Funfact

1.8K 167 10
                                    

1. Aku beri nama karya ini Silent melody sebab silent itu sama maksud dengan Rechel tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya memendamkan semua yang dia rasakan selama ini. Melody pula, sebab melody ini ada bunyi jadi kalau dia silent sama maksud dia tidak dapat berkata dan akan terus dipendamkan sahaja.

2. Bila Rechel sudah besar nanti, dia akan jadi ahli muzik yang berjaya sama seperti Claire dan Ian.

3. Ian sebenarnya ada personaliti yang agak psycho. Dia sanggup buat apa sahaja demi Rechel (bunuh org pun dia tak kisah kalau demi Rechel) dan tak akan biarkan orang sakitkan Rechel hidup senang bergitu sahaja.

4. Nanti sebelum sehari Rechel dan Ian kahwin, Rechel sempat berjumpa dengan Jason setelah hampir 10 tahun tidak jumpa dan selepas itu Rechel ajak Jason ke majlis perkahwinan dia.

5. Hari jadi Rechel pada hari natal dan hari jadi Ian pada hari valentine. Jadi bila nak beri coklat tu memang rasa macam beri hadiah sekalilah.

6. Ian ada adik tetapi adik dia tidak main piano sebaliknya main clarinet.

7. Cruz dulu pernah beli hadiah berbentuk rantai silver untuk Rechel, tetapi tidak diterima oleh Rechel sebab dia fikir hadiah itu bukan untuknya tetapi untuk Beth.
(kesian Cruz)

8. Selepas Rechel berbaik dengan keluarganya, orang yang paling overprotective terhadap Rechel adalah Arshen. Dia sampaikan tak benarkan mana-mana lelaki dekat dengan Rechel. Termasuklah Ian. (kesian Ian kena halang dengan abang ipar)

9. Rechel sebenar ada rasakan sesuatu yang pelik antara Cruz dan Clarissa tapi dia diam sahaja. (tak nak ganggu orang tengah sibuk bercinta.)

10. Nama Rechel sebenarnya ditulis sebagai Rachel. Ra bukan Re. Disebabkan kesalahan aku di dalam Tears of melody bila tulis nama dia macam tu, jadi teruskan sahaja guna Re. Malas nak betulkan balik. Sorry.

11. Genre novel kegemaran Rechel bukanlah romance tetapi misteri dan horror. Dia suka baca buku yang dalamnya ada scene yang mengerikan seperti pembunuhan kejam, orgen terkeluar dari badan dan ada plot twist yang tidak dapat dijangka.

12. Rechel jenis perempuan yang tak pernah takut hantu.

13. Walaupun umur encik Shawn 40an tetapi dia tidak nampak macam 40an. Dia lebih kelihatan seperti lelaki 30an. (Sbb tu ramai perempuan nak dia)

14. Disebabkan cinta encik Shawn terhadap Puan Amel, dia tidak pernah terfikir mahu berkahwin lagi selepas puan Amel meninggal.

15. Encik Shawn sayangkan anak dia cuma dia tidak pandai tunjukkan sahaja.

16. Korang kenal Heain (cp 75). Dia selalu dianggap gf Arshen sebab dua orang itu selalu melekat seperti di gam. Mana sahaja Arshen pergi, Heain mesti ada.

17. Sebenarnya watak Rechek aku nak buat lebih kuat macam Claire tapi kalau aku buat macam tu, nanti susah aku nak buat scene sedih dia.

18. Ibu bapa Ian (Eric dan Alya) sangat sukakan Rechel sampai anggap Rechel seperti anak mereka sendiri. (mertua said OK)

19. Lain pula dengan encik Shawn yang agak dingin (cold) melayan Ian setelah tahu hubungan Rechel bersama Ian.

20. Kalau Amel masih hidup, dia mungkin akan jadi penulis novel juga sama seperti rakannya.

21. Kalau korang ingat buku Servant of Evil itu sebenarnya ditulis oleh ibu kepada Clarissa yang juga merupakan kawan kepada Amel. (Cruz tak tahu apa-apa ya)

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now