cp 90

2.6K 254 5
                                    

Aku memandang Claire yang sedang memikirkan tentang festival yang akan datang. Gadis itu memang berbeza sungguh dari Claire yang aku kenal dulu.

Adakah sebab dia ni amnesia jadi sikap dia juga berubah? Tetapi kalau berubah tu agak-agaklah sampai macam tu.

Tak biasa aku lihat Claire tak tumpukan perhatian di dalam kelas. Tentang festival yang sekolah ini selalu lakukan pun dia tidak tahu tadi. Kalau aku tak tanya rasanya memang sampai kiamat belum pasti dia tahu.

"Kau partner dengan siapa?" Soal Claire kepada aku.

Aku menggelangkan kepala tanda tidak tahu. Senarai nama untuk pasangan itu belum ada macam mana aku nak tahu.

"Kau partner dengan Carol!" Suara Ian mengejutkan aku.

Aku dan Claire memandang ke belakang dan kelihatan Ian masuk ke kelas sambil membawa sehelai kertas.

"Aku partner dengan Carol. Carol pianist Claire tu?" Tanya aku untuk mendapatkan kepastian.

Ian mengangguk kepala. Ingatkan Claire yang dia maksudkan pasangan dengan Carol. Rupanya aku. Agaknya siapalah pasangan Claire.

"Kau pula dengan dia ni," Ian memberikan satu kertas kepada Claire.

Aku melihat ke arah Claire yang mula mengambil kertas itu dan serta merta wajahnya berubah terkejut.

Aku yang tidak dapat bersabar lagi turut berdiri melihat kertas tersebut bersama Claire. Terkejut aku melihat nama gadis itu dipasangankan bersama Perth.

Pandangan aku beralih ke arah Ian. Tidak lain tidak bukan memang kerjanya. Kenapa dia buat begitu?

Bukankah dahulu dia sendiri yang kata nak cuba jauhkan dia orang tersebut tetapi sekarang dia buat dua orang tersebut menjadi pasangan untuk festival akan datang.

Kenapa?

"Kau nak pergi mana?" Soal aku apabila melihat Claire berdiri.

"Aku nak pergi tandas sekejap," gadis itu terus keluar tanpa menunggu jawapan aku.

Selepas Claire keluar dari kelas itu, aku terus menarik tangan Ian pergi ke satu tangga yang sunyi. Tiada sesiapa yang lalu tempat itu kerana ianya hanyalah ada jalan mati.

"Kau kata hari tu, kau nak halang dua orang tu dari bertemu. Tapi kenapa kau buat dia partner Claire pula?" aku memandang Ian yang sungguh tinggi itu.

Ian mengetap bibirnya. Matanya cuba memandang ke tempat lain. Seperti cuba melarikan diri aku di hadapannya itu.

"Ian!" Aku mula hilang sabar dengan sikap Ian.

Lelaki itu mengeluh kecil. Matanya kini memandang ke arah aku. Sudah tidak dapat dia menyorokkan hal itu lagi.

"Aku buat macam tu sebab aku kesian tengok diorang tu. Perth tu aku tengok setiap hari macam jasad tak bernyawa sejak Claire amnesia. Kau ingat aku boleh tahan ke tengok budak tu macam tu?"

Aku terdiam sedetik. Memang betul apa yang dikatakan oleh Ian itu.

Kadang-kala ada juga rasa kesian dalam hatinya melihat dua orang adik-beradik itu yang kini seperti orang asing. Claire tidak dapat mengingatinya Perth memang dapat membuat hatinya sayu.

Dia juga ada adik beradik lain dan pernah merasai kejadian seperti itu. Tapi apa beza dia, dia tidak kisah apabila dilupakan namun Claire pula lain cerita.

Claire itu sangat sayangkan Perth jadi kalau dia lupakan Perth sama sahaja seperti sudah hilangkan separuh hati lelaki itu.

"Kalau kau dah kata macam tu, tak apa lah." Ujar aku lalu membuka langkahnya mahu pergi dari situ.

Baru sahaja lima langlah tiba badan aku terasa berat. Kepala aku sedikit sakit. Kaki juga terasa lemah.

"Kau okay?" Soal Ian yang cuba menolong aku.

Dia tahu kawan baiknya itu sedang ada masalah sekarang. Sudahlah sekarang sakit itu semakin kerap datang ke badan itu.

"Aku okay," balas aku. Tangan Ian yang menahan badan ini dari terjatuh tadi dilepaskan.

Aku cuba berjalan sambil menahan sakit yang cuba disorokkan daripada lelaki itu.

"Kau tak okay ni. Ubat kau dah makan ke?" Ian memberhentikan langkah aku.

Aku diam dan cuba untuk melimpasi halangan Ian tersebut. Namun Ian tidak putus asa. Dia menahan tangan aku membuat kaki aku berhenti serta merta.

"Rechel, kau tak boleh macam ni terus. Ubat tu, kau mesti makan." Suara lelaki itu kuat ditujukan ke arah aku.

"Kau boleh diam tak! Tu urusan aku, bukan kau!" Herdak aku kuat.

"Kau... Aku tak kisah! Urusan kau, urusan aku juga. Kalau kau nak terus hidup makan ubat tu."

"Kau fikir aku nak sangat ke teruskan hidup aku," senyuman senin di hadiahkan.

Diri aku entah kenapa terasa sungguh marah sekarang. Adakah dia mahu melakukan sesuatu lagi?

"Dengar sini, aku kenal siapa kau. Dan kau mesti hidup, walau apa pun terjadi."

"Kenapa aku mesti teruskan hidup. Kau tahukan hidup aku macam mana. Tak ada guna pun!"

Orang yang menjawab soalan Ian tadi bukanlah melain diri aku yang satu lagi. Aku tidak ada niat menjawab seperti itu, tapi aku mesti pergi dengan cepat sebelum dia memang akan ambil badan aku lagi. Emerline memang mahu mengambil badan aku sekarang.

Tangan yang ditahan tadi dilepaskan. Mata ini tajam memandang Ian.
Kaki aku seterusnya cuba melangkah pergi.

Namun terhenti apabila aku terbatuk dengan kuat. Kepala ini terasa semakin pening. Ian yang melihat keadaan itu terus menghampiri aku yang kelihatan sakit.

Tangan yang digunakan untuk menutup mulit ketika batuk tadi dilepaskan dan apa yang mengejutkan satu tompokkan darah kelihatan jelas di situ.

Mata Ian membesar melihat darah yang keluar dari mulut aku. Di sekitar mulut aku juga masih ada darah yang melekat.

"Rechel, kau..." tidak sempat Ian menghabiskan ayatnya, tiba badan aku terasa berat lalu aku tumbang situ.

.
.
.
.
.

Ian yang terkejut melihat Rechel yang seakan mahu pengsan itu terus menangkapnya daripada terkena lantai.

Badan Rechel yang sudah tidak sedarkan diri itu didukung oleh Ian pergi dari tempat itu. Bilik rawatan yang terletak tidak jauh dati situ dimasuki olehnya.

Untung sahaja pada waktu itu tidak ramai pelajar yang lalu-lalang. Dapat juga dia sorokkan perbuatannya itu.

Badan yang didukung tadi dibaringkan di atas katil. Selimut ditarik menutupi badan gadis tersebut.

Mata Ian memandang sejenak Rechel yang sudah tidak sedarkan diri ini. Kepala dia buntu memikirkan apa yabg patut dia lakukan. Kalau di bawa hospital mesti Rechel tidak mahu. Apatah lagi Rechel ini seorang yang bencikan hospital.

Selang beberapa minit dia berfikir, akhir dia mendapat satu idea. Telefon pintar di dalam poket dicapai lalu dia menekan satu nombor yang amat dia kenali.

"Hello Cruz, ada benda aku nak cakap dengan kau," Ian menelefon Cruz.

Dia harus menceritakan semua ini kepada lelaki itu sebelum perkara yang lebih bahaya akan berlaku pada Rechel.

Lepas ni korang akan tgk satu lagi pergaduhan besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas ni korang akan tgk satu lagi pergaduhan besar.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now