cp 30

3K 301 7
                                    

Mata aku terkelip-kelip memandang loker aku yang kosong ini. Mana beg violin aku?

Bukan sepatutnya ada sini ke?

Tapi sekarang loker kosong. Sunyi yang tidak berpenghuni. Ke mana perginya beg aku.

Nak kata aku letak dekat meja, tak ada. Letak dekat loker pun tak ada. Tak kan hilang pula!

Hati aku seakan mahu menanggis sahaja sekarang. Violin aku itu sudahlah mahal. Bukannya murah nak beli.

Memang menanggis tak bersuara aku sekarang. Rasa macam nak humban sahaja diri ini di dalam loker ini. Kenapalah boleh jadi macam ni?

"Kau ni dah kenapa? Tak nak pergi kelas ke?" Claire menegur aku.

Aku memandang Claire dengan muka kesian aku. Harap untuk mendapat simpati dia.

"Claire... Violin aku tak ada..." nada sedih aku keluar.

"Tak ada? Kau tak lupa ke?"

Tiba kepala aku teringat akan kejadian pagi tadi. Seingat aku, aku ada letakkan beg itu di lantai apabila bertengkar dengan abang aku.

Tak kan lah aku lupa nak ambil balik.

"Aku lupa!" jerit aku perlahan.

"Dah lupa tu, ambil lah. Kau tinggal dekat asrama kan."

"Aku belum beritahu kau ya. Aku dah tak tinggal asrama lagi. Aku tinggal luar macam kau," aku teringat bahawa aku belum menceritakan hal itu lagi pada Claire.

Ini jugalah sebab kenapa aku tak suka tinggal luar. Kalau lupa barang, memang mustahillah nak ambil. Rumah aku bukan sedekat asrama depan sekolah ni.

"Kalau macam tu kau pinjamlah sekolah punya dulu," Claire memberi cadangan.

"Sekolah punya aku nak pinjam, memang tak lah. Kau tak tahu macam mana teruknya sekolah ni punya alat muzik. Entah-entah violin yang aku pinjam nanti ada yang sudah putus string," lemah diri ini apabila mendengar alat muzik sekolah ini.

Memang patut pun alat muzik sekolah ini hancur begitu kalau dapat pengetua tak amanah seperti sekarang.

Kalau sekolah lain mesti sudah ganti alat muzik dia. Sedangkan sekolah ini, 10 tahun dia muncul belum pasti alat muzik dia akan diganti.

"Dah tu macam mana sekarang?"

"Terpaksalah aku serah diri hari ni dengan cikgu singa tu," kata aku dengan nada yang sungguh sedih.

Aku berjalan menuju ke tempat duduk aku. Beberapa minit lagi cikgu singa itu akan datang dan dalam beberapa minit itulah aku harus mengenangkan telinga ini yang akan mendengar berpuluh ribu bebelan dia.

Kepala aku direbahkan di atas meja. Sakit kepala ini apabila teringat semya benda tang terjadi pada aku hari ini.

Aku baru hari pertama aku tinggal di rumah itu, sudah banyak benda malang berlaku. Belum lagi selepas ini. Sudahlah aku masih ada dua semester lagi nak habis sekolah.

Dan dua semester itu entah apa lagi yang akan terjadi. Tidak hairanlah nanti kepala aku tumbuh rambut putih sebab tertekan.

Aku mengeluh seorang diri di sana. Mata aku melihat Claire yang bermain telefon di sebelah aku sementara menunggu cikgu masuk.

Seingat aku Claire ini sama seperti aku. Tinggal di luar tetapi dia datang sini guna kereta. Mungkin aku boleh guna kereta aku juga kalau nak turun sekolah.

Aku ada lesen kereta cuma aku punya malas hendak pandu kereta itu sampai syaitan pun rasanya boleh tepuk tangan. Lagi pun aku tak nak menunjuk sangat.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now