cp 78

2.9K 324 46
                                    

"Rechel, maafkan abang!" Ujar lelaki itu menanggis melihat tubuh adiknya sudah tidak bernyawa itu.

Itulah kali pertama air mata lelaki itu jatuh setelah perginya puan Amel. Rechel adalah satu-satunya gadis yang dia sayang selepas ibunya pergi dan sekarang gadis itu juga turut pergi meninggalkan dirinya.

Semua orang yang dia sayang mesti akan pergi meninggalkan dirinya. Dia memang menyesal atas apa yang dia lakukan selama ini. Kalaulah dia menjaga budak itu dengan sungguh baik sudah semestinya semua ini tidak akan berlaku.

Dia memang menyesal.

"Rechel, maafkan abang. Abang menyesal. Jadi tolonglah bangun..." lelaki itu cuba merayu kepada tubuh yang sudah tidak bernafas itu.

Dia sangat merayu untuk tubuh itu bernafas lagi di dunia ini. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang dia sayang buat kali kedua. Cukuplah sekali dia sudah merasa dirinya berkecai apabila melihat arwah ibunya, jadi tolonglah bukan kali ini dia melihat adiknya pula begitu. Dia tidak mahu semua itu berlaku.

"Abang akan lakukan apa-apa sahaja. Tapi tolonglah buka mata kamu," lelaki itu merayu seperti mahu mengeluarkan air mata darah.

"Cruz," Clarissa mula berasa kesian kepada Cruz. Kali pertama dia melihat Cruz begitu.

Lelaki yang selama ini dia kenal sebagai lelaki yang dingin kini menjadi seorang yang sangat berbeza. Lelaki yang mengalirkan air mata itu memang berbeza daripada Cruz yang dia kenal.

Rasa sedih dan kesiannya terhadap Cruz memang menghantui dirinya sekarang. Bukan Cruz sahaja yang sedih atas kehilangan Rechel tepat dia juga sedih. Clarissa juga kenal Rechel bagaimana Cruz mengenali Rechel. Baginya Rechel itu sudah seperti adik angkatnya kerana gadis itu selalu berjumpa dengannya apabila sakit.

Dia tahu rasa kehilangan orang yang sangat kita sayang itu sangat sakitnya. Apatah lagi orang adalah ahli keluarga kita sendiri. Seteruk Cruz melayan Rechel, mesti ada rasa kasih sayang itu di dalam dirinya.

"Cruz, saya tahu awak sedih tapi kita kena-"

Titt!

Tiba alat tekanan darah tiba berbunyi kembali. Mata Cruz dan Clarissa terus memandang ke arah alat tersebut. Terbuka besar mata mereka apabila melihat jantung Rechel tiba-tiba masih berfungsi tetapi dalam keadaan yang sungguh lemah.

"Ambil AED sekarang!" Arah Cruz lalu terus Clarissa mengambil alat tersebut.

"150 joules," arah Cruz lalu alat itu diletakkan di dada gadis itu namun tiada kesan.

"200 joules," masih tiada kesan.

"Sekali lagi."

Titt... Titt... Titt...

Satu keajaiban terjadi. Alat pengesan tekanan darah tadi berfungsi kembali menandakan jantung Rechel kembali berfungsi.

Cruz yang seperti tidak percaya itu tersenyum gembira. Adik perempuannya kembali hidup.

Matanya menanggis namun mulutnya tersenyum gembira. Perasaannya kini sedih dan gembira dalam masa yang sama. Manakala Clarissa pula sudah menutup mulut terkejut melihat kejadian itu. Keajaiban itu memang ada.

.
.
.

"Macam mana dengan Rechel?" Soal Arshen apabila melihat Cruz keluar dari bilik tadi.

Mata adiknya itu kelihatan merah seperti baru menanggis. Dia tidak tahu apa yang terjadi di dalam bilik rawatan itu, namun melihat keadaan Cruz ini membuatkan dia terfikir sesuatu yang buruk telah berlaku.

"Rechel masih dalam keadaan kritikal, jadi dia akan dihantar ke ICU dulu," balas Cruz memandang ke arah pintu bilik tadi.

Sesungguhnya perasaan dia sungguh lega dan gembira apabila dia dapat menyelamatkan nyawa Rechel. Namun dia tidak boleh leka kerana dia tidak tahu apa pula yang akan terjadi selepas ini.

Ini pun dapat diselamatkan kerana adanya keajaiban dimana jantung gadis itu terhenti seketika. Tetapi itu hanya berlaku satu dalam sejuta orang, jadi dia tidak tahu sekiranya semua ini terjadi lagi adakah dia masih dapat menyelamatkan adiknya.

Kini dia faham maksud kehilangan yang kita sayang buat kali kedua. Dia sangat faham. Diwaktu dia berfikir dia tidak akan melihat Rechel lagi, dinding kekuatan dia bagaikan mahu runtuh dan jiwa dia sangat bercelaru.

Dia sedar kesalahannya selama ini apabila semua ini terjadi dan dia tidak mahu mengulangnya kembali. Dia tidak mahu kehilangan orang yang sayang lagi.

"Cruz!" Nama lelaki itu dipanggil kuat oleh seseorang.

Arshen dan Cruz memandang ke hujung laluan ini dan mereka melihat bapa mereka, encik Shawn bersama Finn datang mendekat dengan muka yang penuh risau.

Lelaki itu masih lagi menggunakan baju kerjanya bermakna dia baru balik dari kerjanya apabila mendengar berita buruk ini. Mesti lelaki sangat terkejut apabila mendengar berita Rechel membunuh diri buat kali kedua daripada Arshen.

"Mana Rechel?" Soalnya dengan penuh risau.

"Dia-"

Plak...

Pintu bilik kecemasan terbuka pelahan membuat kata Cruz terhenti. Semua mata di situ memandang ke arah sebuah katil yang ditolak keluar dari bilik tadi.

"Rechel!" Sebut encik Shawn apabila melihat sosok yang berbaring di atas katil tersebut.

Dirinya mahu berjalan ke arah katil itu namun dihentikan oleh Cruz.

"Dia masih dalam keadaan kritikal, jadi lebih baik jangan melawat dia dahulu," ujar Cruz untuk memberhentikan bapanya.

Encik Shawn bertenang lalu memandang sayu tubuh anak perempuannya yang lemah terbaring di atas katil tersebut. Dia tidak sangka semua itu terjadi.

Dia baru sahaja balik dari kerjanya di luar amat terkejut apabila mendapat berita ini daripada anak sulungnya. Memang betul firasatnya pada hari itu tentang sikap Rechel yang sungguh pelik tersebut.

Kalaulah dia dapat tahu semua benda ini lebih awal, sudah semestinya dia akan batalkan semua kerjanya itu. Namun semua itu sudah terlambat. Dia tidak dapat menyelamatkan gadis itu buat kali kedua.

"Arshen, macam mana kau tahu semua ini akan terjadi?" Soal Cruz memandang abangnya.

Dia ingat lagi tadi Arshen menelefon dirinya lalu menyuruh dia balik sebelum gadis itu melakukan kerja tersebut. Jadi dia terfikir bagaimana lelaki itu tahu bahawa Rechel akan melakukan semua itu.

"Sebab ini," Arshen menghulurkan satu buku nota Rechel yang dia terambil tadi.

Cruz mengambil buku itu lalu membukanya. Terkejut dia melihat isi buku yang penuh dengan contengan yang tidak dapat dibaca tersebut. Buku itu sama seperti buku nota yang dia ambil di perpustakaan mini rumahnya dahulu.

"Aku ada kawan yang pernah kata dia ada kenalan yang macam Rechel. Mula-mula dia akan kelihatan membaik tetapi akhirnya dia membunuh diri. Jadi sebab tu aku fikir Rechel akan buat semua itu seklai lagi. Tapi aku tak sangka juga dia memang akan lakukan semua itu."

Cruz mengangguk faham. Memang patut dia rasa pelik sahaja dengan sikap Rechel sejak dua-menjak ini.

Selama ini gadis itu hanya berlakon untuk menampakkan dirinya semakin membaik namun sebaiknya dia semakin memburuk.

Lelaki itu berasa hampa dengan dirinya. Dia adalah doktor tetapi dia tidak perasaan akan semua itu. Kalaulah dia lebih cepat mengetahui semua ini, mungkin Rechel akan lebih cepat terselamat.

 Kalaulah dia lebih cepat mengetahui semua ini, mungkin Rechel akan lebih cepat terselamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bergembiralah korang Rechel dapat di selamatkan. Anyways, bagi korang sedih tak cp lepas?

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now