cp 20

3.1K 323 10
                                    

Eva berjalan seorang diri di korido itu. Dirinya masih malu dengan kejadian hari itu.

Dia fikirkan, kalau dia meluahkan perasaan di hadapan orang ramai, Ian akan terima dia. Rupanya tak!

Malah ditolak dengan sangat teruk. Sudahlah sejak kejadian hari tu, semua orang mengertawakannya dan rakannya, Alice turut menjauhi diri dia daripada Eva kerana terlalu malu dengan perbuatan Eva.

Hatinya memang terasa panas dengan kejadian hari itu. Dia tidak mahu dimainkan oleh pelajar sekolah ini. Dia tidak mahu pangkatnya yang tinggi sebagai anak buah kepada pengetua sekolah ink turun kerana perbuatannya itu hari.

Sudahlah cintanya ditolak dan sekarang pula dia dijadikan bahan gosip pelajar sekolah ini.

Kakinya menghentak kuat ke lantai itu. Dia berjalan tidak tahu destinasinya keraan apa yang dia tahu dia tidak mahu mendengar suara yang mengusik dirinya.

Setelah agak lama berjalan, aku berhenti di satu koridor yang sunyi tidak berpenghuni. Yang ada pun adalah seoarang pelajar perempuan yang merenung ke luar tingkap bangunan ini.

Mata Eva dikecilkan untuk melihat sosok pelajar perempuan yang berambut pendek itu. Setelah beberapa lama dia mengetahui bahawa pelajar itu adalah Rechel.

Dia tersenyum senin lalu melangkah menuju ke arah gadis itu. Dihatinya memang berasa beruntung kerana bertemu dengan perempuan yang membuat dia begini.

Bagi Eva Rechel adalah penyebab Ian menolaknya dan dia mendapat malu satu sekolah ini. Jadi kalaulah dia dapat hajar gadis itu memang puas hatinya.

"Woi! Perempuan!" Jerit Eva.

Gadis itu menoleh ke arah Eva. Sedikit terkejut Eva melihat keadaan Rechel. Mukanya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Gadis itu seperti mayat hidup sekarang.

Namun itu dihiraukan oleh Eva kerana apa yang perempuan itu tahu sekarang adalah dia mahu kerjakan Rechel.

"Kau tahu tak, sebab kau lah aku dapat malu satu sekolah ini," ujar Eva marah.

Rechel pula hanya mendengar semua itu. Dia seakan tidak kisah semua itu. Dan perkara itu membuat Eva sakit hati.

"Hidup kau memang tak habis-habis menyusahkan aku!" Jerkahnya lagi.

Pandangan datar diberikan oleh Rechel. Mata mati itu tidak kisah akan bicara perempuan di hadapannya ini.

Eva yang sudah seperti api membara panasnya menarik kolar baju Rechel dengan kasar.

"Kau memang sengajakan buat semua tu!" Baru sahaja tangan Eva ingin menampar pipi Rechel, tiba-tiba tangannya sempat ditahan oleh Rechel.

Sekelip mata Rechel menangkap tangan itu lalu di genggam dengan kuat. Eva yang mula terasa sakit dengan genggaman tersebut melepaskan tarikan kolar tadi.

Tangan Eva dilepaskan oleh Rechel apabila melihat Eva kesakitan itu. Mata Eva melihat ke arah Rechel yang seakan orang lain di hadapannya.

"Kau!" Eva mula mahu menarik rambut gadis itu namun tidak kesampaian apabila dia pula yang terkena.

Tangan Rechel lebih pantas menarik rambut perempuan di hadapannya. Tatapan tajam ditujukan ke arah muka yang menahan kesakitan itu.

"Selama ni aku sabar sahaja apa yang kau buat pada aku," ujar Rechel kepada Eva.

"Tapi sekarang kau memang sudah melampaui batas," Rechel menolak perempuan itu sehingga jatuh.

Eva yang tadinya terasa sungguh berani tiba menjadi takut apabila melihat Rechel begini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now