cp 84

2.7K 285 4
                                    

Cruz memandang adiknya yang sudah tersedar itu. Sejak gadis itu sedar tidak ada satu pun patah perkataan dikeluarkan dari mulut.

Dia hanya diam memandang ke arah luar tingkap dan tidak pernah melihat ke arahnya. Melihat keadaan itu dia berasa takut sekiranya hubungan mereka semakin tegang.

"Rechel, kamu tak ada apa-apa nak cakap ke?" Cruz memulakan percakapan.

Gadis itu diam dan matanya masih sahaja memandang permandangan di luar tingkap tersebut. Nampaknya Rechel memang tidak mahu bercakap dengannya.

Cruz mengeluh pasrah di dalam hati. Sungguh hatinya pedih melihat keadaan Rechel begitu. Sudahlah sakit ditambah lagi dengan keadaan dimana dia tidak mahu bercakap dengan ahli keluarganya.

Ada beberapa hari lepas bapanya dan Arshen datang melawat setelah tahu Rechel sudah sedar, namun satu patah perkataan, mahupun suara tidak kedengaran dari mulut kecil gadis itu.

Dia tidak boleh terus begitu. Kalau diteruskan nanti, hubungan mereka akan menjadi semakin jauh dan dia mungkin tidak dapat melunaskan kesalahan lamanya dahulu.

"Kenapa kau selamatkan aku?" Tiba Rechel menanya.

Cruz terkejut mendengar percakapan Rechel yang agak kasar itu. Seumur hidupnya tidak pernah dia mendengar gadis itu bercakap terhadapnya.

Diri Rechel itu memang berbeza dari diri Rechel sebelum ini yang kelihatan sungguh baik sahaja. Rasanya dia sudah boleh pasti, itu adalah Rechel bukannya Emerline.

Kepala gadis itu menoleh ke arah Cruz seperti meminta jawapan kepada soalan tadi.

"Kenapa? Sebab kamu adik abang," jawab ringkasnya.

"Selama ni pernah ke kau anggap aku adik kau," satu ayat menusuk tepat ke dirinya.

Pandangan tajam dari Rechel itu membuat dia tidak dapat menjawab lagi. Dia berasa sangat bersalah selama ini sehingga membuat Rechel begitu.

Sungguh ayat tadi sangat menikam dirinya. Kalaulah luka dalaman itu dapat dilihat rasanya sudah berdarah tubuhnya kini. Apa selama ini dia memang terlalu terus untuk digelar abang kepada gadis itu?

"Kamu benci abang ke?" Soal Cruz.

Gadis itu diam dan hanya memandang tepat ke arah mata lelaki itu. Pandangan itu seperti memberikan dia jawapan kepada soalan tadi.

Tok! Tok!

Tiba pintu bilik tersebut diketuk. Cruz menoleh ke arah pintu itu dan kelihatan Ian yang datang melawat.

"Abang keluar dulu," ujar Cruz untuk lari dari tempat itu. Sesungguhnya dirinya tidak kuat berhadap dengan diri Rechel begitu.

Matanya sempat memandang ke arah Ian dan Rechel sebelum dia menutup kembali pintu tadi. Ian kelihatan senang sahaja berbual dengan Rechel sedangkan sangat susah. Terdapat jurang yang sangat dalam  memisahkan hubungan keluarga dia yang sudah lama rosak itu.

.
.
.
.
.

"Macam kau sekarang?" Soal Ian kepada aku.

Aku hanya diam dan mengangguk. Kedatangan lelaki itu memang aku tidak sangka. Aku fikirkan semalam dia sudah datang, hari ini dia tidak akan datang lagi.

Lelaki itu mengambil kerusi di sebelah katil ini lalu dia duduk bersebelahan dengan aku. Mata aku memandang ke arah muka yang sentiasa tersenyum itu. Kadang-kala aku terfikir, lelaki ini tidak pernah ada masalah ke sampai selalu sangat tersenyum seperti itu.

"Apa jadi dengan perempuan tu?" Tanya aku apabila teringatkan muka orang itu.

"Perempuan mana? Aunty kau?"

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now