cp 34

3K 298 11
                                    

Pandangan aku dilontarkan di sebuah air pancut yang ada di hadapan aku. Kepala aku sekarang lagi serabut dengan semua yang telah terjadi.

Setelah pembantu rumah baru tu hadir di rumah itu, sungguh banyak masalah terjadi. Hari itu dia sentuh rak buku arwah ibu aku, dua hari lepas dia tak sengaja terpecahkan pasu bunga di hadapan bilik dan hari ini pula dia boleh pula tumpahkan air ke baju aku.

Disebabkan perempuan itu, aku lambat datang ke sekolah. Aku tak faham kenapa semua benda malang yang perempuan itu lakukan mesti akan menimpa aku juga.

Aku mahu buang perempuan itu, namun Mary kata perempuan itu tidak boleh dibuang kerana sekarang rumah itu kekurangan pekerja. Memang aku geram.

Perempuan itu seperti ingin mencari masalah dengan aku. Sudahlah sejak dua menjak ini, aku lihat dia seakan sengaja rapat dengan Arshen. Apa dia berfikir mahu menggoda abang aku?

Memang panas betul hati ini. Mahu sahaja mendidih darah dalam badan aku ini apabila mengingatkan muka gedik perempuan itu.

"Kau kenapa duduk sorang sini? Mana Claire?" Tiba suara Ian kedengaran.

Aku menoleh 30 darjah dan kelihatan Ian sudah pun duduk bersama dengan aku di bangku itu.

"Claire library," balas aku.

"Kau ada masalah ke?" Soal Ian. Nampaknya aku telah membuat dia risau lagi.

"Adalah sikit."

Ian mengeluh mendengar jawapan itu. Mesti dia tidak suka dengan jawapan aku tadi.

Bagi aku Ian ini terlalu risaukan aku. Tahap dia risau macam aku ini ahli keluarga dia. Walaupun kenyataan bukan. Hubungan kami hanyalah teman kecil yang rapat sahaja.

"Apa masalah kau?"

Aku diam seketika. Cerita atau tidak ya. Aku tak naklah tambah risau dia tapi aku tahu dia tidak akan berhenti selagi tak tahu masalah aku tu.

"Ada seorang maid baru ni. Sejak dia datang kerja dekat rumah aku tu, macam-macam masalah jadi dekat ku. Aku tak faham kenapa dia macam nak cari masalah dengan aku."

"Maid baru? Kenapa kau tak buang jer, macam maid hari tu?"

"Kalau aku dapat, dah lama aku campak dia keluar dari rumah tu. Tapi sekarang masalahnya tak dapat."

Aku mengeluh sendiri di situ mengenangkan nasib malang aku. Semakin hari semakin banyak masalah yang timbul.

Aku rasa kalau terus begini, memang boleh suruh Emerline keluar selesai masalah perempuan itu. Tapi nasib sahajalah aku masih boleh tahan.

"Emerline macam mana? Dia ada tak tunjuk nak ambil alih badan kau tak?" Aku menggelengkan kepala menjawab soalan tersebut.

"Aku cadangkan kau supaya kau tak perlu bertembung dengan maid tu lagi. Kau tak tahu apa yang akan dia lakukan lagi nanti. Kalau dia ada buat sesuatu yang kau tak suka lebih baik kau endahkan dan terus pergi. Cara tu lebih selamat supaya Emerline tak ambil alih badan kau," ujar Ian.

Aku tersenyum mendengar cadangan itu. Memang terbaik cadangan itu. Tidak sia-sia aju berkawan dengan orang seperti dia.

Mungkin aku akan cuba guna cara itu juga nanti. Lagipun niat aku memang tidak mahu berjumpa, malah mendengar suara perempuan itu di rumah itu juga aku tidak mahu. Lebih baik aku duduk berkurung di dalam bilik sahaja.

"Oh ya, mana nombor kau kata nak beri aku tu?" Aku baru teringat apabila Ian menyebutkan hal tersebut.

Beg yang aku letakkan dipangku aku dibuka. Buku nota kecil aku selalu ada dekat aku dicari.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now