cp 9

3.4K 345 13
                                    

Kaki aku bebas melangkah ke dalam sekolah ini. Sesungguhnya hidup aku sungguh tenang sekarang.

Untung betul guru membenarkan kami bebas berjalan sekitar sekolah ini setelah aktiviti sebentar tadi selesai. Dapat juga aku mahu melihat persekitaran sekolah ini.

Aku dan 2 lagi kawan aku berjalan menuju ke satu bangunan yang agak besar. Bagunan itu kelibatan cantik dan menarik perhatian aku.

"Claire, ini bangunan apa?" Soal aku.

Claire melihat bangunan yang cukup besar dihadapan mata aku. Reaksi mukanya kelihatan tahu ini adalah bangunan apa.

"Dewan orkestra," jawabnya.

Aku kagum melihat bagunan orkestra yang sungguh besar ini. Di sekolah aku kini memang ada bangunan orkestra tapi tak sebesar bangunan ini. Bangunan ini sudah seperti bangunan orkestra tempat para ahli muzik yang profesional membuat persembahan bukan lagi untuk para pelajar.

Memang bagus betullah sekolah ini. Semua yang ada dekat sini seperti 10 kali ganda lebih bagus dari sekolah bawahannya.

Aku melihat Claire berjalan masuk ke dalam dewan itu lalu aku turut mengikutinya. Dapat aku lihat beberapa pelajar melakukan kerja mengemas dewan ini sekarang. Mesti dewan ini akan digunakan nanti.

Dalam aku bersaksi kagum di sini, tiba aku melihat seorang budak tidak sengaja melanggar Claire. Namun Claire tidak terkejut malah seperti kenal budak itu.

Mungkin kenalan dia di sekolah ini. Aku memberikan isyarat supaya dia pergi meluangkan masa bersama mereka itu dahulu. Biarlah Claire bercakap dengan kenalan dia dahulu. Mesti mereka sudah lama tidak berjumpa.

Aku tersenyum melihat Claire begitu. Bagi aku itulah kali pertama melihat Claire bersikap begitu. Sikap seperti seorang kakak kelas yang sangat baik terhadap adik kelasnya.

Seketika kemudian, berjalan keluar dari dewan ini dan melihat Ian sedang bercakap bersama seorang perempuan yang tidak aku kenali. Patutlah tidak masuk sekali, rupanya ini sebabnya.

"Maaf, saya tak boleh," suara Ian seperti sedang menolak sesuatu.

Apa yang lelaki itu tolak. Muka perempuan itu pula kelihatan sedikit sedih mendengar penolakan tadi.

"Eh! Rechel, jom jalan dekat sana pula." Tiba lelaki itu berjalan mendekati aku dan menarik tangan aku.

Kenapa pula lelaki ini? Tiba-tiba tarik aku. Biasa dia akan ajak sahaja tak ada lah tarik-tarik begini. Muka perempuan yang bercakap dengan Ian tadi pula kelihatan marah selepas Ian pergi.

"Siapa perempuan tu?" Soak aku.

"Entah," pendek jawapannya.

"Dah tu kenapa cakap dengan kau?"

"Dia tu nak nombor aku sebab dia kata dia berminat dengan aku. Tapi aku tak nak bagi."

"So, kau tarik aku ni sebab nak jadikan alasan terlepas dari dia," lelaki itu tersenyum lalu mengangguk.

Tangan aku dengan ringannya terus memukul kepala Ian. Suka-suka guna aku jadi alasan dia. Kalau itu perempuan serang aku sebab ini nanti, ingatlah kau. Kau orang pertama aku kerjakan.

Ian dengan lembutnya mengusap tempat pukulan aku tadi. Siapa suruh gunakan aku, kan dah kena.

Aku membuka langkah menuju ke arah satu kawasan yang terdapat banyak booth yang dibuka oleh pelajar sekolah ini.

Satu persatu booth di jengguk oleh aku. Manakala Ian pula setia menemani aku. Untuk Ian ada kalau tak mesti aku sorang sekarang.

Yalah, Claire sudah pergi bersama kenalannya tadi dan kalau Ian tak ada aku nak pergi dengan siapa. Rakan sekelas aku yang lain?

Silent Melody [✔️]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora