cp 58

3.1K 330 15
                                    

"Doktor Cruz," panggil seorang perempuan yang tiba di dalam bilik pesakit itu.

Di tangan perempuan itu terdapat satu fail yang hendak diberikan kepada Cruz. Fail tersebut dibuka dahulu untuk memastikan itu fail yang betul sebelum dia berikan kepada lelaki di hadapannya.

"Terima kasih, doktor Audrey." Ucap Cruz setelah menerima fail tersebut.

Sejujurnya perempuan itu tidak tahu kenapa lelaki ini memanggilnya dengan nama Audrey sedangkan orang lain memanggilnya Clarissa.

Memang nama Audrey itu namanya namun itu hanyalah nama tengah. Biasanya orang akan panggil dengan nama pertama daripada nama tengah seperti doktor ini.

Dia memang tidak faham dengan apa yang difikirkan lelaki ini. Sudahlah dingin mengalahkan kutub selatan.

Kalau dirinya bukan doktor yang akan lakukan pembedahan besar bersama doktor ini, mana mungkin dia mahu bersemuka dengan ais ini.

Lebih baik dirinya duduk di hospitalnya sendiri daripada berdiri di sebelah doktor ais ini.

"Saya dengar doktor sekarang selalu pergi ke sini. Kenapa? Pesakit ni ahli keluarga doktor ke?" Soalnya untuk membuka kata.

"Dia adik aku," balasnya dengan datar.

Clarissa mengangguk faham. Rupanya doktor ini ada adik. Ingatkan anak tunggal tadi.

"Ini, tolong letak di meja saya." Arah Cruz memberikan fail data pesakit bilik ini.

Lelaki itu tahu bahawa pejabat dia dah Clarissa tidak jauh malah bersebelahan jadi tidak mengapa kalau dia arahnya perempuan itu begitu.

Clarissa mengambil tersebut lalu membaca nama yang tertera. Sedikit hairan dia melihat nama tersebut. Macam pernah lihat tetapi di mana?

"Rechel Emerline Astrade?" Dia membaca nama itu.

Dan tiba dia teringat sesuatu. Perempuan itu dengan cepat menuju ke katil pesakit untuk memastikan adakah orang yang dia fikirkan adalah orang yang sama.

Sesampai sahaja ke katil itu, dia terus menutup mulutnya terkejut melihat gadis yang selama ini selalu berjumpa dengannya untuk mendapat rawatan terbaring lemah di atas katil.

Katanya di fail itu, gadis ini overdose ubat dan itu bermakna gadis ini cuba membunuh diri. Clarissa tidak sangka semua itu terjadi. Dia sangat kenal akan Rechel kerana Rechel adalah pesakit yang paling dia ambil serius.

"Kau kenal dia?" Soal Cruz hairan melihat kelakukan Clarissa.

Clarissa berdiri lalu memandang Cruz serius.

"Awak tahu dia sakit, jadi kenapa awak tak hentikan dia awal-awal?" Nada Clarissa seakab marah.

"Sakit? Sakit apa?" Cruz tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Clarissa.

"Tak kan awak tak tahu. Dia ada despresi yang sangat teruk," Cruz terkejut mendengar kata itu.

Apa yang dikatakan perempuan di hadapannya kini tidak pernah dia ketahui selama ini. Rechel ada despresi? Itu memang kali pertama dia dengar.

"Macam mana kau tahu?" Soal Cruz lagi.

"Rechel ni pesakit saya. Wait! Awak kata dia ni adik awak, tak kan awak tak tahu. Dia kata dengan saya, dia ada beritahu keluarga dia."

"Dia tak pernah kata apa-apa," balas Cruz membuat Clarissa terkejut.

Jadi selama ini gadis itu menipu kepadanya. Memang patut dia tidak pernah melihat seorang pun ahli keluarga gadis itu datang. Biasanya kalau dia rawat pesakit yang ada masalah mental ini, mesti akan ada ahli keluarga datang sekali.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now