cp 2

5.3K 451 11
                                    

Aku bangun memandang jendela yang berada tepat di hadapan aku. Sungguh hari ini mood aku sudah hilang.

Semuanya disebabkan pembantu tidak guna itu. Aku memang tidak suka apabila ada orang memasuki bilik ini. Sangat benci dan kalau boleh sesiapa sahaja yang memasuki bilik ini tanpa kebenaran aku mahu sahaja aku buang dia dari rumah ini.

Cermin yang memantulkan cahaya matahari ini ditatap benci oleh aku. Memang aku benci walaupun bukan cermin ini bersalah.

Dalam aku kebencian diri ini, tiba aku melihat sebuah kereta keluarga aku tepat berhenti di hadapan pintu rumah ini.

Tahu sangat siapa yang datang itu. Siapa lagi kalau bukan abang kedua aku, Cruz Xavier Asdarte. Tua 8 tahun dari aku. Seorang doktor yang mempunyai hospital dia tersendiri.

Boleh dikatakan dia tu sangat sibuk sehingga nak lihat muka dia di dalam rumah ini pun jarang. Biasalah doktorkan. Bagi dia hospital tu rumah dia daripada rumah ini.

Aku bukan hanya ada seorang abang tetapi dua orang abang. Seorang lagi abang aku paling tua iaitu Arshen Lucius Asdarte. Tua 10 tahun dari aku. Merupakan CEO seterusnya syarikat bapa aku, Shawn Asdarte.

Seorang yang tidak berapa nak sibuk tetapi tetap juga sukar kelihatan di dalam rumah ini. Semua itu angkara dia suka berkurung di dalam biliknya. Lagipun buat apa jumpa dia tu. Kalau jumpa bukannya kami akan bercakap nanti.

Kaluarga aku kaya bukan.

Yelah, bapa ada sebuah syarikat yang sangat terkenal dan maju. Manakala abang aku seorang lagi ada hospital sendiri walaupun tidak berkerja bersama bapa aku.

Tapi dalam kekayaan yang aku miliki, aku tidak pernah rasa disayangi. Malah aku berasa aku sangat dibenci dan tidak diingini dalam keluarga ini.

Kenapa?

Sudah semestinya aku adalah penyebab ibuku pergi. Dia melahirkan aku di dunia ini tetapi dia pergi meninggalkan dunia ini.

Tidak adil bukan!

Aku hidup di dunia manakala dia hidup di alam yang semua orang tidak mahu.

Dan sebab itu juga aku dibenci oleh keluarga ini. Bukan sahaja keluarga ini malah saudara-mara aku juga turut membenci aku. Aku ini umpama pembawa malang untuk mereka.

Hadir aku di dunia hanyalah membawa malang. Lebih baik aku tidak dilahirkan sekiranya ini semua berlaku.

Tok! Tok!

Kepala aku automatik menoleh ke arah pintu bilik itu. Ian yang membuka pintu itu terus masuk ke dalam bilik ini tanpa menunggu kebenaran aku.

"Macam mana dengan kau sekarang?" Soalnya.

Muka aku yang datar tidak menjawab soalan itu malah menghiraukan lelaki itu.

"Aku dengar kau ada buat hal pagi tadi. Bad mood ke? Ke kau tengah bendara jepun sekarang?"

"Mulut tu jaga," balas aku bersama dengan satu jelingan tajam.

Ian tergelak kecil dengan jawapan aku tadi. Tak tahulah kenapa lelaki ini boleh senang berkawan dengan aku dahulu. Sedang semua orang tidak mahu berkawan dengan aku tetapi dia mahu berkawan dengan aku.

Memang pelik.

"Nah, ini sarapan kau. Puan Mary bagi tadi. Makan lepas tu baru boleh makan ubat," dulang yang dibawa olehnya diletakkan di atas meja bersebelahan tempat aku berdiri.

"Aku tak nak sarapan, aku nak makan ubat terus." Baru sahaja tangan aku mencapai botol ubat itu tiba botol itu sudah dirampas oleh Ian.

"Sarapan dulu baru aku bagi kau ubat ni," arah Ian.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now