cp 60

3.1K 310 9
                                    

Mata Cruz memandang pintu yang berwarna hitam di hadapannya kini. Pintu itu adalah pintu bilik Rechel, adik perempuannya.

Setelah dia dengar apa yang dikatakan oleh Ian tadi, dia terus bergegas ke rumah dan menuju ke bilik gadis itu. Dia mesti tahu lebih banyak tentang apa yang gadis itu lakukan selama ini di belakangnya.

Tombol pintu itu cuba ditekan olehnya untuk membuka pintu tersebut, namjn seperti yang dijangka pintu itu sudah terkunci oleh kunci automatik yang tersedia.

Dia mengeluh seketika. Kunci tersebut menyukarkan kerjanya. Mata Cryz memandang kunci tersebut dan kelihatan terdapat enam nombor 0 terpapar bermaksud ada enam nombor yang harus diletakkan.

Dia berfikir sejenak. Tadi Ian kata, kata laluan pintu ini ada kena-mengena dengan tarikh yang tidak akan dia lupa.

"Tarikh hari lahir Rechel ke?" Soalnya sendiri.

Jarinya menekan nombor tarikh ulang tahun gadis itu namun itu bukan kata laluannya.

Lelaki itu berfikir sejenak lalu mencuba dengan tarikh hari lahirnya dan hasilnya tetap juga sama.

"Apa password ni?" Dia nula kesal.

Tarikh yang tidak akan dia lupakan. Kalau bukan tarikh lahir dirinya sendiri jadi apa.

Ada ke tarikh lain yang penting buat dirinya. Kepala yang serabut memikirkan kata lalu itu dihentakkan ke pintu tersebut.

Kalau difikirkan, mahu sahaja dia robohkan pintu tu dan masuk tapi nanti apa kata Rechel bila tahu pintu biliknya rosak. Semakin buruk namanya terhadap gadis itu nanti.

"Tak kan lah tarikh mama..." tiba dia terfikir sesuatu.

Jarinya dengan cepat menekan butang nombor yang terpapar itu dan dengan sekelip mata pintu itu terbuka sendiri.

Dia tersenyum puas. Memang betul jangkaan dia. Tarikh yang tidak dapat dia lupakan adalah tarikh kematian ibunya. Dia tidak terfikir semua itu tadi.

Setelah pintu itu dibuka, dia terus masuk melihat kamar yang sungguh sunyi itu.

Sudahlah gelap, sunyi lagi. Memang seperti bilik berhantu. Suis lampu yang terdapat tepat di sebelah pintu tadi dibuka olehnya sehingga menampak seluruh bilik ini.

Kakinya melangkah menuju ke meja belajar yang berada tudak jauh dari katil. Dapat dia lihat semua buku tersusun kemas di atas meja. Tangan diangkat lalu mengambil satu buku latihan yang disusun.

Apabila dia membuka buku itu dengan tidak sangkanya dia melihat satu coretan yang sama seperti buku yang pernah Rechel tertinggal di bilik membaca ibunya dulu.

Buku tersebut penuh dengan coretan yang dia tidak faham maksudnya. Coretan itu seakan dibuat ketika dia sedang tertekan.

Lelaki itu menyelak lagi muka surat lain buku tersebut dan tiba dia melihat satu tulisan namun tulisan itu sudah diconteng dengan pen yang lain seperti ingin memadamkan tulisan tersebut.

Matanya dikecilkan untuk membaca tulisan tersebut.

'Pembunuh tidak boleh hidup jadi aku akan bunuh di-"

Tulisan hujungnya sudah tidak dapat dibaca. Cruz mengeluh seorang diri. Dia ingin tahu apa ayat yang cuba disampaikan di dalam buku.

Kalaulah contengan ini tidak mengacau mungkin dia dapat tahu semua yang adiknya tulis.

Buku tadi diletakkan semula ke atas meja lalu dia berjalan menuju katil pula. Tangannya memegang cadar katil itu. Terlintas di memorinya akan peristiwa dia melihat adiknya membunuh diri beberapa hari lepas.

Silent Melody [✔️]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora