cp 1

6.5K 533 9
                                    

Tok! Tok!

Seorang pembantu rumah mengetuk pintu di sebuah rumah mewah itu. Hairan dirinya kenapa tiada sahutan.

Tok! Tok!

Sekali lagi dia cuba mengetuk namun masih tiada sahutan. Dan seketika kemudian dia memutuskan untuk masuk sahaja dan kejutan salah seorang daripada orang rumah itu.

Pintu bilik dibuka dan kelihatan sungguh gelap suasana bilik itu. Penghawa dingin yang dibuka membuat bilik itu sejuk dan bertambah seram.

Kaki pembantu tadi terus melangkah menuju ke satu katil yang berada di tengah bilik itu. Seorang gadis berambut pendek paras bahu tenang terlelap di atas katil itu.

"Cik..." tangannya mahu menyentuh badan gadis itu dan tiba-tiba tangannya ditangkap oleh tangan gadis itu.

Mata yang tadinya tertutup sudah terbuka dan menatap tajam pembantu rumah tersebut.

"Kau siapa?" Soal gadis itu.

"Sa-saya maid ba-baru sini," balasnya dengan tergagap-gagap kerana terasa sedikit gerun.

"Maid baru? Siapa yang suruh kau masuk bilik ni!" tiba dia ditengking oleh gadis itu. Tangan yang ditahan tadi sudah dilepaskan.

Seketika kemudian, pembantu rumah itu berasa takut dan gerun akan gadis di hadapannya. Mata yang menatap diri seakan dapat membunuh dirinya sendiri.

"Keluar." Arah gadis itu.

"Cik..."

"Aku kata keluar!" sekali lagi ditengking. Dan tepat pada waktu itu jugalah pembantu itu bergegas keluar dari bilik itu.

Niatnya hanya ingin mengejutkan gadis tadi daripada tidur sahaja. Tapi tak sangka jagi begitu. Kenapa agaknya dia begitu?

Ahli keluarganya yang lain tidak pula kisah kalau dikejut dengan cara begitu. Bukannya kasar atau mengacau dia pun.

"Kau masuk bilik tu ke tadi?" tiba salah seorang rakan sekerjanya bertanya.

Dengan cepat dia menganggukkan kepalanya. Kenapa muka rakannya itu seakan terkejut bila dia masuk bilik itu? Ada apa-apa tak kena ke?

"Kau mesti masih barukan. Dekat sini, bilik tu kau jangan sesekali masuk."

"Kenapa pula?"

"Cik muda Rechel tak suka orang masuk bilik dia. Kecualilah puan Mary. Itu pun kalau dia panggil sahajalah."

Puan Mary adalah ketua kepada semua pekerja yang berkerja di dalam rumah ini. Usia dia sudah tua dan dia antara orang yang paling lama berkhidmat kepada keluarga Asdarte ini.

"Kenapa ahli keluarga dia okay sahaja bila kita buat macam tu, tapi dia tidak?" tanyanya lagi.

"Kau ni kerja sini memang tak tahu apa-apa ke? Semua ahli keluarga dia benci dia. Termasuklah tuan kita tu."

Terkejut dia apabila mendengar semua itu. Dia memang tidak tahu pasal itu. Selama ini dia fikirkan hubungan keluarga Asdarte ini rapat dan tiada cacat-cela. Tetapi kenyataannya lain. Gadis tadi rupanya dibenci oleh kelaurga sendiri.

Memang betul kata orang walaupun kaya tak semestinya hubungan keluarga mereka sempurna. Keluarga Asdarte yang kaya ini pun boleh ada masalah hubungan keluarga apatah lagi keluarga lain.

"Mary!" tiba suara gadis tadi kedengaran menjerit nama ketua pekejar di dalam rumah itu.

Beberapa saat datang seorang wanita 40an berlari masuk ke dalam bilik itu. Wanita tanpa mengetuk pintu terus masuk dengan cemas.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now