cp 51

3K 322 37
                                    

Jane termenung melihat ruang makan rumah ini yang kelihatan sungguh besar dan elegan itu. Pinggan untuk menjamu selera pada hari itu sudah siap disusun di atas meja. Hanya tinggal makanan dan orangnya sahaja ada lalu sesi menjamu selera di rumah besar itu akan selesai.

Pernah terlintas di fikirannya untuk menjamu selera dan duduk di ruang makan itu. Tetapi dia tidak boleh kerana untuk pekerja, ruang makan mereka ada di tempat lain. Bukannya di sana.

"Kamu buat apa termenung sini? Lebih baik kamu tolong bawa semua ni ke atas meja tu daripada termenung tak tentu arah tu," tegur chef lelaki rumah ini kepada Jane.

Perempuan itu mengeluh dengan sikap mengarah orang tua itu. Sejak dia kena hukuman membersih dapur hari itu, chef ini selalu mengarahkannya untuk bekerja di bahagian dapur sahaja.

Dia tahu semua ini mesti rancangan tuan rumah ini supaya tidak bagi dia berjumpa dengan gadis itu. Dan perkara itu membuat dia susah membuat kerja.

Sudahlah masa yang tinggal hanyalah seminggu ini. Dia sudah dapat benda itu namun dia tidak ada masa untuk melakukannya kerana ditugaskan di situ.

Kaki perempuan melangkah menuju ke meja yang terdapat pelbagai jenis makanan yang sudah siap dimasak tersebut.

Tangannya mengambil satu persatu pinggan lalu dihantar ke meja di ruang makan rumah ini. Sekejap sahaja masa yang diambil dan hampir semua makanan tadi sudah dihantar. Dan yang tinggal hanya satu pinggan yang terakhir lagi.

"Oh ya, pinggan tu kamu tak perlu hantar. Itu pinggan cik Rechel, jadi kamu tak perlu hantar dulu," ujar chef tersebut.

Tangan Jane yang baru sahaja mengambil pinggan itu ditarik kembali. Dia tahu gadis itu tidak akan makan bersama ahli keluarganya yang lain setelah dilarang untuk makan di bilik. Jadi gadis itu akan makan lambat daripada ahli keluarga supaya mereka tidak bertembung.

Cara itu mungkin cara terbaik, namun gadis itu tidak boleh mengelak seperti itu. Apatah lagi sekarang secara tiba-tiba keluarga gadis itu rajin untuk makan di rumah. Biasanya tidak.

Matanya melihat makanan cik muda rumah tersebut. Itu adalah makanan tengahari namun gadis itu hanya memakan sup sayuran bersama roti sahaja. Ini sama sahaja seperti sarapan.

Jane yang malas mengambil kisah itu hanya membiarkan sahaja. Tangan yang berpeluh tadi dilapkan di kain apron sendiri. Dan tiba tangannya terasa terpegang sesuatu benda di dalam poket apron itu.

Dia mengambil benda yang sebesar botol perwarna kuku tersebut. Teringat dia akan benda ini. Ini adalah benda yang orang itu untuk di jayakan misi dengan lebih cepat.

Dia berfikir sejenak. Berfikir bila dia mahu selesaikan misi ini. Masa yang diberikan adalah seminggu ini sahaja. Dia mesti selesaikan sebelum puan Mary datang ke sini semula.

Matanya liar melihar kawasan dapur yang sunyi ini dan tiba dia terfikirkan sesuatu. Mulutnya tersenyum senin mendapat idea untuk menyelesaikan kerjanya itu.

.
.
.
.
.

Mata aku leka memandang laptop di hadapan aku tanpa aku perasan bahawa jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Disebabkan hari ini sekolah cuti dan Ian pula ada kerja, jadi aku tidak dapat keluar dari rumah ini.

Aku terpaksa terperap di dalam bilik ini sahaja. Keluar seorang diri? Sudah semestinya tidak. Aku akan terasa janggal apabila keluar seorang diri tanpa peneman.

Tangan yang dari tadi penat menaip direnggangkan. Sudah masuk jam 3 petang. Rasanya masa untuk makan tengah hari sudahpun lama berlalu dan bermaksud semua ahli keluarga aku sudah makan kecuali aku.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now