cp 65

3.1K 308 12
                                    

Mata aku dipejamkan untuk merasai ketenangan di dalam diri ini. Violin di tangan aku sudah sedia untuk dimainkan. Nafas ditarik lalu tangan kanan aku diangkat memainkan bow ini di atas violin.

Satu lagu yang amat aku kenali dimainkan oleh aku. Lagu itu kedengaran sedih namun aku suka. Sangat menunjukkan diri ini.

Sedih dan sakit tetapi aku sukakan keadaan itu sehingga aku sanggup mati dalam keadaan itu.

Aku sudah lama mengetahui lagu ini dan disebabkan lagu inilah aku muka berjinak dengan dunia muzik. Aku mula belajar tentang muzik dan masuk ke sekolah itu bersama Ian.

Lagu ini memang aku selalu main ketika aku sedih. Tidak tahu kenapa tetapi, setiap kali aku sedih ataupun tertekan lagu ini memang bermain di fikiran aku. Menjadi perasaan aku ketika itu.

Tap! Tap! Tap!

Satu tepukan membuat permainan aku terus terhenti. Aku menoleh ke arah pintu masuk bilik ini dan kelihatan Ian berdiri di sana sambil tersenyum menepuk tangan kepada aku.

Bila masa lelaki ni masuk?

"Semakin bagus permainan kau," pujinya. Tidak tahu iklas ke tidak.

Violin yang aku mainkan tadi diletakkan ke dalam begnya semula.

"Kau masuk memang tak pandai nak ketuk lagi ya," kata aku seakan memerlinya.

"Aku dah ketuk. Kau yang tak dengar," Ian berjalan mendekati aku.

Kerusi yang ada di hadapan aku diambil olehnya lalu dia duduk. Matanya memandang ke arah aku yang sedang membersihkan bow violin ini.

"Macam mana kau sekarang? Okay?" Soalnya.

Aku hanya mengangguk menjawab soalan tersebut. Aku tidak mahu menjawab aku sudah baik sepenuhnya kerana masih ada lagi sakit itu di dalam diri ini.

"Kau memang betul baik ke? Kau ada makan ubat tak?"

Aku mengangguk sekali lagi. Kenapa Ian ni kelihatan sangat risuakan aku sejak kejadian itu?

Aku tahu dia memang kisahkan aku, tapi kali ini dia punya nak ambil tahu pasal aku sudah melebihi.

"Tengok kau jawab aku macam tu memang buat aku susah nak percaya," ujarnya lagi.

"Ikut hati kau lah, nak percaya ke tidak," aku berdiri lalu bergerak menuju ke meja belajar aku.

Satu kertas yang terdapat di atas meja itu diambil oleh aku. Sebelum aku berbalik ke arah Ian, sempat aku memandang pintu bilik ini untuk memastikan pintu itu ditutup.

Setelah memerhati pintu itu, aku terus bergerak ke arah Ian. Kertas tadi aku berikan kepada Ian untuk dia baca.

"Apa ni?" Soal Ian.

"Bacalah," kertas itu terus diambil olehnya.

Setelah membaca kertas itu dia dengan tiba-tiba terkejut melihat aku. Rasanya sesiapa sahaja yang lihat isi kertas itu pun akan terkejut.

"Benda ni betul ke?" Soalnya dengan terkejut.

Aku mengangguk menjawab soalan tersebut.

"Kalau benda ni betul, maksudnya selama ni dia benci sampai hasut keluarga kau sebab dia nak tutup kesalahan dia."

"Bukan tu jer, dia pernah nak cuba bunuh aku." Aku tersenyum nipis.

Muka Ian sekali lagi terkejut besar lalu bertanya, "bila masa dia cuba bunuh kau?"

"Kau tahu waktu aku tak turun sekolah sebab keracunan makanan tu. Selepas aku kena tu, aku ada rasa pelik kenapa tiba-tiba sahaja aku kena keracunan sedangkan chef rumah ni semuanya profesional. Jadi aku cari macam mana aku kena dan aku jumpa ni dekat tong sampah dapur rumah ni," aku menunjukkan satu botol yang bersaiz botol perwarna kuku.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now