cp 45

2.9K 303 19
                                    

Tok! Tok!

"Cik, ini makanan cik." Suara perempuan itu kedengaran.

Aku yang sedang bermain telefon di atas katil itu terus berdiri dan berjalan ke arah ke arah pintu.

Pintu dibuka lalu aku dapat lihat perempuan tadi datang sambil membawa dulang berisi makanan.

Aku melihat makanan tersebut. Makan malam aku hari ini adalah spaghetti bersama semangkuk salad.

Lihat dari sini memang kelihatan sangat sedap namun entah kenapa aku dapat hidu bau yang tidak menyenangkan.

Sudu yang tersedia di dulang itu diambil oleh aku, lalu aku mengambil sedikit salad yang tersedia di hadapan aku.

"Cik..."

Mata aku terus terbuka besar apabila melihat salad yang aku ambil tadi sudah pun buruk di dalamnya. Dari luar memang kelihatan segar, namun ada di lihat dari dalam lagi memang nampak salad ini sudah pun buruk dan tidak boleh di makan.

"Siapa yang buat salad ni?" Soal aku.

"Saya yang buat, cik."

Terus aku mencampak sudu tadi ke muka perempuan itu. Mata aku memandang tajam ke arahnya.

Perempuan ini memang ada niat mahu membunuh aku. Berani betul dia lakukan semua ni.

"Cik, dah kenapa? Saya ada buat salah ke?" Soalnya dengan muka tidak bersalah itu.

"Kenapa kau cakap? Kau ambil benda ni dari tong sampah ke apa! Ke kau memang sengaja buat semua ni sebab nak bunuh aku," tengking aku tepat ke arahnya. Jari aku menunjuk ke arah salad yang membusuk tersebut.

"Maaf cik, saya tak tahu."

"Maaf, maaf, maaf. Itu jer kau tahu. Kau ni pandai buat kerja ke tidak! Aku hairan mana kau letak mata kau tak lihat benda ni. Satu hari tak buat aku sakit hati boleh tak!"

Jujur aku kata tekak aku sakit meneking perempuan ini. Bukan sekali tetapi sudah dua kali dia lakukan kesalahan yang buat hati aku panas.

Tak hairanlah kalau satu hari nanti makanan ni aku akan sumbat dalam mulut perempuan ini.

"Saya memang minta maaf, Cik. Saya tak perasan semua ini."

"Sudah! Aku tak nak dengar alasan kau lagi. Beri aku ubat aku," pinta aku. Pening kepala aku melayan peragai cuai perempuan ini.

"Ini dia cik," dia memberi aku satu bekas kecil yang sudah tersedia ubat aku untuk seminggu ini.

Aku mengambil bekas itu lalu membukanya. Terbeliak besar mata aku melihat ubat yang diberikan.

Bekas tersebut aku hempas ke lantai lalu aku menampar perempuan di hadapan aku. Dulang yang dibawa olehnya tadi juga terjatuh ke lantai menyebabkan semua makanan sudah pun jatuh mengena lantai.

"Kau memang nak bunuh aku ke!" herdik aku sekali lagi.

Sungguh hati aku terasa sangat panas sekarang. Badan perempuan yang hampir sama tinggi dengan aku ini ditolak kasar.

"Cik, apa salah saya?"

"Salah kau? Kau tengok ubat tu! Kau beri aku ikut bilangan yang betul ke tidak. Dan satu lagi itu bukan ubat aku ambil," mata dia melihat ke arah ubat tadi.

Nafas aku naik turun sahaja menghadapi semua ini. Kalaulah Cruz tidak arahkan perempuan ni sediakan makan malam aku mesti aku tidak akan begini.

"Apa masalah kau dengan aku?" Soal aku sambil menarik baju perempuan itu.

Silent Melody [✔️]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ