cp 72

2.8K 310 40
                                    

Kereta Arshen berhenti tepat di dalam garaj itu. Jam di tangannya di lihat dan jam tersebut telah menunjukkan pukul 9 malam. Agak lambat dia balik hari ini.

Semua itu akibat bapanya yang terpaksa bekerja di luar buat sementara sehingga dia terpaksa mengambil alih syarikat tersebut buat sementara.

Dan apa yang membuatnya balik lebih lambat dari biasa adalah syarikatnya pada hari ini tiba-tiba mendapat satu projek besar. Nampaknya selepas ini dia akan semakin sibuk dan mungkin tidak ada di rumah sementara.

Pintu kereta itu dibuka lalu dia terus berjalan menuju ke dalam rumah. Pintu dibuka dan terus semua pembantu rumah yang ada di situ menunduk hormat kepadanya.

Kakinya seterus bergerak menuju ke tangga rumah itu untuk berjalan terus ke biliknya. Sebelum dia masuk ke dalam bilik, dia memandang sejenak pintu bilik adik perempuannya itu.

Dia teringat kembali akan kejadian pagi tadi. Sejujurnya dia masih curiga akan sikap Rechel yang tiba-tiba sahaja berubah itu. Gadis itu seperti bukan dirinya yang dahulu.

Tetapi perubahan itu tidak buruk malah lebih baik daripada yang sebelum ini. Sekurangnya ketika gadis itu bersikap sebegitu dia tidak akan rasa sedikit bersalah akan kesalahannya yang lalu.

Namun perubahan itu tetap juga merisaukannya. Dia takut Rechel itu sebenarnya ada sesuatu yang dilakukan di belakang keluarga ini sehingga sanggup membuat sikap begitu untuk menyorokkannya.

Matanya memandang pintu berwarna hitam di hadapan matanya kini. Tangan lelaki itu diangkat untuk mengetuk pintu itu namun dia terhenti. Berfikir sejenak, adakah dia patut berjumpa dengan Rechel sekarang?

Dia mahu berjumpa kerana mahu pastikan sesuatu tetapi dia tidak apa yang patut dikatakan nanti. Nampak sangat dia mencurigakan kalau nak jumpa tapi tak kata apa-apa.

Arshen mengeluh lalu dia mengetap bibirnya. Sungguh dia tidak tahu keputusannya kini. Mungkin dia boleh cuba untuk berjumpa dengan Rechel sementara.

Tok! Tok!

Tangannya mengetuk pintu itu.

"Masuk!" Satu suara hadir dari dalam bilik tersebut.

Tombol pintu yang tersedia ada ditolak olehnya dan dapat dia lihat bilik yang gelap ini bersama satu sahaja sumber cahaya. Itu pun datang dari lampu belajar di meja Rechel.

Keadaan bilik ini kelihatan sungguh seram apatah lagi dengan suhu yang sungguh sejuk. Dia umpama masuk ke rumah berhantu sahaja sekarang.

"Eh! Abang bari balik ke?" Figura Rechel yang duduk di meja belajar itu memandang ke arah Arshen.

Arshen tersenyum pelat lalu berjalan menuju ke arah meja belajar itu. Entah kenapa melihat senyuman Rechel itu membuat dia berasa seram sejuk.

Terasa sangat seram seperti sedang berhadapan dengan seorang pembunuh yang psycho di dalam bilik ini.

"Ka-kamu sudah makan ke?" Soalnya untuk membuka kata.

"Baru sahaja tadi. Rechel fikir nak makan sama abang tapi abang balik lambat sangat sampai Mary kata makan sahaja dulu," gadis itu membuat muka sedihnya.

Tiba rasa bersalah hadir di dalam diri Arshen. Muka adik perempuannya itu seperti sangat ingin menjamu selera bersamanya walaupun kenyataan dia tidak tahu sama ada iti benar ataupun lakonan. Tapi ekspresinya sangatlah benar sehingga hatinya hampir berkecai melihat muka sedih itu.

"Sorry, abang tak tahu hari ini abang balik lambat."

"Tak apa, tapi lepas ni tolong bagitahu ya," sekali lagi gadis itu tersenyum.

Silent Melody [✔️]Onde histórias criam vida. Descubra agora