cp 48

2.9K 301 11
                                    

"Perlukan pertolongan ke?" Satu suara kedengaran dari belakang aku.

Aku yang terkejut itu terus berdiri dan menoleh ke belakang. Aku melihat seseorang yang amat aku kenali memandang tepat ke arah aku.

"Claire," sebut aku. Tangan yang aku cuba rawat tadi disembunyikan di belakang badan.

Aku tak boleh biar dia lihat semua yang aku lakukan pada tangan ini. Walaupun aku tahu bahawa dia sudah melihat tadi. Tapi aku mesti cari alasan tentang hal ini.

"Ka-kau tak masuk kelas ke?" Soal aku tergagap-gagap kerana terlalu terkejut dengan kehadiran gadis ini.

Claire hanya berdiam. Matanya memandang ke arah tangan yang aku cuba sorokkan di belakang badan aku.

"Tangan tu-"

"Lebih baik kau masuk kelas. Nanti kau lambat pula," aku cuba mencari alasan untuk menyuruh gadis itu keluar.

Gadis itu mengeluh lalu berjalan mendekati aku. Dan tiba dia manarik tangan aku yang aku cuba sorokkan tadi.

"Claire..."

"Aku lihat semuanya, Rechel. Kau tak perlu nak sorokkan lagi," ujarnya dengan muka datar.

Aku menelan air liur aku. Dapat aku rasakan aura yang seperti menekan diri ini.

Claire pula seakan marah kepada aku apabila melihat semua kerja aku ini. Apa aku perlu lakukan sekarang? Kalau dia sudah tidak mahu jadi kawan aku lagi macam mana?

Hati aku memang sangat gelisah sekarang. Takut akan apa yang dikeluarkan dari mulut Claire itu nanti.

"Claire, aku-"

"Kau duduk, biar aku rawat luka kau." Tujuh perkataan membuat aku terkejut. Aku tak salah dengarkan.

"Claire, kau-"

"Duduk," terus aku duduk. Badan aku seperti bergerak sendiri mengikut sahaja apa yang gadis ini katakan.

Claire mengambil kerusi yang tersedia dihadapan kerusi aku. Kapas yang aku gunakan tadi diambil olehnya lalu dia meletakkan sedikit ubat di atas kapas tersebut.

Tangan aku dihulurkan dan terus dia rawat luka aku itu. Aku tidak tahu kenapa dia tidak kata apa-apa tentang hal ini. Dia tak terkejut ke lihat tangan aku yang penuh dengan parut hasil kerja bodoh aku.

Ke dia sudah tahu. Tapi mustahil. Aku tidak pernah buka kain pembalut ini ketika di sekolah mahupun keluar ke mana-mana.

"Claire, kau tak nak tanya apa-apa ke pasal benda ni?" Soal aku dengan rasa ragu.

Tangan Claire terhenti seketika daripada merawat luka aku tadi. Dia kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

"Aku sebenarnya banyak benda nak tanya dekat kau. Tapi kalau kau belum sedia nak beritahu aku, aku tak kisah. Ini hak kau nak beritahu aku atau tidak," balasnya seperti dapat membuka hati aku.

Kenapa aku rasa sedang melakukan sesuatu yang sangat bersalah sekarang? Apa aku patut cerita hal ini pada dia?

Claire adalah kawan aku dan hanya dia seorang sahaja kawan perempuan yang paling rapat dengan aku. Dia mungkin ada kisah silam yang sama seperti aku. Kisah silam di mana dia kehilangan orang yang amat dia sayangi.

Aku kehilangan ibu aku ketika dia melahirkan aku dan dia kehilangan ibunya ketika dia sudah mengenal dunia. Aku mungkin lebih senang kerana aku tidak pernah melihat ibu aku ketika beliau masih hidup. Tidak seperti Claire yang kehilangan ibunya dengan kemalangan yang sungguh tragis.

Kalau aku yang kena, mungkin aku sudah berputus asa untuk hidup lagi. Mungkin aku berfikir mahu tamatkan hidup ini. Sebab itu aku kagum dengan kekuatan yang Claire ada. Dia dapat tahan semua itu sendiri.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now