tidak ada jawapan yang keluar. Budak itu yanya diam dan situasi tersebut membuat aku terasa sedikit seram. Mata aku memandang sekeliling kawasan ini untuk melihat sekiranya ada orang lain lagi. Tetapi aku tidak melihat seoarang pun manusia kecuali budak ini.

Siapa sebenarnya budak ini? Manusia ke bukan? Dan tempat ini juga, alam manusia ataupun alam lain? Memang pelik.

Tangan yang meminpin tangan aku tadi tiba-tiba digenggam kuat oleh budak itu. Aku meneguk air liur aku. Aku tahu aku sedikit takut tapi aku mesti tahu siapa budak ini.

Badan aku ditundukkan lalu aku melutut di hadapannya budak itu. Rambut hitam yang mengganggu muka budak itu diselak oleh aku dan alangkah terkejutnya aku melihat muka budak perempuan itu.

Kejap!

Budak ini adalah aku! Aku yang masih berumur 5 tahun.

Jadi sekarang aku tengah berhadapan dengan diri aku yang masih kecil. Tapi bagaimana? Kalau aku ada sini jadi maknanya ini bukan alam manusia.

Mana mungkin aku berjumpa dengan diri aku yang berumur 5 tahun di alam manusia.

"Kenapa kakak buat semua ni?" Tiba satu soalan keluar dari mulut budak ini.

Mata budak itu memandang tepat ke arah aku. Sekarang aku seakan bercakap dengan diri aku sendiri. Aku ingin membuka mulut tetapi entah kenapa lidah aku terasa kelu mahu bercakap.

"Kakak memang mahukan semua ini ke?"

Aku memandang sayu budak itu lalu aku mengangguk perlahan. Memang aku mahuka semua itu terjadi.

"Walaupun selepas semua ini terjadi?" Mata aku diangkatkan melihat budak itu.

"Semua ini? Apa yang dah-" tiba tempat ini menjadi terang.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now