cp 86

2.6K 277 17
                                    

Masuk hari ini sudah 4 hari Melinda duduk di dalam lokap tersebut. Lokap itu sunyi dan tidak berpenghuni kecuali dirinya.

Daripada lokap, tempat itu lebih kepada bilik. Dia tidak tahu sama ada polis negara ini memang ada layanan serupa bilik seperti itu.

Dia dilayan dengan baik, namun dia tidak boleh keluar dari bilik tersebut mahupun melihat keadaan luar. Bilik tersebut sungguh tertutup sehingga satu cahaya pun tidak masuk kecuali cahaya lampu bilik itu sendiri.

Melihat keadaan bilik baik seperti itu memang membuat orang lain senang untuk duduk tetapi bukan untuk Melinda. Sejak dia masuk ke bilik umpana penjara itu, dia selalu tertekan. Dia mahu keluar namun tidak ada seorang pun mahu menolongnya.

Belum lagi cakap tentang pegawai yang kerja di situ. Semuanya pelik-pelik. Dia cakap dengan mereka, bukannya mereka balas malah dihiraukan. Dan itu membuat dia semakin tertekan.

Kruk! Plak!

Bunyi kunci pintu bilik tersebut terbuka. Wanita yang sedang duduk tadi terus berdiri dan berjalan ke arah pintu.

Pintu dibuka oleh salah seorang pegawai perempuan yang bermuka datar. Itulah pegawai yang menjaga Melinda. Kadang-kala dia terfikir adakah perempuan ini memang polis. Kalau ya, kenapa dia tidak memakai uniform polis? Dan yang lagi pelik, uniform dia pakai bukannya polis malah uniform agensi entah apa dia tidak tahu.

"Ada orang nak jumpa kau," ujar pegawai tersebut lalu menggari tangan Melinda.

"Siapa nak jumpa aku?" Soal Melinds namun diendahkan oleh pegawai tadi.

Melinda mendengus geram dan hanya berjalan menuju ke arah yang diberitahu. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya dia sampai di sebuah bilik yang agak gelap dan sunyi.

Dia dipaksa duduk di dalam bilik itu sambil tangannya digari. Selepas itu, pegawai tadi terus keluar meninggalkan Melinda seorang diri.

Keadaan bilik tersebut yang sedikit gelap dan sunyi membuat dia takut akan perkara yang datang.

Plak...

Pintu bilik itu tiba terbuka kembali. Kepala Melinda dengan pantas terus menoleh ke arah pintu dan dia melihat seorang lelaki memakai suit putih masuk ke bilik tersebut.

Melihat muka lelaki itu membuat dia terfikir sesuatu. Dia pernah nampak muka itu mana-mana tapi dia lupa.

Lelaki tadi berjalan menuju ke meja Melinda lalu duduk di hadapannya. Satu senyuman yang agak misteri terpapar di wajah lelaki tersebut.

"Kau siapa?" Soal Melinda.

"Puan tak kenal saya?" Soal lelaki itu balik.

Melinda memandang pelik ke kepada lelaki tersebut. Suara lelaki itu memang dia pernah dengar sebelum ini. Bukan sahaja suara malah muka itu juga dia seperti pernah lihat.

"Mungkin ini boleh buat puan ingat," lelaki tersebut menghulurkan satu cincin yang terdapat satu batu permata berwarna merah darah.

Terus terbeliak besar mata wanita itu melihat cincin tersebut. Dia kenal cincin itu dan cincin tersebut hanya ada seorang sahaja yang pemakainya.

"Abner Winter!" Sebut Melinda.

Lelaki itu tersenyum lalu menepuk tangannya. Melihat lelaki itu membuat Melinda semakin takut.

Dia kenal lelaki bernama Abner Winter, namun lelaki itu sudah tiada. Kalau lelaki itu sudah mati jadi siapa lelaki dihadapannya kini.

Sekarang dia sudah perasaan bahawa muka lelaki dihadapannya persis dengan Abner Winter ketika muda.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now