Bab 2

52K 3K 172
                                    

                   LAJU jari jemarinya menari di atas papan kekunci itu. Mata fokus pada skrin monitor. Menyiapkan tugasan yang bos berikan kepadanya untuk siapkan dalam minggu ini. Jelas tertulis nama di name tag yang dipakai didada, Mia Maisara. Bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Tan Sri Raqib. CEO kepada Ocean Resort. Antara carta resort pertama yang menjadi tarikan luar negara untuk menginap.

"Excuse me?" Tegur suara garau itu.

Langsung mengalihkan perhatian Mia dari skrin. Kepala melangut ke atas.

"Yes, what can I help you..." hilang bicaranya saat terpandang wajah kacak yang sedang berdiri di hadapan kaunter pertanyaan miliknya. Berbaju kemeja putih, berseluar hitam. Anak matanya berwarna biru laut. Rambut hitam pekat berkilat dengan gaya Angular fringe. Memang kena dengan wajahnya. Pasti dia orang luar negara.

Langsung Mia bangkit dari kerusi. Siap selitkan rambut ke belakang telinga. Belum apa-apa lagi pipinya sudah memerah. Tak sangka bakal ada orang sekacak ini menegurnya.

"Yes?"

"Nama saya Nathan. Ada temu janji dengan Tan Sri Raqib." Ujarnya.

Mulut Mia melopong. Wah! Boleh cakap melayu.

"Oh, ada temu janji ya? Kejap ek saya check." Terus Mia tunduk melihat ke skrin. Tangan menaip diatas papan kekunci. Mencari nama-nama yang telah membuat temu janji pada waktu sekarang.

"Noar Nathan?" Mia kembali melangut kepala.

Lelaki itu mengangguk kepala. "Yeah, it's me."

Mia tersengih. Sedap betul namanya. 'Sesuai untuk nama belakang anak aku.' Ceh! Lantas, satu kad dikeluarkan dari laci meja lalu diserahkan kepada lelaki itu.

"Ini kad untuk touch dekat pintu masuk nanti." Ujar Mia, siap menerangkan lagi kegunaan kad itu.

Dia mengangguk kepala. Huluran kad dicapai. Buat seketika kepalanya menunduk melihat kad ditangan kemudian kembali mengangkat wajah memandang Mia yang masih berdiri sambil tersenyum mesra.

"Thanks ya."

"You're welcome, Encik Nathan." Balas Mia. Diperhatikan figura lelaki itu sehingga melepasi pintu masuk ke lift. Pekerja-pekerja wanita yang bertembung dengannya juga tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ada juga yang berbisik-bisik mengatakan sesuatu. Yang pasti, ia satu pujian. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang terpukau sekarang.

Tatkala telefon canggih yang berada diatas meja berdering, langsung mematikan lamunannya. Kepala pantas menggeleng. Mia menunduk ke bawah. Tertera nama Husna naik ke skrin, terus dia menjawabnya.

Dia kembali duduk di kerusi.

"Tepat pada masanya kau call! Engkau tahu tak baru lima minit tadi aku jumpa siapa? Lelaki mata biru! Entah-entah dia lelaki yang kau pernah cerita sebelum ni? Ish, aku tak main-mainlah! Memang mata dia warna biru. Dia datang sini nak jumpa bos aku. Nama dia..."

"Minta kad." Celah suara garau itu. Dengan selamba dia menghulurkan tangan. Menantikan kad untuk melepasi pintu masuk utama.

Mia langsung berpaling ke arah lelaki yang berdiri di hadapan kaunter. Dengan tiada sapa, tiada bertanya khabar, terus minta kad. Tak ada adab langsung. Masuk bangunan korporat pun pakai helmet. Padahal sudah terang-terang ada simbol di pintu kaca automatik itu tidak dibenarkan memakai helmet di sini. Untuk keselamatan juga.

Manalah tahu, yang sedang berdiri di hadapannya sekarang adalah seorang perompak. Tak ke bahaya?

"Kejap ek, Husna. Ada mamat delivery pulak datang." Pinta Mia. Telefon canggih itu ditaruhkan ke tepi sebentar. Kemudian kembali fokus pada lelaki yang masih menunggu.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now