cp 22

3K 283 21
                                    

Tok! Tok!

"Masuk," ucap encik Shawn apabila pintu pejabatnya diketuk.

Finn yang membawa fail kerjanya itu masuk lalu memberi fail tersebut kepada tuannya.

Encik Shawn pasrah melihat fail yang berlambak itu. Semakin hari semakin banyak pekerjaannya. Sudahlah sekarang anak pertamanya yang selalue menolong dia sedang ada urusan di luar. Jadi dia terpaksanya melakukan semua itu sendiri.

"Maklumat yang aku suruh kau cari sudah dapat ke?" Soal encik Shawn sambil membelek-belek fail tersebut.

"Sudah tuan," balasnya lalu memberikan ipad yang terisi maklumat Rechel.

Ipad itu diambil oleh tuannya lalu dibaca perlahan-lahan. Terdapat banyak maklumat yang dia dapat tentang persekolahan anak perempuannya itu.

Termasuklah dengan pembelajaran Rechel dia sekolah. Agak terkejut dia melihat keputusan ujian Rechel yang sangat bagus. Gadis itu hampir cemerlang semua ujiannya kecuali muzik.

Kalaulah muzik dia cemerlang mungkin keputusan ujiannya akan cemerlang semua. Memang tidak sangka. Selama ini dia tidak tahu bahawa anaknya itu sangat bagus dalam pembelajaran. Malah ini lebih bagus dari Beth.

Jauh lebih bagus. Kalau dibuang mata pelajaran muzik memang anaknya memang melawan Beth.

Mata encik Shawn memandang kembali ke maklumat yang tertera. Tiba matanya membaca maklumat yang membuat hatinya tidak tenang.

"Siapa budak nama Eva ni?" Soalnya kepada Finn.

"Dia anak buah kepada pengetua sekolah itu. Dia dapat masuk sekolah itu atas sebab pengetua tersebut. Dan dia tidak ada rekod cemerlang dalam muzik."

Encik Shawn memandang muka Eva yang terpapar di kaca Ipad tersebut. Maklumat mengatakan bahawa budak perempuan ini membuli anaknya hanya kerana mahukan Ian menjadi pianistnya.

Namun Ian tidak bersetuju dan tetap dengan pilihan dia menjadi pianist Rechel. Lalu sebab itu juga Eva mula membuli anaknya sehingga hari ini.

Pembulian itu bukan baru sahaja bermula malah sudah hampir 3 tahun Rechel menerimanya.

Memang panas hati encik Shawn mendengar anaknya dibuli sebegitu. Dia baru sahaja mendengar berita ini. Kalaulah dia tidak menyuruh Finn carikan maklumat pasal anaknya mungkin dia tidak akan tahu sampai bila-bila.

"Finn, cari maklumat pasal keluarga budak ni. Aku nak balas apa yang dia telah buat," perintah Encik Shawn dengan tegas.

"Baik tuan," Finn menurut perintah itu dengan senang hati.

.
.
.

Sebuah kereta masuk ke perkarangan sekolah muzik itu dan berhenti tepat di hadapan pintu masuk sekolah.

Sekolah yang agak besar tersebut mengagumkan 3 orang perempuan yang duduk di dalam kereta tersebut.

"Korang turunlah dulu, aku nak tunggu yang lain. Bilik ahli ketua pelajar tahukan," bicara lelaki yang memandu kereta tersebut.

Tiga orang gadis itu mengerti lalu keluar dari kereta tersebut. Seperti yang sudah dibincangkan beberapa hari yang lalu, kumpulan mereka akan membuat kajian mengenai sekolah yang musik yang amat terkenal ini.

Walaupun bukan sekolah utama tetapi sekolah ini juga boleh digunakan untuk mendapat maklumat.

"Beth, kau tahukan mana bilik tu. Seingat aku Saint ada tunjuk pada kau," ujar salah seorang dari 3 budak perempuan tadi.

Beth tersenyum lalu berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah tersebut. Memang untung dia dapat satu kumpulan dengan Saint. Sudahlah Saint itu terkenal lepas tu ada ikatan lagi dengan sekolah ini. Senanglah kerjanya selepas ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now